SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Selasa, 27 Disember 2011

Kursus Perunding Takaful

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus: 16 JANUARI-16 MAC 2012.

Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan [ambilan JANUARI] : 13/01/2012 [JUMAAT]Temuduga : 14/01/2012 [SABTU]Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

tembuakar@yahoo.com

Ahad, 18 Disember 2011

SIAPA KITA?

Salam IKHLAS dan Ukhuwah

Dalam dunia Takaful di Malaysia kini hakikatnya terlalu banyak Syarikat-syarikat Takaful mahupun Institusi-institusi kewangan muncul 'bak cendawan tubuh selepas hujan'. Jelas kebelakangan ini, industri Takaful telah dijalankan pesat oleh semua pihak baik secara Syariah atau pun ikut-ikutan iaitu mewujudkan ruang persaingan dan cuba meraih penyertaan semata-mata kerana keuntungan.

Banyak saya perkatakan tentang siapa musuh dan siapa saudara tapi mungkin 'tersirat' dan sukar difahami oleh segelintir rakan-rakan. Sebagai Pejuang Muamalat Islam kita mesti mengenali SIAPA KITA dan SIAPA MUSUH-MUSUH KITA? Memang agak kasar istilah saya menggunakan MUSUH sebagai ungkapan tetapi akan saya perincikan Mengapa?


SIAPA MUSUH-MUSUH KITA
1. Empat golongan yang melaksanakan RIBA
2. Golongan yang menyelinap masuk kerana Keuntungan dan Pangkat tetapi bukan penegak Syariah dan yang semaksud dengannya.

SIAPA KITA
1. Kita adalah GURU untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada saudara-saudara kita tentang RIBA dan kesannya.
2. Bermuamalat secara IKHLAS menurut hukum-hukum Allah.
3. Penentang RIBA
4. Penyelamat kepada saudara-saudara kita daripada terlibat dengan RIBA
5. Pencari Nafkah untuk ekonomi keluarga dan UNTUK membantu saudara-saudara kita di dalam menghadapi Ujian dan Ketentuan.

Melalui ringkasan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa,
1. Golongan MUSUH yang saya ungkapkan adalah sebenarnya MUSUH-MUSUH Allah SWT dan para RasulNYA.
2. MUSUH yang menyelinap masuk hanya bertujuan DUNIAWI dan meninggalkan Akhirat.
3. MUSUH adalah Penyesat kepada saudara-saudara kita dengan melibatkan mereka dengan DOSA KE-2 terbesar selepas mensyirikkan ALLAH SWT iaitu RIBA melalui tipu muslihat ekonominya.
4. KITA adalah penegak kepada syariat ALLAH SWT.
5. KITA adalah penyelamat kepada saudara-saudara kita supaya tidak terjebak dengan dosa riba itu.
6. KITA adalah Pejuang Ekonomi Islam dan jatuh bangunnya ISLAM adalah amanah besar yang patut KITA sedar dan perjuangkan.

JADI..Siapakah AKU? Siapakah KAMU?
Mudah-mudahan Allah SWT menyenaraikan KITA semua dalam golongan hamba-hambaNYA yang bersyukur.

Dan Ingatlah!
ALLAH SWT sebenar Maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati setiap hambaNYA.
ALLAH SWT lebih hampir kepada kita berbanding hampirnya NYAWA dengan JASAD.

Manakah lagi NIKMAT yang telah ALLAH berikan untuk KITA dustakan?!


tembuakar@yahoo.com

Sabtu, 17 Disember 2011

MUSUH TERSEMBUNYI



Sejarah telah membuktikan, dan Peringatan Allah SWT itu Jelas..

tidak ada ruang sebesar atompun untuk musuh-musuh, dan jangan bersekongkol!

Namun inilah manusia, mulanya memberi ruang untuk kepentingan bersama, akhirnya musuh memakan mangsanya. 

Lihat dan fikir siapa dia dan siapa kita! Lawan ataupun kawan.
Dan ingat! biasanya Lawan itu bersembunyi kerana dia berfikir DUA lipat ganda untuk menembusi benteng kita!!

tembuakar@yahoo.com

PEJUANG


Salam Ikhlas.

Perjuangan menegakkan Islam khusus melalui muamalat ekonomi bukanlah perkara mudah bagi seseorang. Sungguhpun begitu usaha dan pengorbanan ke arah mencapai kesempurnaan berjuang adalah inti pati kepada Kejayaan perjuangan ini.

Sedih juga melihat segelintir manusia yang cuba berjuang dan bermuamalat semata-mata ingin mencapai sesuatu target tetapi langsung mengabaikan tanggung jawab wajib dan kifayah baginya. Adakah ini berpunca dari ketidakfahaman atau pura-pura tidak paham atau suatu bebanan bagi dirinya?
Hanya Allah SWT yang maha mengetahui apa yang ada di dada golongan-golongan ini.

Secara ringkas dan mudah difahami, senjata bagi Individu itu bermuamalat bukanlah terletak kepada pengalaman dan kepopularan dirinya, atau pengetahuan sahaja tentang ISLAM melebihi dari amalannya TETAPI kefahaman dan kekuatan individu itu untuk mendekatkan dirinya dengan Allah menerusi ibadahnya sebenarnya adalah senjata ISLAM. 

Kini bolehlah disimpulkan, ada beberapa jenis pejuang yang melatah di bumi sekarang ini;
Pejuang, dengan semangat tapi leka dengan habuan dunia atau keuntungan.
Pejuang, dengan pengetahuan  tetapi tidak tergambar dalam amalan dan perilakunya.
Pejuang, dengan kepopularan tetapi sebenarnya tidak menghayati pengetahuan sedia adanya.
Pejuang, dengan kuasa dan kepentingannya dapat mencapai segala yang diingininya.
Pejuang, dengan kesedaran dengan sedikit ilmu tetapi jauh penghayatannya.
Pejuang, dengan kurang pengetahuannya tetapi berusaha ke arah mencapai kesempurnaan.
Pejuang, dengan senjata pengetahuannya dan dapat pula digambarkan dengan amalannya.


Saya berpesan dan sentiasa ingat bahawa, Ilmu yang bermanfaat itu sebenarnya adalah ilmu yang dapat menjadi penyuluh seseorang itu keluar dari kegelapan [Kejahilan].

Wallahu a'lam.
tembuakar@yahoo.com

Ahad, 11 Disember 2011

Gerhana Bulan Tanda Keagungan Allah SWT!


Subhana Allah Wal hamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akhbar!

15 Muharram 1433H baru sebentar tadi berlalu, syukur ke hadrat Allah berkesempatan juga bersama Fenomena Gerhana Bulan yang Allah tunjukkan kepada manusia. Bagiku ianya adalah suatu tanda kekuasaan Allah dan peringatan sebenarnya kepada hamba-hambaNya, dan juga suatu isyarat antara lain menyatakan;

'Tidak ada yang mustahil bagi Nya dan sesungguhnya Dialah yang berhak mengatur dan Pemilik segala yang ada di Bumi dan di Langit dan Tidak ada kekuasaan sedikit pun yang setanding dengan KeagunganNya.

Dan bagi kita, 'Mana satu lagikah nikmat dari Allah yang hendak kita dustakan?!

Fasa Permulaan 20:40

Gerhana Penuh 22:22

Muncul semula 23:00

Fasa awal Penumbra

Separa Penumbra

Keluarnya dari kegelapan
Fasa Terakhir Gerhana 00:30 - 01:00


Gambar : Tembuakar Corp
Lokasi : KG Lingkudau Lama [Lintuhun] Ranau Sabah

Jumaat, 9 Disember 2011

8 TIPS LAHIRKAN ANAK SOLEH

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah As-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.

Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana." Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. 
Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.

Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.

Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.

Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.

Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

tembuakar@yahoo.com
Sumber : http://www.islamituindah.my
PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih