SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Ahad, 29 Januari 2012

MANUSIA MEMANDAI-MANDAI DAN TIDAK BERTAUBAT

Kadar KEWARASAN penduduk di Malaysia semakin menurun! Pada hemat saya, pelaku kesalahan akan bertukar kepada sikap syaitan apabila dia tersepit, mungkin atas sebab HUKUM dan UNDANG-UNDANG. Hanya IMAN dan TAQWA saja sebenarnya yang boleh mengubah ini. Orang yang tidak mempunyai kedua-dua eleman penting ini akan tidak dapat menerima HUKUM dan UNDANG-UNDANG walau seketat manapun ia dilaksanakan. Sebenarnya HUKUM Allah ada keampunannya [bagi mereka yang ingin bertaubat] tetapi yang menyebabkan manusia tersepit adalah atas UNDANG-UNDANG yang direka sendiri oleh manusia dan menghakimi orang lain melebihi KUASA Allah SWT.

Maha besar keampunan Allah kepada setiap manusia yang mensyirikkanNYA namun manusia tetap diberi peluang untuk hidup supaya sempat dia bertaubat, TETAPI manusia akan menghukum sekeras-kerasnya manusia yang tersepit atau diberi ujian oleh Allah ini dengan Hukuman yang lagi berat. Siapakah yang berhak menghukum sebenarnya manusia atau Allah? Cukuplah apa yang diperintahkan di dalam Al-Qur'an dan janganlah mencari-cari kesalahan orang lain dan menghukum bukanlah satu-satunya cara penyelesaian.

Semua manusia Wajib insaf dan bertaubat, bukan hanya pelaku sahaja, manusia yang menghukum juga Wajib bertaubat.

Lihatlah, contoh ini akibat daripada tindakan manusia yang tersepit berubah menjadi Syaitan akibat daripada undang-undang rekaan 'tangan-tangan' manusia sendiri.

Berita.

29/01/2012, AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.
“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.
Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.
“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.


tembuakar@yahoo.com

Isnin, 23 Januari 2012

CERITA NENEK 1 - 'Hanya Urang Sabah yang Tahu'

Terkenang Arwah nenek, kebetulan Tahun 2012 ini menurut Kepercayaan Orang-orang Cina adalah Tahun Naga..cerita nenek tentang 'Tembuakar' kembali segar diingatan.


Ramai juga rakan-rakan terutamanya yang baru mengenali saya akan tertanya-tanya, "apa bah maksud 'Tembuakar' tue?, apa tidaknya, semua 'barang' belong to me ar kena tagging 'Tembuakar', biasanya urang betanya bila saya menulis alamat emel atau search gadget atau pendrive, akan tekeluarlah 'TEMBUAKAR'. Dan, biasanya akan ku jawap; 'Hanya urang Sabah saja yang tau maksudnya', [walaupun sebenarnya ada juga urang Sabah yang nda' tau maksud sebenarnya. Hmm, nda' asli Sabah la mangkali tue].

Di keretaku saja aku 'saja' tidak lekat sticker, kalau adapun, keci' saja. Apa lagi selalu saja aku dapat koling dari kawan-kawan nun jauh;
'Ui, kereta baru kah Tuan? atau
'Ko p mana tue ar? atau
'Sepa bah bawa kereta mu tue, aku main 'lampu' angkat tangan lagi langsung nda' membalas?'
'Katciwa nie Tuan, limpas saja nda' me'yiknel''

Hahaha..adiiiiihhhh kamurang. Itu urang lain bah tu, durg memang suka kali lakat-lakat tue sticker 'Tembuakar', ntah durg pahamkah nda tue ertinya. Kol paham pun, apa kaitan kunun durang sama tue Tembuakar?

Apapun Terima Kasih semua rakan-rakan ku yang tetap mengingati persahabatan ini. Insha Allah anda tetap dalam ingatanku. 'Kasi ingat aku kalau aku suda lali nanti ar'

Sebenarnya, TEMBUAKAR yang menjadi nama penaku adalah bermaksud NAGA, dedikasi dari cerita nenek ku. Antara cerita nenek yang berulang kali aku mau tau. Mungkin faktor tinggal di tepi sungai Sugut, hari-hari nampak air, selalu nampak banjir, dan tika hujan aku dan nenek biasanya akan duduk di tepi pintu, sambil dia menumbuk sirihnya, time tue la aku minta cerita, sambil memerhati banjir besar kebiasaannya yang menghanyutkan macam-macam jenis 'hasil ulu' [kayu besar, perahu pecah, dan macam-macam lagi lar sampah hutan].

Arwah nenekku sebenarnya adalah urang yang paling aku rapat sekali, selepas ibubapaku. Aku juga adalah cucunya yang paling disayanginya. Aku memang sentiasa bersama-samanya, sehinggakan beberapa sikapnya ku warisi, mengajarku dengan kehidupan di kampung menjadi 'anak kampung', dan berkhidmat untuknya ketika 'masa' aku belum bersekolah atau 'terpaksa' tidak bersekolah kerana mengikut kehendak keluarga.

Pemergiannya amat ku terasa. Diketika itu aku sedang menduduki peperiksaan Semester [1993], ibuku memberitahu pemergiannya selepas aku selesai kesemua kertas peperiksaan, dengan alasan supaya fikiran ku tidak terganggu. Oleh itu, ku dedikasikan ceritanya itu dalam hidupku, menjadi semangat untukku dengan sentiasa mengingatinya, walau pada suatu ketika sewaktu kepergiannya, aku jauh daripadanya. Apapun, inilah Aku TEMBUAKAR! cucu nenek yang nenek ceritakan dulu itu. Sekarang ini, kalaulah nenek masih hidup, pasti akan ku kongsikan kejayaanku hasil dari kasih sayang nenek, datu', dan ibubapaku menjadikan aku seperti TEMBUAKAR, naga yang lepas ke laut tanpa menghiraukan rintangan tetap maju menuju kemuncak destinasinya!

Al-fatihah ku untuk Arwah nenek, SARIAH BINTI ALI, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham. Amin Ya Rabbal 'alamin.





[Terima Kasih kerana singgah di sini. Ikuti kisah-kisah selanjutnya akan datang.]

Ahad, 15 Januari 2012

Disebalik sesuatu ada sesuatu 1.


Salam Ikhlas penuh kedamaian.

Syukur kehadrat Allah Penguasa Agung yang melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada setiap hamba-hambaNya yang bekerja semata-mata mengharapkan keredhaanNya.

Ketika ini erti sebuah pemberian hendaklah kita manfaatkan sebaik mungkin agar ianya bermanfaat kepada keluarga saudara sekalian.

Bagi penjawat awam mungkin sesuatu yang tersirat hendaklah dibaca dengan pemikiran yang panjang. Jangan hanya menerima tetapi tidak pula tahu menguruskannya dalam tempoh jangkamasa akan datang.
Kenaikan gaji kakitangan melalui SBPA sangatlah diharapkan oleh sekalian penjawat kerana telah bertahan begitu lama dengan sifir gaji yang lama.


Persoalannya di sini, Para penjawat awam mestilah sedar akan kenaikan ini akan memperlihatkan purata gaji kasar kakitangan awam ialah RM3000 ke atas dan kadar purata ini akan menyebabkan taraf kehidupan kita meningkat dan pendapatan ketika ini adalah melayakkan saudara-saudara terlibat dengan pemotongan cukai berdasarkan tanggungan dan hutang piutang.

Satu perkara yang hendak diteliti, adakah dengan kenaikkan itu akan menyebabkan ekonomi sara hidup penjawat selesa dan boleh menampung segala liabliti atau kos kehidupan sebelum ini? Jawapannya adalah berdasarkan tanggungan masing-masing. Jika jawapannya masih tidak mampu, apakah langkah saudara-saudara untuk menyelesaikannya?


Cadangan penyelesaian.
Setiap penjawat dan tanggungannya perlu mempunyai Simpanan Takaful. Dengan kenaikan taraf kehidupan kini, individu perlu belajar berdikari dan tidak perlu mengharap untuk dilindungi oleh orang lain seperti; mengharapkan Takaful Kelompok untuk melindungi anak-anaknya yang bersekolah.

Mengapa?

Individu adalah terikat sendiri dengan simpanan tanggungan di Takaful dan secara jelasnya peningkatan kadar tanggungan ini menyebabkan individu masih tidak layak dikenakan cukai kerana Simpanan Takaful adalah aset dan bukannya liabliti.

Antara konsep yang perlu diperjelaskan.
1. Takaful adalah simpanan dan perlindungan bagi diri individu dan keluarganya yang boleh digunakan ketika saat-saat genting dan kesusahan.
2. Simpanan di Takaful bukanlah seperti membayar insuran kereta yang lupus dan tidak mempunyai pulangan jika tidak berlaku tuntutan kemalangan dan sebagainya, tetapi ia adalah simpanan kewangan yang boleh digunakan apabila diperlukan menurut syarat-syarat tertentu yang terjamin untuk keluarga anda.
3. Keluarga tidak perlu risau akan kerugian keatas kewangan kerana Perlindungan kewangan di simpanan Takaful cukup untuk meringankan beban keluarga apabila berdepan dengan segala macam kemungkinan dimasa hadapan.

[bersambung..]

tembuakar@yahoo.com

Antara Muamalat Islam dan Kebajikan.


Salam Ikhlas.

Kasihan dan sedih apabila satu persatu pejuang-pejuang kita tumbang dengan mencari haluan masing-masing. Mengapa ini boleh terjadi setelah tarbiah diberikan? Setelah sama-sama mengecap kemanisan dalam perjuangan Islam? Setelah tali persaudaraan dibentuk dalam institusi muamalat semacam di Takaful Ikhlas ini? Dan bermacam-macam lagi persoalan yang saya lontarkan dengan alasan ingin menguji dan menyelami isi hati sebenar mereka.

Kini jawapannya ku perolehi! K.E.B.A.J.I.K.A.N!

Berpunca akibat kerakusan dan tidak prihatinnya kepimpinan organisasi yang hanya mementingkan INCOME dan melupakan kesengsaraan saudara-saudaranya. Apa yang hanya dikehendakinya adalah BISNES semata-mata, bagaimana caranya, targetnya, sasarannya dan sebagainya yang hanya ku lihat atas dasar kepentingan syarikat dan mungkin kerana pangkat TETAPI bukannya atas dasar persaudaraan dan perjuangan dalam Islam.

Inilah yang saya pelajari dari mereka yang digelar kononnya PEMIMPIN? INI?

Telah cantik pada sistemnya tetapi gagal dalam hal yang kita panggil KEBAJIKAN. Lihatlah hai yang bergelar Pemimpin kejatuhan yang kalian rekakan. Apa tanggungjawab KITA sebagai pemimpin?

Alasan yang selalu kita dengar dari Pemimpin.
Mereka tidak sabar. Kalian tidak cukup tarbiah. Kalian masih mentah dan tidak ada pengalaman. Terlalu melawan dan panas baran. Tidak mendengar kata.

INGAT hai pemimpin lantikan dunia! Pernahkah RASULULLAH yang agung itu mengeluarkan kata-kata seerti ini dari mulutnya?? Atau menyalahkan Umatnya dan menyalahkan Jahilliah? Katakan padaku jika Kalian mendengarnya dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah!!



Telah kukuh Hati para Khalifah dan Syuhadah Islam itu dengan Iman tapi masih terkeluar dimulut Rasulullah Yang Agung itu sebelum kewafatannya, "Umatku! Umatku! Umatlu!"
Tahukah hai 'pemimpin-pemimpin lantikan dunia' apakah maksud diantara lain ucapan Rasulullah itu?
Tidak lain dan tidak bukan, KEBAJIKAN umatnya setelah ketiadaannya nanti!!!
Mengertikah kamu???

Kepada para saudara ku yang tumbang.
Yakinlah dan melatah sajalah di segenap pelusuk dunia ini, walau dalam apa bidang sekalipun kamu ceburi tetapi INGATlah dan Berpeganglah dengan ALLAH, KITAB dan RASULULLAH SAW, insha Allah kalian akan tetap mencari kebahagian dan pekerjaan yang MENCARI ertinya ISLAM dan, bekalan selama mana kita bersama jadikan ia sebagai pengalaman dan suatu hari nanti apabila ANDA pula dilantik oleh ALLAH sebagai pemimpin, tolehlah ranjau dan pengalaman di belakang sebagai panduan anda pula bermuamalat.

IKHLAS dariku saudaramu
tembuakar@yahoo.com

Khamis, 12 Januari 2012

Salam Ikhlas.

Satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang atau tidak terfikir akan mengundang sesuatu yang tidak diingini. Lebih menyedihkan, setelah amaran dari Allah dan juga peringatanNya, kita juga masih tidak terfikir dan faham akan maksud daripada peringatan itu.
Persoalan sebenar: Adakah saudara/i terfikir bahawa menginsuranskan RUMAH, KERETA di Syarikat Insurans Konvensional dan Takaful yang syariah pada sistemnya tetapi tidak pada pelaksanaannya, akan menjamin keselamatan harta benda anda?

Memang tidak dinafikan, sesetengah kejadian seperti kemalangan, kebakaran dan kemusnahan harta benda akibat alam itu adalah telah tertulis ketentuan baik atau buruk bagi manusia oleh Allah SWT semata-mata sebagai pengajaran serta ujian supaya manusia tidak alfa dan sesat, dan paling penting adalah untuk menguji sejauh manakah keteguhan iman dalam diri setiap manusia dalam berdepan dengan ujian Allah.


Sekadar Hiasan : Kemalangan ngeri 20/12/2011. Bas yang dinaiki oleh warga Brunei hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam dan merempuh sebatang pokok di KM8.9, Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan di Tuaran pada kira-kira 3.05 petang semasa dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari Tawau. Al-Fatihah kepada semua Arwah.


Tetapi perlu juga kita ingat, sejauh mana kita berusaha untuk berubah daripada yang baik kepada keadaan yang lebih baik? DAN adakah sesuatu kejadian itu hanya disebabkan oleh nasip buruk ataupun 'sial' yang diada-adakan oleh kecuaian manusia?

Saudara/i ku yang dikasihi,
Sebenarnya segala sumber yang baik [halal] itu akan memberikan kebaikan kepada kita dan segala sumber yang subhat dan haram itu perlulah dihindarkan serta dibersihkan. Kejadian musibah adalah peringatan sebenarnya bagi kita untuk menghindarkan perkara yang buruk itu. Bersyukurlah kerana telah diberikan peluang untuk menebus segala dosa dan keburukan oleh Allah dan peringatan itu sebenarnya adalah menunjukkan betapa adilnya Allah kepada hamba-hambaNya.

Wallahu a'lam.

Bersihkan Harta benda dan segala amanah Allah kepada kita daripada yang subhat dan haram!



tembuakar@yahoo.com
PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih