SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Rabu, 29 Februari 2012

AMANAH MURNI

Salam Ikhlas.

Hidup dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan sifir pendapatan yang kurang membantu dewasa ini adalah SATU perkara yang menjadi pengaruh UTAMA pemikiran manusia, khususnya di negara kita. Apakah kenyataan ini mampu anda sangkal dan nafikan?

Corak Kehidupan
Unjuran daripada krisis ini, ramai saudara-saudara kita hidup;
1. dalam keadaan terdesak,
2. hidup tanpa pembelaan dengan hutang yang melilit pinggang,
3. bekerja lebih masa tanpa memikirkan kesihatan dan keperluan diri dan keluarga,
4. tidak mempunyai simpanan apa lagi harta,
5. melakukan pekerjaan yang tidak sepatutnya seperti penindasan dan rasuah,
6. keluarga yang tidak terurus malah membawa sehingga porak-peranda,
7. memakan RIBA
8. murtad, [nauzubillahi minzalik]

Mencari penyelesaian?
Rentetan daripada itu ramai yang tersalah haluan sehingga membenarkan individu atau pihak lain untuk menyelesaikan masalahnya.
1. Saudara mara; dipinjamkan dengan wang tetapi tidak berkekalan malah menjadi hutang lapuk dan amat sedikit yang menjelaskannya kembali sehingga menjadi beban kepada keluarga dan waris.
2. Pinjaman peribadi; [institut kewangan mahupun ah long] terhad dan apabila habis mereka kena menanggung hutang sehingga simpanan dan harta tidak mampu disimpan dan diperolehi apa lagi dimiliki sehingga faktor keselamatan menjadi taruhan.
3. Pinjaman dan hutang harta [kereta, rumah dsb]; dinikmati selagi hidup dengan terus membayar hutang dan apabila meninggal, ianya tentu ditarik balik dan waris hanya melopong dan terbeban dengan hutang si mati [Ayah].
3. Gadaian; apakah harta benda yang anda simpan untuk anak-anak anda juga dikorbankan untuk membela keadaan kehidupan anda sekarang? Bagaimana jika ANDA sudah tiada? Apakah sudah cukup tinggalan kita untuk mereka?

Adakah 'mereka' mampu menjawap persoalan-persoalan ini dan yakin 'mereka' tidak berbohong atau menipu?

Adakah masalah mereka selesai setelah berjumpa dan bersetuju dengan cadangan pihak-pihak tersebut? Walaupun ada yang menafikan perkara ini ketahuilah, jawapan sebenarnya mereka akan lebih terdesak dan menanggung kesengsaraan berpanjangan sehingga waris-waris pula menanggung penderitaan dan kemiskinan.

Siapa yang mampu membantu?
[berikan saya jawapan atau anda memerlukan jawapan sebenar]

tembuakar@yahoo.com

Sabtu, 11 Februari 2012

INGAT LIMA PERKARA


Salam Ikhlas.

Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.

Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.

Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.

Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan.

Masa kaya sebelum miskin dengan mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya.

Begitu juga cara untuk mengisi masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.

Cuba kita yang sihat ini bayangkan, bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa kita sangka-sangka itu?.

Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata. Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti bunga.

Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.

Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula.

Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."



Ahad, 5 Februari 2012

AIR MATA RASULULLAH SAW


Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya;
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab;
"Para malaikat Ya Rasulullah"

 Sahabat yang lain;
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata;
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata;
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi bersabda;
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata;

 " Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, 
MEREKA terlalu mencintai Allah,
dan tahukah kalian?
MEREKA tidak pernah melihatku,
MEREKA tidak dekat denganku seperti kalian,
MEREKA sangat rindu kepadaku,
dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA..
MEREKALAH UMMATKU!
UMMATKU!
UMMATKU! 

 


tembuakar@yahoo.com

Sabtu, 4 Februari 2012

Kenapa Tak Rogol Saya Dulu

 

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain..

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?

Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu

Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.

Allah swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua cara.

Kesimpulannya

Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.

Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?

Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.


Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :
Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya.

Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk.


Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :
Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt, Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya

Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya

Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya


Cridet : http://www.xlupa.com/2012/01/kenapa-tak-rogol-saya-dulu.html#ixzz1lOm9QdsV
Sila Share,TQ

tembuakar@yahoo.com
PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih