SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Khamis, 4 April 2013

LAUTAN DALAM JANGANKAN DIDUGA

Mengata syirik tetapi jahil, 
Bila nampak jelas di depan mata, 
Baru hilang akal dan punca. 

Lemahnya pemikiran orang sekarang sehingga menganggap semua perkara yang melibatkan dunia kebatinan atau ghaib dalam perlindungan dan pertahanan diri SYIRIK. 

Benarlah kata pahlawan dahulukala, "Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangankan diduga'.

Ertinya yang menolak perkara ghaib seperti kebal [dengan izin Allah] ini samalah juga seperti menghina bangsa mereka sendiri iaitu Hang Tuah yang mereka agung-agungkan, Muhammad Salleh, Mat Kilau, dan pahlawan lainnya yang menggunakan kuasa yang terdapat di dalam al-Qur'an dengan izin Allah Yang Maha Agung. 

'Baju Ayat' adalah jaket yang dipercayai serupa seperti yang digunakan oleh Pahlawan Datu  Muhammad Salleh ketika berperang. Menurut sumber  dari Datu, apabila seseorang menggunakan baju ini, ianya akan bebas daripada senjata musuh tetapi si pemakai hendaklah menggunakannya beserta doa-doa khusus dipetik daripada al-Qur'an. 

Secara tidak langsung golongan ini telah menidakkan kuasa al-Qur'an. Sedang Rasulullah S.A.W melepaskan diri  dari kepungan kaum kafir Makkah untuk ke Madinah dengan menggunakan potongan ayat al-Qur'an. 

Pesananku kepada generasi muda, 
jangan jadi seperti kami yang lemah,
yang tiada ilmu di dada,
hanya mampu menghulur kata,
tapi hindar golongan mengata,
yang langsung tak endah apa-apa.

Jika hendak mempertahankan Negara, Bangsa dan Agama kelak supaya persiapkan diri dan berguru jika mampu dalam bab pertahanan diri terutamanya dalam hal-hal ghaib, kerana itu merupakan satu ikhtiar dan senjata sama juga seperti selaras senapang juga sebagai ikhtiar diri.

Bukan bermakna dengan selaras senjata dan ilmu kebatinan itulah yang menyelamatkan diri tetapi itu adalah ikhtiar diri untuk mempertahankan diri dengan izin Allah. Jika sudah sampai janji kita dengan Allah sekuat manapun persenjataan kita atau seteguh manapun ilmu pada diri kita tidak dapat menghalang sedetik pun janji Allah S.W.T. TETAPI sekurang-kurangnya kalian tidak mati 'katak' kerana ikhtiar memohon kepada Allah.

Wallahu a'lam.

tembuakar@yahoo.com
PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih