SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Rabu, 20 Februari 2013

MAMUT

Suatu ketika dulu, MCM atau Mamut Cooper Mine adalah sebuah nama yang gah di Sabah kerana perlombongan tembaga [kuprum] terbesar di dunia. Ianya bermula pada Tahun 1975 sehinggalah ditutup sepenuhnya penghujung 90an dan awal millenium kerja-kerja menyelenggara dan mengosongkan tapak dilakukan.

Kini Mamut telah menjadi tapak tinggalan sejarah perlombongan di Sabah khususnya di daerah Ranau. Pada era tersebut ia sedikit sebanyak telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan beberapa kawasan lain di seluruh Negeri Sabah. Selain itu ia juga membawa kepada pembangunan awal daerah Ranau.


Tahukah saudara apa yang dimaksudkan dengan perkataan MAMUT? Perkataan ini berasal dari tutur bangsa sungai di daerah Ranau iaitu suku Sugut mengungkapkan 'ma-mut' bermaksud panas. Suku Sugut yang tinggal di pesisir sungai Sugut mengungkapkan 'mamut' bagi menggambarkan kawasan di Mamut itu sentiasa mengeluarkan wap panas dari bawah tanah dan mempunyai beberapa kawasan air panas menggambarkan mamut adalah kawasan yang mempunyai aliran air panas di kaki Gunung Kinabalu sehingga mengunjur ke poring, sekarang menjadi Tapak Rekreasi dan pelancongan di bawah pengawasan Taman-Taman Sabah. Aliran sungai Sugut iaitu sungai yang ketiga terpanjang di Sabah juga dipercayai sebahagian besarnya berpunca dari kaki mamut mengalir melalui sungai Liwagu. Walaupun dengan kewujudan 'sungei mamut' atau air panas di Mamut, sebenarnya Mamut adalah kawasan yang sejuk sama seperti kawasan kaki gunung di Mesilou, Kundasang.

Kubu dan Ranahon

Ungkapan mamut itu telah digelar untuk kawasan kaki gunung itu sekitar tahun 1890an lagi iaitu ketika era pahlawan terkenal Sulu', Muhammad Salleh menjadikan kawasan tanah tinggi di Sinarut sebagai Kubu Pertahanan mereka di Ranahon [Ranau]. Suku Sugut ketika itu menjadi perantara Muhammad Salleh dan sebahagian besarnya menjadi pengikutnya.

Kubu itu dibina di atas bukit Sinarut dan di bawahnya terdapat sebatang sungai yang betul-betul mengalir dari kawasan mamut di kaki gunung Kinabalu. Air mamut itu menjadi sumber bagi Muhammad Salleh dan pengikutnya. Malangnya sungai itu telah diracuni oleh tentera Inggeris bagi melumpuhkan sistem bekalan ke Kubu Muhammad Salleh. Inilah antara punca kekalahan Muhammad Salleh dan pengikutnya selain daripada seluruh kawasan penanaman padi [Ranahon] di Sinarut dibakar oleh Inggeris untuk melumpuhkan sumber makanan mereka. Kini kawasan Ranahon atau Ranau di Sinarut masih menjadi kawasan utama penanaman padi namun sebahagian kawasannya telah dijadikan padang Terbang untuk kegunaan penerbangan di penghujung 70an. Sementara sungai yang dimaksudkan mengalir di bawah Kubu itu boleh dilihat di Kg. Sinarut mengalir ke Rapak.

Kini Ranau yang berasal dari perkataan Ranahon atau kawasan sawah padi oleh masyarakat dusun adalah sebuah pekan persinggahan penting bagi menghubungkan kawasan Timur dan Barat Sabah. Ranau juga adalah salah satu lokasi Perjalanan Maut Tentera Jepun sebelum berakhir di Kundasang.

Sumber : Allahyarham Imam Aneh Bin Datu Sharif Durahman, 1988

tembuakar@yahoo.com

KEDATANGAN SULU DI SABAH


Jika dilihat daripada sudut geografinya Sabah terletak berhampiran dengan Kepulauan Sulu [Philippines] di bahagian Utaranya manakala dan di bahagian Barat Daya Sabah terdapat sebuah Kerajaan iaitulah Brunei. Brunei mempunyai jajahan takluk yang besar iaitu meliputi seluruh pesisir Timur Borneo iaitu Sarawak, dan Utara Borneo iaitu Sabah ketika ini.

Perjanjian serah takluk

Sekitar tahun 1700, Sultan Brunei telah berhadapan dengan pemberontakan di Borneo, dan meminta bantuan Sultan Sulu. Sebagai tindak balas, Sultan Sulu menghantar pahlawan Sulu untuk memadamkan pemberontakan itu. Sebagai tanda penghargaan terhadap bantuan yang diberikan, Sultan Brunei memberikan apa yang kini dikenali sebagai Sabah kepada Sultan Sulu, iaitu sebahagian besar Barat Utara Borneo dan seluruh kawasan Timur Sabah sehingga ke Lahad Datu.


Sebelum kedatangan Inggeris sekitar penghujung 1870-an, Sabah melalui persetujuan antara Brunei-Sulu telah mengagihkan jajahan takluk iaitu Barat Sabah dikuasai oleh Kerajaan Brunei dan di Bahagian Utara dan Timur Sabah dikuasai oleh Kerajaan Sulu. Ketika itu kerajaan Manila, atau bahkan Filipina belum wujud. Kesultanan Sulu adalah salah satu kerajaan yang paling berkuasa dan berpengaruh di rantau ini, dengan hubungan diplomatik dan perdagangan sehingga melangkau ke China.

Selepas itu rakyat peribumi di Sabah pernah melancarkan perang dan penentangan ke atas Kerajaan Sulu kerana masuk ke dalam kawasan mereka iaitu penentangan dari suku kaum dusun di Bahagian Tinggi Sabah. Selain itu, mereka pada mulanya juga enggan menerima dakwah Islam yang di bawah oleh Sulu seperti berlaku ketika penentangan kepada Kerajaan Brunei dahulu dan masih mempercayai amalan animism dan pagan. Selain itu, suku kaum Dusun pada ketika itu hidup dalam suku masing-masing dan masih mengamalkan ‘misasangod’, atau pemenggalan kepala dari suku lain untuk tujuan peluasan tempat atau kawasan, perkahwinan, serta membuktikan keperwiraan dan keberanian suku masing-masing.

Penentangan juga berlaku dikalangan suku kaum yang tinggal di pesisir sungai khususnya dari bangsa Sungai dari suku Paitan, Segama di Kinabatangan dan suku sungai yang lain namun akhirnya menerima baik Islam sebagai anutan dan meninggalkan animism kecuali beberapa suku seperti Tombonuo dan Lingkabau. Setelah menerima Islam, suku-suku ini banyak membantu kerajaan Sulu sebagai perantara dan ketua-ketua dari suku-suku ini dilantik menjalankan urusan pemerintahan dan penyebaran agama Islam.

Jajahan Takluk

Orang yang bertanggungjawab membawa Islam dan memerintah takluk beberapa kawasan ketika itu ialah Muhammad Salleh, iaitu Putera Sultan Sulu. Antara jajahan takluk Sulu ketika itu ialah Inanam, Tambunan, Ranau, Sandakan dan kawasan pesisir laut, sepanjang sungai utama di Sabah iaitu menghubungkan antara semua kawasan takluknya. Sungai Sugut bagi jajahan Ranau ke Labuk, Sungai Paitan dan Bingkuka bagi jajahan Bandau, Sungai Labuk bagi jajahan Labuk-Telupid, Sungai Kinabatangan bagi jajahan di Timur Sabah.

Pusat jajahan Sulu terletak di Sandakan sementara Inanam di bahagian Barat Sabah. Ranau dan Tambunan bagi pusat jajahan di bahagian tengah Sabah sementara Kota Belud dan Bandau sebagai pusat sehingga ke Utara Sabah. Terdapat Kubu yang didirikan oleh Muhammad Salleh dan masih dilihat kesannya ialah di daerah kecil Tambunan. Sementara di Ranau, Kubu terkenal mereka terletak di kawasan tinggi Sinarut dan sekarang kesannya sudah didirikan perkampungan iaitu Kesiladan, Togudon Baru, dan Rapak.



Muhammad Salleh mempunyai menteri-menterinya sendiri untuk membantu beliau menguruskan jajahan takluknya disamping menyebarkan Islam kepada peribumi Sabah. Mereka terdiri daripada tujuh orang bergelar Datu, mereka ialah Datu Allahyarham Sharif Datu Durahman, Allahyarham Sharif Datu Harun, Allahyarham Sharif Datu Sak, Allahyarham Sharif Datu Inting, Allahyarham Sharif Datu Badaruddin, Allahyarham Sharif Datu Asibi, dan Allahyarham Sharif Datu Ingkung.

tembuakar@yahoo.com

Selasa, 19 Februari 2013

IBU yang tidak bekerja? Suri rumah?


Tahukah saudara-saudara sekalian semua kerajaan di dunia melabel status surirumah adalah golongan yang ‘tidak bekerja’?

Siapakah yang mencetuskan pekerjaan bagi kaum wanita sehingga memesong dan meninggalkan tugas utama mereka untuk melahir dan menjaga umat Rasulullah Shalallahu alahi wasallam?

Siapakah yang membela nasip wanita bila dia menjadi surirumah? Adakah terletak dibahu seorang suami yang bekerja?

Apakah dengan tertubuhnya Badan hal ehwal wanita dapat membela nasip wanita dan anak-anak mereka?

Tidakkah semua kerajaan di dunia ini terfikir semua permasalahan yang timbul mengenai wanita dan kanak-kanak adalah cetusan perundangan yang digubal oleh manusia itu sendiri?

Nauzubillahi minzalik, rupanya benarlah firman Allah, Maha Suci Allah tiada kerajaan yang hebat berbanding Kerajaan Langit dan semua kerajaan manusia yang ada sekarang ini akan musnah akibat oleh perbuatan dan kezaliman tangan-tangan mereka sendiri.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Ar-Ruum 30:41)

Saudara dan pemikir sekalian

Fitrahnya wanita itu dijadikan oleh Allah azza wa jalla adalah untuk melahirkan zuriat dan umat seterusnya dengan jalan yang diredhai Nya melalui perkahwinan. Namun kala ini, manusia telah dipesongkan oleh pemikiran dan permasalahan sehingga semua manusia khususnya wanita akan berfikiran bahawa setiap mereka perlu bekerja untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan memenuhi kepuasan dan kehendak masing-masing.

Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.
(Al-Anfaal 8:73)

Itulah sebenarnya senjata atau jarum kafir yang cuba untuk meracuni umat Islam. Maka dengan itu berjaya sudah mereka mempengaruhi pemikiran setiap wanita Islam daripada menjalankan tugas sebenar yang lebih mulia di sisi Allah Subhana wa ta’ala iaitulah membina institusi rumah tangga.

Amatlah besar ganjaran yang diberikan kepada wanita itu sebenarnya oleh Allah Subhana wa ta’ala sesuai seperti yang telah termaktub di dalam Islam bahawa pahala yang sangat besar dijanjikan Allah bagi wanita yang melahirkan anak, melayan suami serta menjaga maruahnya. Tidak ada sebarang pekerjaan wanita pun yang dapat menandingi ganjaran pahala sebagai seorang isteri yang menjalankan tanggungjawab ke atas suami dan anak-anaknya. Namun masih ada yang menyangkalnya dan senang jika seorang wanita Islam itu keluar rumah untuk bekerja dengan alasan ingin membantu ekonomi keluarga. Karut! Itu bukan peranan wanita sebenarnya. Sebenarnya itu cuma alasan mereka yang telah diracuni pemikiran dalam hidupnya dengan mengejar kejayaan dunia semata.

(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
(Ar-Ruum 30:37)

Peranan lelaki dan wanita dalam Islam

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(An-Nisaa' 4:34)

Daripada pengertian petikan firman Allah Subhana wa ta’ala di atas, amat jelas adalah tanggungjawab memimpin, pengawal, memberi nafkah terhadap wanita itu adalah terletak dibahu seorang suami kerana Allah Subhana wa ta’ala telah memberikan kelebihan terhadap lelaki. Lelaki yang keluar bekerja kurang fitnahnya berbanding wanita, lelaki berupaya untuk mencari rezeki dengan kelebihan kudrat yang diberikan Allah Subhana wa ta’ala berbanding wanita sedangkan wanita sangat banyak halangannya jika keluar rumah semata-mata untuk bekerja.

Peranan wanita terhadap anak-anaknya

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
(Al-Baqarah 2:233)

Di dalam ayat di atas juga telah digariskan oleh Allah Subhana wa ta’ala peranan penting dalam institusi keluarga Islam itu iaitu; kewajipan seorang suami atau bapa ialah memberi makan, pakaian dan tempat tinggal kepada isteri dan ibu kepada anak-anaknya menurut cara yang sepatutnya berdasarkan kemampuan suaminya. Suami kena menjalankan tanggungjawabnya sesuai dengan rezeki yang Allah Subhana wa ta’ala berikan kepada keluarganya dan si Isteri pula kena redha. Dengan timbul rasa redha sesama suami isteri itu maka tidaklah anak atau tanggungjawab menyara keluarga itu menjadi beban kepada mereka.

Namun ketika ini, kebanyakkan institusi rumah tangga goyah dan runtuh akibat daripada tidak ada sifat redha dalam diri pasangan menyebabkan mereka merasa kesempitan dan cuba untuk mencari kelebihan dengan kedua-duanya sibuk mengejar pendapatan di dunia berupa wang, harta dan pangkat seperti pengertian firman Allah Subhana wa ta’ala dalam Surah Ar-Ruum ayat 37 sebelum ini. Manusia telah lupa itu sebenarnya adalah ujian yang nyata dari Allah Subhana wa ta’ala semata-mata untuk menguji keimanan manusia. Akibat daripada itu, peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan sebenarnya oleh Allah Subhana wa ta’ala diabaikan dan kesudahannya hanyut dalam kemurkaan Allah subhana wa taala.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(A-li'Imraan 3:14)

Ketika itu barulah bertambah kepayahan dan kesengsaraan manusia untuk menangani masalah yang lebih teruk timbul seperti keruntuhan akhlak, penindasan wanita dan kanak-kanak, penderaan, pemerdagangan manusia, perhambaan ekonomi dan sosial, dan pelbagai lagi musibah dan bala yang ditimpakan kepada manusia kerana mengingkari amanah dan perintah Allah Subhana wa ta’ala.

Peranan Pemerintah

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan semasa kini, Ibu yang mempunyai anak dan duduk di rumah dianggap tidak bekerja dan tidak ada pendapatan oleh semua kerajaan di dunia. Tambahan lagi, Ibu yang berstatus suri rumah hanya mengharapkan gaji majikan suaminya untuk menyara keluarga.

Akibatnya keadaan ekonomi keluarga sangat rendah, miskin, daif menyebabkan para suri rumah tertekan dengan keadaan kesengsaraan yang berpunca daripada kurangnya kefahaman dari pihak pemerintah.

Sepatutnya, sesebuah pemerintahan yang adil hendaklah memberikan ganjaran berupaya elaun kepada wanita dari pelbagai tingkat berikut mengikut kadar yang adil iaitu menampung sebahagian daripada keperluan mereka; Wanita yang berkahwin, Wanita yang mempunyai anak, Wanita yang berpoligami, Wanita yang menyumbang kepada pendidikan Ilmu Islam, Wanita balu atau yang tertalak, Wanita kurang upaya, lanjut umur dan tingkatan lainnya.

Kenapa perlunya ganjaran ini?

Itulah peranan pemerintah yang adil kepada kaum yang istimewa ini, mereka melahirkan generasi dan ummah dalam keadaan mereka ini lemah, mereka berhadapan dengan hal amanah menguruskan suami, anak dan rumah tangga, mereka menjaga kehormatan maruah diri demi agama, mereka mendidik dan membimbing generasi dan zuriat kita dalam institusi rumah dan pelbagai lagi amanah berumah tangga yang sudah pasti gagal dilakukan dengan baik oleh kaum lelaki jika berubah peranan sekalipun.

Kaum lelaki dan suamilah yang sepatutnya bekerja untuk mereka sesuai dengan pengertian ayat An-Nisaa' ayat 34. Memandang jumud konsep Allah dalam ayat ini adalah punca kepada keruntuhan ummah masa kini. Islam memandang mulia peranan wanita, bukan menjadikan mereka alat untuk lelaki mendapatkan sesuatu yang bukan kerana Allah dan agamanya. Cara Fisabilillah bagi lelaki dan wanita berbeza. Diibaratkan fisabilillah lelaki dengan lidah, tangan dan pedangnya sementara wanita dengan maruah dan kehormatannya.

Kita amat yakin bahawa, jika kehidupan institusi rumah tangga kita kembali kepada perintah Allah Subhana wa ta’ala, bala dan musibah seperti pembuangan bayi, penderaan, anak-anak merempat dan gelandangan, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, pemerdagangan manusia, pembunuhan, seks bebas, pelacuran dan maksiat lainnya yang menghantui kita zaman ini tidak akan berlaku. Kembalilah kepada ajaran Islam dan bina benteng kukuh keluarga kita daripada hasutan kafir dan sekutunya.

Wallahu a’lam bissawab

tembuakar@yahoo.com

Ahad, 17 Februari 2013

GOLONGAN YANG MELAMPAUI BATAS


Salam Ikhlas.

Allah Subhana wata’ala telah melimpahkan rezekiNya di muka bumi ini untuk setiap manusia dan haiwan memanfaatkannya, mudah-mudahan kita bersyukur atas pemberianNya.

Namun sebilangan besar daripada golongan manusia itu dari dulunya memang melampaui batas sehinggakan riak dengan apa yang telah mereka perolehi. Mereka mengganggap semua rezeki itu semuanya datang atas usaha dan titik peluh mereka dan mereka lupa bersyukur. Mereka tidak sedar bahawa rezeki itu semuanya datang daripada Allah. 

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
(Asy-Syuura 42:27)

Mereka sombong dengan rezeki yang mereka perolehi dan tanpa sedar langsung sebenarnya rezeki yang mereka peroleh itu adalah ujian semata bagi mereka.

Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
(Al-Mu'minuun 23:75)

Dewasa ini, golongan-golongan pelampaui ini, sesuka hati memasuki wilayah dan daerah segenap pelusuk untuk membolot kuasa agar mereka senang memperolehi hasil pendapatan atau perniagaan dengan apa cara sekali pun walaupun terpaksa berhadapan dengan perlanggaran undang-undang. Mereka berani menyongok, menindas, menipu dan memakan riba. Inilah ciri-ciri yang Allah sebutkan dalam al-Quran golongan yang melampaui batas. Mereka seterusnya akan hanyut dalam dosa dan kemurkaan Allah.

Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.
(Taha 20:81)

Ingatlah saudara, kita sebagai hamba Allah yang beriman memang dituntut untuk melatah di segenap pelusuk bumi Allah ini untuk mencari rezeki tetapi hendaklah kita bersyukur serta merendah diri, tidak sombong dengan apa yang Allah kurniakan, dan memakan rezeki yang halal perolehannya dan bukannya diperolehi dengan penindasan dan perlanggaran hak bagi mengelakkan diri kita tergolong dalam golongan yang melampaui batas ini.

Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing; lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata; dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu. Demikianlah, Kami meteraikan atas hati orang-orang yang melampaui batas.
(Yunus 10:74)

Sesungguhnya orang-orang yang melampaui batas ini adalah segolong dengan Fira’un sesuai dengan firman Allah Taala di dalam al-Qur’an;

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.
(Al-Qasas 28:4)
  
Kesimpulannya

1. Tidak ada halangan dalam al-Qur’an untuk setiap manusia melatah di muka bumi Allah ini untuk mencari rezeki tetapi janganlah sampai melampaui batas hak di tempat itu. Bersyukurlah kerana diberi peluang untuk mencari rezeki di Negeri orang.

2. Hak mentadbir dan mengurus sesuatu tempat itu adalah tanggungjawab penduduk asal di tempat itu dan sebagai muhajirin, sepatutnyalah menghormati tanpa mencampuri urusan dalaman dan bersama-samalah menjaga keamanannya.

3. Setiap manusia telah ditulis rezeki baginya dan tidak perlulah menindas atau merampas hak orang lain, sesungguhnya orang yang melampaui batas itu adalah sekutu kafir dan telah disediakan Neraka sebagai tempat yang sesuai bagi golongan ini seperti nasib Fira’un dan Bani Israil yang tidak beriman.


tembuakar@yahoo.com
PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih