SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Khamis, 12 Januari 2012

Salam Ikhlas.

Satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang atau tidak terfikir akan mengundang sesuatu yang tidak diingini. Lebih menyedihkan, setelah amaran dari Allah dan juga peringatanNya, kita juga masih tidak terfikir dan faham akan maksud daripada peringatan itu.
Persoalan sebenar: Adakah saudara/i terfikir bahawa menginsuranskan RUMAH, KERETA di Syarikat Insurans Konvensional dan Takaful yang syariah pada sistemnya tetapi tidak pada pelaksanaannya, akan menjamin keselamatan harta benda anda?

Memang tidak dinafikan, sesetengah kejadian seperti kemalangan, kebakaran dan kemusnahan harta benda akibat alam itu adalah telah tertulis ketentuan baik atau buruk bagi manusia oleh Allah SWT semata-mata sebagai pengajaran serta ujian supaya manusia tidak alfa dan sesat, dan paling penting adalah untuk menguji sejauh manakah keteguhan iman dalam diri setiap manusia dalam berdepan dengan ujian Allah.


Sekadar Hiasan : Kemalangan ngeri 20/12/2011. Bas yang dinaiki oleh warga Brunei hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam dan merempuh sebatang pokok di KM8.9, Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan di Tuaran pada kira-kira 3.05 petang semasa dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari Tawau. Al-Fatihah kepada semua Arwah.


Tetapi perlu juga kita ingat, sejauh mana kita berusaha untuk berubah daripada yang baik kepada keadaan yang lebih baik? DAN adakah sesuatu kejadian itu hanya disebabkan oleh nasip buruk ataupun 'sial' yang diada-adakan oleh kecuaian manusia?

Saudara/i ku yang dikasihi,
Sebenarnya segala sumber yang baik [halal] itu akan memberikan kebaikan kepada kita dan segala sumber yang subhat dan haram itu perlulah dihindarkan serta dibersihkan. Kejadian musibah adalah peringatan sebenarnya bagi kita untuk menghindarkan perkara yang buruk itu. Bersyukurlah kerana telah diberikan peluang untuk menebus segala dosa dan keburukan oleh Allah dan peringatan itu sebenarnya adalah menunjukkan betapa adilnya Allah kepada hamba-hambaNya.

Wallahu a'lam.

Bersihkan Harta benda dan segala amanah Allah kepada kita daripada yang subhat dan haram!



tembuakar@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih