SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Selasa, 25 Disember 2012

Mandi Akhir Tahun?


Kini 2012 akan kepenghujungnya dan pastinya 2013 dinanti-nanti untuk agenda kehidupan manusia seterusnya. Apa yang amat menyedihkan saban tahun ialah dipenghujungnya manusia tertentu berlumba untuk berkesempatan menutup cerita tahunannya dengan perbuatan yang keji dan mungkar. Apakah perkara keji dan mungkar itu?

Mandi Akhir Tahun
Amalan ini telah dipraktikkan oleh golongan tertentu dan kini telah menjadi konsep bagi golongan sesat atau kafir. Biasanya, pada minggu terakhir di akhir tahun, golongan ini akan berpesta dan melakukan aktiviti-aktiviti melayan hawa nafsu dan penutupnya malam dan permulaan 1hb atau jam 12:00 tengah malam atau 00:00 1hb, dikala zaman ini kebiasaannya orang menghitung detik tahun baru, seperti yang diamalkan di akhir zaman ini, maka berlangsunglah Mandi Akhir Tahun ini di sungai-sungai terpilih, kolam-kolam renang, tasik atau tepi laut dan pantai.

Maaf jika menyinggung sensiviti pembaca.

Antara lain tujuannya ialah kononnya bagi menghapuskan segala dosa dan perkara-perkara yang tidak baik atau ‘sial’dalam kehidupan pada tahun tersebut dan memulakan tahun baru dengan diri yang sudah bersih kerana segalanya telah dihanyutkan bersama-sama air. Sebab itu juga disesetengah tempat juga amalan keji ini sebagai mandi buang sial. Nauzubillahi minzalik, laknatullah.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tiada penyakit yang berjangkit (dengan sendiri), tiada (keburukan ataupun kesialan pada bulan) Safar dan tiada (kecelakaan yang bersangkutan dengan) burung hantu. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 5717


Mempercayai sial menurut Islam akan membawa kepada perbuatan syirik. Di sinilah Allah SWT memerintahkan konsep bertawakkal dalam diri umat Islam dan bukannya menetapkan sesuatu ketetapan mengikut sesuatu kepercayaan atau bertenung nasip dan ketentuan menurut hawa nafsu manusia itu sendiri.

Kesan daripada amalan syirik ini jelas membawa kepada keruntuhan akhlak, budaya, agama, bangsa dan keturunan. Apa tidaknya, golongan pelaku ini akan beranggapan segala dosa dan kesialan boleh hilang begitu sahaja dengan mandi buang sial. Maka selama seminggu mereka-mereka ini berpesta di rumah-rumah dengan tetamu, di hotel-hotel dengan kenalan dan sahabat se’syaitan’ dengan pelbagai aktiviti melayan hawa nafsu, minum arak, makanan haram, berjudi, perzinaan bebas, dan pada malam kemuncaknya sudah pastilah mereka sedaya upaya untuk sempat melakukan dosa dan kejahatan hawa nafsu sebelum disucikan dengan mandian akhir tahun. Inilah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh golongan laknat dan kafir ini setiap akhir tahun masehi.

Kepada saudara-saudaraku, akhir tahun menurut Islam bukanlah setiap 31 DECEMBER setiap tahun masehi. Dari tarikh ini sahaja sudah menunjukkan amalan ini bukan amalan orang-orang yang beriman, begitu juga dengan aktiviti seperti hari ibu, hari kekasih, hari bapa  dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada sesuatu majlis pun dalam Islam berlangsung pada tarikh dalam kalendar masehi.

Sekiranya kita telah terjebak mohonlah supaya segerakan bertaubat dan begitu juga jika kita telah melakukan perbuatan Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu), untuk menebusnya Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita untuk mengucapkan:


Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain-Mu. - Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748.

Semoga Allah SWT memelihara dan memasukkan kita semua dalam golongan beriman, dan sama-samalah kita beringat dan menyampaikan kepada keluarga serta zuriat kita supaya tidak terjebak dalam kesesatan di akhir zaman ini.

Wallahu a’lam bissawwab.

Mudah-mudahan ianya bermanfaat kerana Allah. 
tembuakar@yahoo.com

Khamis, 20 Disember 2012

20.12.2012

Alhamdulillah

Hari ini, 20.11.2012 masehi, kita masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk terus mengabdikan diri kepada Nya.

Semoga diri ini dan keluarga ku seluruhnya mendapat keberkatan dan kesejahteraan hidup di dunia serta dilindungi daripada dosa dan azab Allah.

20.12.2012 syukur alhamdulillah kerana diberi kesempatan oleh Allah  SWT untuk melihat  tarikh tercantik diakhir abad ini.
tembuakar@yahoo.com

Selasa, 18 Disember 2012

ETIKA DAN BUDAYA SEBENARNYA PERNIAGAAN MLM YANG MENYUSUP KE SABAH

Konsep perniagaan diolah sebegitu indah sehingga mengaburi pengguna dan ahli sendiri. Sistem yang menawarkan Nilai Mata atau PV sebenarnya adalah alat penarik sahaja untuk pengguna membelinya, manakala janji pemberian NM dan pangkat hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja dan ia sebenarnya tidak berbaloi dengan wang yang telah dibelanjakan. 

Contoh: sistem Binary dalam MLM
Biasanya, bagi mengelak daripada ahli mengumpul NM atau PV dengan pembelian konsisten, pihak stokis atau Cawangan syarikat akan menghadkan penjualan kepada ahli dengan cara menyorok stok atau menjual kepada pengguna bukan ahli supaya NM dituntut sepenuhnya oleh stokis atau cawangan. Dengan itu mereka akan mendapat beberapa keuntungan iaitu untung runcit, NM diambil sepenuhnya, harga murah dengan pembelian stok yang murah dari Malaya.

Apa yang lebih teruk, kumpulan-kumpulan tertentu dalam rangkaian sahaja yang memonopoli penjualan dan stok tidak sampai kepada rangkaian yang lain. Ini menyebabkan rangkaian berkenaan terpaksa gulung tikar.


Natijahnya, matlamat sebenar perniagaan ini adalah semata-mata untuk meraih keuntungan pihak tertentu dan syarikat sahaja dan biasanya sasaran utama perniagaan ini adalah penjawat-penjawat awam dan pekerja yang bergaji tetap samalah seperti sasaran ejen-ejen perniagaan apartment yang menjadikan pegawai kerajaan sebagai lubuk duit mereka.


Selami sendiri kebenarannya sebelum anda menyangkalnya.

tembuakar@yahoo.com

Selasa, 21 Ogos 2012

Perkara ke-3 telah lenyap dari Umat Islam?

Aidil-Fitri [Eid-ul-fitr] menjelang menggantikan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, penuh dengan kesedaran dan keinsafan kepada mukmin sejati.

Perginya Ramadhan tanpa memberi makna dan keinsafan kepada  manusia akhir zaman.


Apakah kedatangan aidilfitri ini disambut meriah dengan 'karnival' makan-makannya? Ya, memang begitulah tradisi kebanyakkan orang dan sudah menjadi trend hari raya masa kini;

1. Raya disambut sebulan, seakan membalas dendam disekat fitrahnya ketika sebulan Ramadhan.

2. Persaingan hebat kediaman dan juadah, mengalahkan Ramadhan yang tidak punya juadah hebat..hanya sekadar air dan kurma ketika berbuka.

3. Menjemput dan mengunjung, rakan-rakan rapat dan sekerja sahaja atau keluarga terdekat sahaja. Yang lain, yang bukan ada kaitan? Ahh masing-masing punya undangan dan kesibukan dengan kehidupan sendiri.

4. Pembaziran semata-mata kerana kebanggaan keluarga

Berdasarkan 4 perkara di atas, cukup memberi tanda kepada kita bahawa sesiapa yang tergolong di dalamnya MAKA Ramadhan yang dilaluinya selama sebulan lalu tidak membawa apa-apa pengajaran dan keinsafan kepada diri mereka.

Saranan

1. Hari-raya disambut dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan menginsafi diri.

2. Ceriakan Syawal dengan ibadah disiang hari dengan puasa 6 disamping sentiasa menjaga Ibadah wajib solat, diselang seli dengan kunjungan dan ziarah, bukannya siang hari dihiasi dengan pesta jamuan rayanya.

3. Jangan menjemput tetapi mengunjungi saudara-saudara yang kurang bernasip baik atau kurang berkemampuan dengan membawa 'buah tangan' dan sedekah. Buang sama sekali konsep berkunjung kerana makan dan menjemput kerana hendak bersedekah/ memberi makan. 

4. Syawal bukan untuk bermegah, syukuri la nikmat dengan persediaan yang sederhana dan bukan menunjuk-nunjuk, tabbaruj dan bersikap mazmumah.

Daripada 4 perkara yang membimbangkan di atas, perkara ke-3 memang sudah lenyap daripada kamus 90% budaya umat Islam. Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar untuk kita.

Minnal aidil wal fa'izin. Wallahu a'lam.

tembuakar@yahoo.com

Sabtu, 4 Ogos 2012

MULIANYA MEMBINA BENTENG PERTAHANAN

Sebagai pemerhati bebas, isu-isu dalaman, kancah politik dan cerita di Negara sekarang hanyalah bersasarkan kepada pertikaian hak dan maruah. Masing-masing akan cuba untuk menegakkan hak dan maruah sebagai pertikaman isu dan lazimnya isu yang melibatkan maruahlah yang menjadi titik mula pertikaian kerana bagi kebanyakkan bangsa di Negara ini masih menganggap maruah adalah persoalan yang sangat sensitif dan harus dijaga walaupun terpaksa berkorban harta benda, pangkat serta kedudukan, sinonim dengan pepatah, ‘Biar mati anak jangan mati adat’.

Hiasan sahaja. Antara pedang yang dikaitkan pernah digunakan
oleh Rasulullah SAW. Bagaimanapun  penulis sukar
menerima dakwaan, logam yang bercop tapak kaki
itu adalah tapak kaki Rasulullah SAW.
Di negara luar yang nilai maruahnya telah diruntuhkan oleh peradaban lain sudah tidak mementingkan sangat isu yang timbul bersangkutan nilai maruah ini kerana mereka lebih memikirkan nilai kebebasan, keuntungan, penindasan, dan isu lainnya. Keruntuhan moral tidak lagi menjadi masalah bagi mereka dan itu adalah hak masing-masing untuk mempertahankannya ataupun terpulang atas kebijaksanaan dan kekuatan masing-masing untuk mempertahankannya.

Di Negara kita ianya tidak begitu, sesuatu isu yang timbul akan cuba dikaitkan sebesar-besarnya sehingga melibatkan kuantiti yang besar, kelompok yang besar dan maka itulah satu agenda perlu diwujudkan supaya ianya mampu menjadi alat yang ampuh untuk mengekalkan perpaduan.

Yang sangat menyedihkan disebalik kemelut isu-isu itu, mereka yang bertelagah masing-masing tidak sedar ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasi dan memanipulasikan keadaan atau mengambil kesempatan atas pergolakkan ini.

Sentimen-sentimen perkauman akan menjadi alasan sesetengah pihak untuk mengapi-apikan kedua belah pihak yang bertelagah dan begitu juga adakalanya sehingga melarat kepada isu-isu yang lebih sensitif seperti agama dan bangsa sedangkan mereka bermaharajalela bebas mengaut keuntungan dengan 'kaedah-kaedah' mereka sendiri tanpa disedari oleh dua pihak yang bertelagah. Akibatnya pihak yang bertelagah akan merasa ada sesuatu yang ‘besar’ telah hilang. Bila hal ini disedari barulah mereka terkapai-kapai mencari jalan keluar dan ketika inilah ‘si pengaut’ ini akan muncul menawarkan bantuan disebalik ‘batu’.

Kesimpulan 

Buat masa ini, individu mestilah memahami bahawa;
  1. Memajukan diri dahulu dengan segenap ruang dan peluang yang ada dengan berlandaskan hukum pegangan iman masing-masing.
  2. Tidak melangkau hak orang lain.
  3. Tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak walaupun pihak itu benar dengan tujuan, enggan mencampuri hal orang lain dan hak menyelesaikan masalah adalah keputusan masing-masing. Hanya cadangan khidmat nasihat sahaja boleh diberikan sekadar yang perlu.
  4. Sentiasa mengutarakan pandangan yang baik dan bernas dan bersikap positif kepada semua pihak TANPA mengaitkan atau menjadikan orang lain sebagai contoh dan perbandingan. Kita cerita pasal kemajuan sahaja dan bukannya hal ‘tepi kain’ orang.
  5. Tidak membenarkan sebarang ideologi mempengaruhi pemikiran kita.
  6. Enggan menerima khabar angin dan menilai pendapat orang lain. Semua keputusan dan tindakan adalah atas pertimbangan pemikiran anda sendiri tanpa perlu dicampuri oleh orang lain.
  7. Bersederhana dalam kehidupan. Nikmati kehidupan yang ada bersama keluarga anda, dengan mengamalkan kesederhanaan [wasotiah], toleransi,  berbekalkan rezeki yang anda urus usahakan sendiri.

 Kesan daripada langkah-langkah cadangan ini ialah;

  1. Kehidupan akan lebih bermakna dengan bebas daripada gangguan pemikiran dan emosi.
  2. Tidak ada pihak yang mampu melepasi benteng atau mempengaruhi corak kehidupan anda.
  3. Hidup tenang dan dapat beribadah dengan penuh keimanan dan kesyukuran.
  4. Rezeki yang diperolehi akan dapat mencukupkan anda tanpa perlu bergantung kepada orang lain malah dapat membantu kebajikan orang-orang yang memerlukannya.
  5. Sentiasa menjadi rujukan dan teladan orang lain. Anda dapat memberikan khidmat cadangan nasihat kepada orang lain yang memerlukannya dan mendapat keuntungan faedah bersama.
  6. Bebas daripada fitnah dan benci manusia. Tidak ada ruang dan celah bagi mana-mana pihak untuk mensabotaj anda.
  7. Terhindar daripada dosa dan seksaan Allah. Ingatlah, tindakan mencampuri urusan orang lain tanpa hak, menaburkan fitnah, membuka keaiban orang lain, penindasan dan riba adalah antara larangan Allah SWT.

Wallahu a’lam.


15 Ramadan 1433H, Ranau


tembuakar@yahoo.com

Selasa, 31 Julai 2012

Olympic itu olympic, Kita bersukan kerana Allah.

Sedikit pandangan dan idea tentang pautan di bawah.

Pendapat saya, kita tidak usah terlalu hirau sangat pasal cerita atau gimik apa yang mereka nak buat pasal olympic tu. Sikap terlalu sensitif pun akan merugikan banyak pihak. Selagi tidak jelas dinyatakan Nabi Musa AS, kita anggap saja itu cerita Nabi durang [mereka], bukan Nabi Musa AS yang dijelaskan dalam Al-Qur'an yang agung itu.

Gambar di atas menurut admin Harian Metro ialah patung Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Menurutnya, gambar bayi yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan ke upacara pembukaan Olimpik 2012, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
BAGI saya, memang hal-hal sebegini akan dipaparkan oleh mereka sebab sebenarnya, sejarah Olympic itu sendiri merupakan kegiatan sukan di zaman dahulu seperti Yunani, Greek dan Rom memang berkait rapat dengan Penyembahan Dewa Hermes iaitu dewa kesukanan, anak kepada Tuhan mereka iaitu Jeus dan Maia. Itu tradisi mereka.

Menurut perspektif ISLAM, bersukan adalah galakkan dan saranan Nabi Muhammad SAW kepada ummatnya sepaya menjadi ummat yang hebat, kuat beribadah, dan mampu melindungi Islam.

Sedikit Info. 

Gambaran upacara sukan dapat dilihat dalam kesenian Minoan Zaman Gangsa di Crete (dari sekitar 2700 hingga 1450 BC), kebanyakannya membabitkan acara keugamaan melompat lembu dan kemungkinannya melawan lembu jantan. Homer menceritakan bahawa sukan diamalkan semasa zaman Mycenaean, antara 1600 BC dan ca. 1100 BC. 
Mural kamar pengkebumian Mesir berusia sekitar 4,000 tahun, menunjukkan ahli gusti sedang beraksi.
Dalam Iliad terdapat gambaran panjang mengenai sukan penkebumian yang diadakan bagi menghormati pahlawan yang mati, dan terbabit dengan sukan digambarkan sebagai pekerjaan golongan bangsawaan dan yang kaya, yang tidak perlu melakukan kerja berat mereka sendiri. 

Dalam Odyssey, Raja Odysseus dari Ithaca membuktikan status rajanya kepada Raja Alkinoös dari Phaiakes dengan menunjukkan kemahirannya melontar javelin.

Unjuran pandangan.

Sebenarnya pembabitan kita terhadap sukan Olympic ini adalah berlandaskan NIAT kita juga, apakah wajar sekarang ini kita beranggapan sama dengan mereka, sukan Olympic sebagai acara penyembahan juga?

Nabi SAW sendiri amat menggalakkan sukan kepada ummatnya seperti memanah, berenang, menunggang, lawan pedang dan seumpamanya kerana melatih kita supaya menjadi ummat yang cergas. Oleh itu, kita pasang niat bersukan adalah untuk kecergasan semata-mata supaya kuat beribadah kepada Allah SWT dan tidak payahlah mempedulikan apa unsur yang kafir hendak suntik samada bertujuan mempengaruhi kita, selagi mana ia tidak bersangkutan jelas memijak Islam. Anggap saja itu dongeng mereka dan kita tidak perlu cepat terasa. 

Paling penting kita mempunyai Identiti kita sendiri, dan sentiasa muhasabah diri untuk menunjukkan yang terbaik seperti menutup aurat [bukan membungkus aurat], tidak memakai kostum binatang [khuatir boleh mendatangkan fitnah dan mengagung-agungkan makhluk lain], tidak menyembah obor, bendera dan sebagainya. Seterusnya konsep sukan kita adalah benar, kerana Allah. Kita tunjukkan yang ummat Islam mempunyai kekuatan bersaing dalam semua hal dalam dunia ini dan jauh sekali menyertai acara ritual mereka. Nauzubillahi minzalik.

Sukan kerana Allah. Wallahu a'lam.

tembuakar@yahoo.com

Sabtu, 28 Julai 2012

MASKOT KERANA MORAL?

Apakah Negara kita sahaja ada Harimau?

Sekadar hiasan : Semoga berjaya dan tidak menghampakan Jutaan peminat anda.

IDEA: Apa jua alasan baik untuk meningkatkan Moral Kesukanan, kita tidak perlulah sehingga menyerupai Binatang sebagai lambang 'Kegagahan'. Mungkin kalau hendak diguna pun cukuplah untuk dipakai oleh Maskot dan tidak perlulah semua atlet jadi maskot.

Sebenarnya, pakaian juga mencerminkan kewibawaan seseorang atau kumpulan. Dengan paparan ini sudah cukup jelas;

1. Menyerupai Binatang. Biasa Pahlawan dahulukala tidak pernah berpakaian sebegini kecuali ianya musuh atau pemberontak kerana menggunakan imej binatang atau kostum binatang mencerminkan kedegilan, buas dan keganasan! Contoh: Panglima Berantai.

2. Mencemarkan imej peradaban bangsa sendiri. Hulubalang dan pahlawan dahulu memang tidak pernah menggunakan kostum binatang kecuali mereka mengamalkan ilmu hitam, saka, atau menjadi binatang jadi-jadian seperti harimau ataupun buaya yang memang sinonim dengan amalan syirik.

3. Islam melarang seni yang melambangkan Patung, arca, lambang binatang, dan sebagainya. Sebutkan kepada saya mana-mana rumah ibadah Islam yang ada Naga, harimau, 'Burak', ular, lembu dan seumpamanya? Ada??

4. Ingat pesan Nabi SAW, sesiapa yang menyerupai bangsa lain maka ianya akan tergolong dalam golongan tersebut. Jadi kalau manusia menyerupai binatang??? Boleh?

5. Dalam Al-Qur'an, hanya beberapa binatang sahaja yang layak diungkapkan oleh Allah Azza Wa Jalla SEMATA-MATA sebagai pengajaran dan peringatan kepada manusia, iaitulah diantaranya LEBAH, SEMUT, SAPI BETINA, KAMBING BIRI, UNTA, IKAN NUN, ANJING akan tetapi tidaklah meminta manusia untuk mengagung-agungkannya sehingga boleh mendatangkan syirik. Ini kerana haiwan-haiwan tersebut hanya sebagai PERINGATAN DAN PETUNJUK kepada manusia tentang KEAGUNGAN DAN KEKUASAAN ALLAH! 

6. TONJOLKAN IMEJ ISLAM bukannya BINATANG. Lihat negara Bukan Islam lain ada juga maskot seperti Naga, Lembu, Ikan Jos dan Singa tetapi tidaklah sampai nak bermegah-megah [tabbaruj] dengan kostum binatang mereka!

7. ALLAH sangat suka melihat Kesan daripada Rezeki yang diberikannya kepada manusia dengan memanfaatkannya kepada hal-hal yang boleh memperlihatkan Kekuasaan dan Keagungan Allah, CONTOH; orang kaya menyalurkan hartanya untuk membina masjid, membeli kereta yang sesuai untuk keluarga, berpakaian bersih dan kemas, membina jalan indah khasnya memudahkan urusan dan ibadah, taman-taman menghiasi bumi Allah, membina Rumah yang bercirikan Islam dan seumpamanya tetapi dalam hal kostum binatang ini adakah ianya menunjukkan Kekuasaan dan Keagungan Allah?? Tidakkah tindakan ini memalukan Allah??

Cadangan kepada saudara-saudaraku yang hendak berfikir sahaja. Wallahu a'lam bissawab.


tembuakar@yahoo.com

Selasa, 24 Julai 2012

REZEKI ber'Target'!

Diantara 1 sebab mengapa rezeki amat payah diperolehi;

Mencampuri urusan Allah. Orang sekarang amat gemar membuat pekerjaan menggunakan 'target', sedangkan dia tidak sedar dia hanya layak berusaha dan bukannya mengira-gira keuntungan yang bakal diperolehinya berdasarkan strategi atau pelan yang dirancangnya. Rezeki hanya datang daripada Allah SWT sesuai dengan usahanya yang diredhaNya bukannya dengan memasang 'target' atau capaian prestasi!

CARA perniagaan sebegini adalah lunas ajaran Yahudi. Kita disesatkan dengan cara mereka sedangkan Rasulullah berniaga tidak mengharapkan pulangan wang semata, malah yang lebih utama adalah berniaga adalah salah satu cara penyebaran Islam yang terbaik.

Logo Israel?!

CUBA kita kenal pasti beberapa perniagaan yang kita lihat atau kita jalankan sendiri;

1. Apa target perniagaan tersebut? Biasanya adalah keuntungan dan bukannya keredhaan Allah SWT atau mungkin 'keredhaan' itu diletak sebagai perkara kedua selepas keuntungan. Konsep yang biasa kita dengar, "mana ada bisnes yang tidak mahu untung". Konsep yang sesat!

2. Adakah perniagaan itu menjalankan dakwah Islam atau tidak? Biasanya perniagaan sekarang hanya berselindung disebalik sistem Islam kononnya tetapi perniagaan yang dijalankan sebenarnya tidak menepati muamalat Islam. Antara contohnya, pemilik atau pekerjanya tidak menjaga solat, tabarruj, suasana perniagaan yang menggalakkan pembaziran dan maksiat walau pun sekecil-kecilnya, sumber yang subhat, mempromosi yang tidak betul, gharar, dan sebagainya. Jika ini berlaku maka satu lagi dosa besar yang dilakukan mereka dalam perniagaan selepas RIBA iaitulah "menjual Islam".

Setakat ini dahulu..Wallahu a'lam bissawab.

tembuakar@yahoo.com

Isnin, 23 Julai 2012

5 teristimewa

Suasana sungkai di Masjid Nabawi, Madinah al-Munawwarah

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.

Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. 

Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". 

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." 

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. 

Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." 

Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?"

Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

tembuakar@yahoo.com

Khamis, 14 Jun 2012

SATU soalan yang tidak mampu dijawap

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Kesejahteraan dan keberkatan untuk Rasulullah Sallallahu alihi wasallam, para Rasul dan para Penegak Agama Allah Subhana Wata'ala.

Kisah Abu Yazid Al Bustami yang diperintahkan oleh Allah SWT melalui mimpinya untuk berhadapan dengan para paderi masih lagi segar menjadi kisah yang tidak pernah jemu-jemu ditulis untuk disampaikan kepada saudara-saudara dalam pelbagai bentuk dan garapan, mudah-mudahan dapat menjadi panduan dan ikhtibar kepada kita betapa tingginya Kekuasaan Allah SWT untuk memutar hati sekalian manusia samada memilih Islam atau pun kufur.

Sinopsis disebalik kisah Abu Yazid berikut ini, bahawa beliau radiallahu anhu menyelinap masuk ke dalam gereja dan berhadapan dengan maut jika gagal menjawap 50 soalan dari golongan Paderi. Sejurus itu 1 soalan diajukan oleh beliau Radiallahu anhu dan ianya terjawab pula oleh mereka. Tetapi tahukah saudaraku sekalian satu soalan yang gagal dijawab oleh golongan kufur sehingga hari ini?

Kisah Abu Yazid Al Bustami berhadapan dengan Ujian 50 soalan

Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, “ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.” Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut. Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.

Ketua paderi berkata, “Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”
Jawab Abu Yazid, “Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”
Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, “Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.
Katanya, “Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat.” Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahawa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “Memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”
“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.
“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.
“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.
“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan soalan yang diajukan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkannya daripada maut, ilmu ketua paderi telah menyelamatkan paderi-paderi itu daripada kesesatan, dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami 

1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya. 

 2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta’ala. 

 4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. 

 5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh. 

 6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga. 

 8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat. 

 9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik. 

10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna. 

11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS. 

12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas. 

14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka. 

16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku. 

17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin. 

18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit. 

19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.  

21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat.” 

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala. 

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya) : Demi subuh apabila ia terlepas. 

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman AS di dalam botol iaitu air peluh kuda. 

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril AS sebagai korban ganti Nabi Ismail AS, unta Nabi Salleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa AS. 

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai. 

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil. 

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat. 

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa AS. 

30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran. 

31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina. 

32. Binatang yang paling utama.
Kuda. 

33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan. 

34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar. 

35. Tentang Atta’mah.
Hari Kiamat. 

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat. 

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam. 

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar. 

39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih. 

40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi. 

41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS. 

42. Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya. 

43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud : Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud : Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang. 

47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud : Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya. 

48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya : Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit? 

49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah Taala (ertinya): Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih. 

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

Wallahu a'lam

BERAKHIR kisah yang amat bermakna untuk kita dan mudah-mudahan kita sama-sama mendapat kekuatan untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Unjuran daripada kisah ini, walaupun kesemua 50 soalan dan berbalas 1 soalan daripada Abu Yazid Al Bustami TERJAWAB, ada SATU lagi soalan yang sama sekali GAGAL dijawab oleh sekalian manusia dan jin. Ianya telah saya lontarkan pertanyaan itu di awal blog ini tadi, ku ulangi soalannya bahawa;
Tahukah saudara-saudaraku sekalian satu soalan yang gagal dijawab oleh golongan kufur sehingga hari ini?

Iaitulah; 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?


Ayat dari Surah Ar-rahman bermula ayat 13 diselang-selikan selepas keterangan satu ayat [kecuali 13-17, 18-21, 25-28, 42-45 berulang sebanyak 31 kali iaitu;
Bermula ayat 13, 17, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, dan 77 namun tidak ada jawapan satu pun dari kalangan MANUSIA dan JIN yang mampu menjawab pertanyaan dari Allah SWT ini walaupun soalannya ringkas dan diulang soal sebanyak 31 kali diselang selikan pula dengan keterangan sebagai panduan jawapan, namun 'Siapa yang mampu mengingkari Nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT?'


Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

tembuakar@yahoo.com

Ahad, 8 April 2012

HARAM YANG KITA TIDAK SEDAR!


Ya Allah Penguasa Seluruh Kerajaan Langit dan Bumi.

Selamatkanlah saudara-saudara dan sahabat-sahabatku sekalian daripada;
Riba dan subhah; yang boleh berlaku tanpa mereka sedari, antaranya;

1. PERNIAGAAN - sumber dan pelaksanaannya
2. PEKERJAAN - penindasan dan pemaksaan
3. PERTOLONGAN - ada yang tersembunyi

Mohon semak 3 perkara ini dulu dalam aktiviti kita setiap hari, dan mohon bertaubat dengan meninggalkannya dan kembalilah kepada Allah dan RasulNya. Mohon sangat2 kerana ITU akan merosakkan hubungan anda dengan ALLAH. Anda sanggup beri makan kepada keluarga anda dengan sumber yang HARAM?

Pada umumnya sesetengah sistem perniagaan MLM diasaskan pada mulanya atas dasar penindasan, begitu juga beberapa produk yang dijual adalah bersumber subhah dan diuruskan secara 'gharar'. Semak ini dengan Majlis Pematuhan atau Terus kepada Badan Syariah.

Panduan Ringkas dan Mudah.
1. Jangan menjalankan perniagaan yang berkiblatkan keuntungan semata tanpa merujuk sumbernya datang dan diuruskan oleh kafir! 
2. Jangan berlaku penindasan dan pemaksaan dalam pekerjaan yang kita lakukan atau mengambil kesempatan. 
3. Jangan membantu dengan mengharapkan ganjaran.


tembuakar@yahoo.com

Mohon berhubung dengan saya terus jika terdapat kemusykilan dan ketidak fahaman saudara-saurdara tentang apa yang saya telah perkatakan. Jika saya nyatakan di sini takut nanti menjadi fitnah kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan. 

Rabu, 29 Februari 2012

AMANAH MURNI

Salam Ikhlas.

Hidup dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan sifir pendapatan yang kurang membantu dewasa ini adalah SATU perkara yang menjadi pengaruh UTAMA pemikiran manusia, khususnya di negara kita. Apakah kenyataan ini mampu anda sangkal dan nafikan?

Corak Kehidupan
Unjuran daripada krisis ini, ramai saudara-saudara kita hidup;
1. dalam keadaan terdesak,
2. hidup tanpa pembelaan dengan hutang yang melilit pinggang,
3. bekerja lebih masa tanpa memikirkan kesihatan dan keperluan diri dan keluarga,
4. tidak mempunyai simpanan apa lagi harta,
5. melakukan pekerjaan yang tidak sepatutnya seperti penindasan dan rasuah,
6. keluarga yang tidak terurus malah membawa sehingga porak-peranda,
7. memakan RIBA
8. murtad, [nauzubillahi minzalik]

Mencari penyelesaian?
Rentetan daripada itu ramai yang tersalah haluan sehingga membenarkan individu atau pihak lain untuk menyelesaikan masalahnya.
1. Saudara mara; dipinjamkan dengan wang tetapi tidak berkekalan malah menjadi hutang lapuk dan amat sedikit yang menjelaskannya kembali sehingga menjadi beban kepada keluarga dan waris.
2. Pinjaman peribadi; [institut kewangan mahupun ah long] terhad dan apabila habis mereka kena menanggung hutang sehingga simpanan dan harta tidak mampu disimpan dan diperolehi apa lagi dimiliki sehingga faktor keselamatan menjadi taruhan.
3. Pinjaman dan hutang harta [kereta, rumah dsb]; dinikmati selagi hidup dengan terus membayar hutang dan apabila meninggal, ianya tentu ditarik balik dan waris hanya melopong dan terbeban dengan hutang si mati [Ayah].
3. Gadaian; apakah harta benda yang anda simpan untuk anak-anak anda juga dikorbankan untuk membela keadaan kehidupan anda sekarang? Bagaimana jika ANDA sudah tiada? Apakah sudah cukup tinggalan kita untuk mereka?

Adakah 'mereka' mampu menjawap persoalan-persoalan ini dan yakin 'mereka' tidak berbohong atau menipu?

Adakah masalah mereka selesai setelah berjumpa dan bersetuju dengan cadangan pihak-pihak tersebut? Walaupun ada yang menafikan perkara ini ketahuilah, jawapan sebenarnya mereka akan lebih terdesak dan menanggung kesengsaraan berpanjangan sehingga waris-waris pula menanggung penderitaan dan kemiskinan.

Siapa yang mampu membantu?
[berikan saya jawapan atau anda memerlukan jawapan sebenar]

tembuakar@yahoo.com

Sabtu, 11 Februari 2012

INGAT LIMA PERKARA


Salam Ikhlas.

Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.

Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.

Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.

Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan.

Masa kaya sebelum miskin dengan mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya.

Begitu juga cara untuk mengisi masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.

Cuba kita yang sihat ini bayangkan, bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa kita sangka-sangka itu?.

Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata. Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti bunga.

Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.

Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula.

Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."



Ahad, 5 Februari 2012

AIR MATA RASULULLAH SAW


Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya;
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab;
"Para malaikat Ya Rasulullah"

 Sahabat yang lain;
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata;
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata;
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi bersabda;
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata;

 " Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, 
MEREKA terlalu mencintai Allah,
dan tahukah kalian?
MEREKA tidak pernah melihatku,
MEREKA tidak dekat denganku seperti kalian,
MEREKA sangat rindu kepadaku,
dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA..
MEREKALAH UMMATKU!
UMMATKU!
UMMATKU! 

 


tembuakar@yahoo.com

Sabtu, 4 Februari 2012

Kenapa Tak Rogol Saya Dulu

 

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain..

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?

Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu

Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.

Allah swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua cara.

Kesimpulannya

Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.

Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?

Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.


Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :
Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya.

Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk.


Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :
Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt, Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya

Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya

Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya


Cridet : http://www.xlupa.com/2012/01/kenapa-tak-rogol-saya-dulu.html#ixzz1lOm9QdsV
Sila Share,TQ

tembuakar@yahoo.com

Ahad, 29 Januari 2012

MANUSIA MEMANDAI-MANDAI DAN TIDAK BERTAUBAT

Kadar KEWARASAN penduduk di Malaysia semakin menurun! Pada hemat saya, pelaku kesalahan akan bertukar kepada sikap syaitan apabila dia tersepit, mungkin atas sebab HUKUM dan UNDANG-UNDANG. Hanya IMAN dan TAQWA saja sebenarnya yang boleh mengubah ini. Orang yang tidak mempunyai kedua-dua eleman penting ini akan tidak dapat menerima HUKUM dan UNDANG-UNDANG walau seketat manapun ia dilaksanakan. Sebenarnya HUKUM Allah ada keampunannya [bagi mereka yang ingin bertaubat] tetapi yang menyebabkan manusia tersepit adalah atas UNDANG-UNDANG yang direka sendiri oleh manusia dan menghakimi orang lain melebihi KUASA Allah SWT.

Maha besar keampunan Allah kepada setiap manusia yang mensyirikkanNYA namun manusia tetap diberi peluang untuk hidup supaya sempat dia bertaubat, TETAPI manusia akan menghukum sekeras-kerasnya manusia yang tersepit atau diberi ujian oleh Allah ini dengan Hukuman yang lagi berat. Siapakah yang berhak menghukum sebenarnya manusia atau Allah? Cukuplah apa yang diperintahkan di dalam Al-Qur'an dan janganlah mencari-cari kesalahan orang lain dan menghukum bukanlah satu-satunya cara penyelesaian.

Semua manusia Wajib insaf dan bertaubat, bukan hanya pelaku sahaja, manusia yang menghukum juga Wajib bertaubat.

Lihatlah, contoh ini akibat daripada tindakan manusia yang tersepit berubah menjadi Syaitan akibat daripada undang-undang rekaan 'tangan-tangan' manusia sendiri.

Berita.

29/01/2012, AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.
“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.
Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.
“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.


tembuakar@yahoo.com
PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih