SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Isnin, 23 Januari 2012

CERITA NENEK 1 - 'Hanya Urang Sabah yang Tahu'

Terkenang Arwah nenek, kebetulan Tahun 2012 ini menurut Kepercayaan Orang-orang Cina adalah Tahun Naga..cerita nenek tentang 'Tembuakar' kembali segar diingatan.


Ramai juga rakan-rakan terutamanya yang baru mengenali saya akan tertanya-tanya, "apa bah maksud 'Tembuakar' tue?, apa tidaknya, semua 'barang' belong to me ar kena tagging 'Tembuakar', biasanya urang betanya bila saya menulis alamat emel atau search gadget atau pendrive, akan tekeluarlah 'TEMBUAKAR'. Dan, biasanya akan ku jawap; 'Hanya urang Sabah saja yang tau maksudnya', [walaupun sebenarnya ada juga urang Sabah yang nda' tau maksud sebenarnya. Hmm, nda' asli Sabah la mangkali tue].

Di keretaku saja aku 'saja' tidak lekat sticker, kalau adapun, keci' saja. Apa lagi selalu saja aku dapat koling dari kawan-kawan nun jauh;
'Ui, kereta baru kah Tuan? atau
'Ko p mana tue ar? atau
'Sepa bah bawa kereta mu tue, aku main 'lampu' angkat tangan lagi langsung nda' membalas?'
'Katciwa nie Tuan, limpas saja nda' me'yiknel''

Hahaha..adiiiiihhhh kamurang. Itu urang lain bah tu, durg memang suka kali lakat-lakat tue sticker 'Tembuakar', ntah durg pahamkah nda tue ertinya. Kol paham pun, apa kaitan kunun durang sama tue Tembuakar?

Apapun Terima Kasih semua rakan-rakan ku yang tetap mengingati persahabatan ini. Insha Allah anda tetap dalam ingatanku. 'Kasi ingat aku kalau aku suda lali nanti ar'

Sebenarnya, TEMBUAKAR yang menjadi nama penaku adalah bermaksud NAGA, dedikasi dari cerita nenek ku. Antara cerita nenek yang berulang kali aku mau tau. Mungkin faktor tinggal di tepi sungai Sugut, hari-hari nampak air, selalu nampak banjir, dan tika hujan aku dan nenek biasanya akan duduk di tepi pintu, sambil dia menumbuk sirihnya, time tue la aku minta cerita, sambil memerhati banjir besar kebiasaannya yang menghanyutkan macam-macam jenis 'hasil ulu' [kayu besar, perahu pecah, dan macam-macam lagi lar sampah hutan].

Arwah nenekku sebenarnya adalah urang yang paling aku rapat sekali, selepas ibubapaku. Aku juga adalah cucunya yang paling disayanginya. Aku memang sentiasa bersama-samanya, sehinggakan beberapa sikapnya ku warisi, mengajarku dengan kehidupan di kampung menjadi 'anak kampung', dan berkhidmat untuknya ketika 'masa' aku belum bersekolah atau 'terpaksa' tidak bersekolah kerana mengikut kehendak keluarga.

Pemergiannya amat ku terasa. Diketika itu aku sedang menduduki peperiksaan Semester [1993], ibuku memberitahu pemergiannya selepas aku selesai kesemua kertas peperiksaan, dengan alasan supaya fikiran ku tidak terganggu. Oleh itu, ku dedikasikan ceritanya itu dalam hidupku, menjadi semangat untukku dengan sentiasa mengingatinya, walau pada suatu ketika sewaktu kepergiannya, aku jauh daripadanya. Apapun, inilah Aku TEMBUAKAR! cucu nenek yang nenek ceritakan dulu itu. Sekarang ini, kalaulah nenek masih hidup, pasti akan ku kongsikan kejayaanku hasil dari kasih sayang nenek, datu', dan ibubapaku menjadikan aku seperti TEMBUAKAR, naga yang lepas ke laut tanpa menghiraukan rintangan tetap maju menuju kemuncak destinasinya!

Al-fatihah ku untuk Arwah nenek, SARIAH BINTI ALI, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham. Amin Ya Rabbal 'alamin.





[Terima Kasih kerana singgah di sini. Ikuti kisah-kisah selanjutnya akan datang.]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih