SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Selasa, 31 Mei 2011

KONSEP DAN PENDEKATAN BLOG INI

Salam Ikhlas.

Terima Kasih kerana melawat blog ini dan harapan saya semoga apa yang anda dapat daripada persinggahan ini sesungguhnya berteras konsepkan yang berikut;



Surah Asy-Syuura [42] : 23

23. ....Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

Ini adalah antara konsep perjuangan sebenar dalam Islam! Individu Islam mestilah memahami Konsep ini secara mendalam dan beriman dengannya sebelum berjuang! Semoga Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang memberkati dan merahmati kita semua dan menyatukan umat Islam berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Dari Ibnu Umar : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah orang yang menyaksikan di antara kalian menyampaikan kepada orang yang tidak hadir dari kalian.” Sahih Ibnu Majah

Dari Amru bin Auf : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” Sahih Ibnu Majah

Renungilah pesanan terakhir Rasulullah saw dan merupakan ayat Al-Quran yang terakhir diturunkan. Selepas turun ayat ini Rasulullah saw hidup selama sembilan malam, kemudian pada malam Isnin Rabi’ul Awal wafatlah Rasulullah saw.

Ayat itu adalah;



Surah Al-Baqarah [2] : 281

Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).

BENGKUANG 2



...dari Bengkuang 1

Bermula, tinggallah pasukan askar Jepun di Kg. Merungin. Mereka dengan sesuka hati mengambil apa sahaja yang lalu di hadapan mata mereka. Ayam dipancung, memercik darah sambil berjalan tiada kepala. Keladi, dimamah mentah diingatkan sengkuang dan, habislah gatal mulut-mulut mereka. Sementara kehidupan Sunsu berdua amat terdesak, terpaksa juga isteri sunsu memberanikan diri datang ke rumah mereka untuk mengambil keperluan yang cukup untuk kegunaan mereka di ladang sementara kaki sunsu pulih. Memang dikalangan penduduk yang mengenali Isteri Sunsu agak terkenal dengan keberanian dan ketegasannya.

Tiba di rumah itu, isteri sunsu terpaksa berkomunikasi dengan isyarat sahaja. Diminta kuali penuh dengan ayam-ayam, 'kamu mau ambil 'nabi'? [Nabi bereti kuali; istilah, ungkapan yang didengar seakan-akan berbunyi demikian]. Kamu mau ambil tilam? [habis dikeluarkan kapuknya diganti dengan jerami lalang. Pelik.]

Pulanglah semula isteri sunsu di ladang sambil membawa 'nabi'. Selang beberapa hari datanglah saudara mereka memberitahu bahawa, 'keadaan rumah kamu suda seperti rumah mayat,' katanya. Ramai askar Jepun bergelimpangan mati. Betul seperti yang dikhabarkan. Busuk sudah keadaan rumah tersebut, mayat bergelimpangan di tangga, di bawah kolong, apa lagi kalau di tengah-tengah rumah. Nauzubillah menjijikkan. Ada yang terburai perut terkeluar tali perut..dan macam-macam lagi.

Setelah diperiksa, habis kitab-kitab agama milik Imam Aneh dijadikan tisu, tidak terlepas Al-Qur'an nul karim. Ada yang bersepah di bawah kolong sudah dijadikan pengelap najis dan macam-macam lagi halnya kertas-kertas bermakna itu. Jadi secara ringkasnya askar Jepun menjadikan Al-Qur'an dan kitab-kitab agama Imam Aneh di rumah tersebut sebagai TISU, dan tanggunglah kamu akibatnya.

Rumah kediaman tersebut masih lagi nampak kesan pembinaannya dahulu ditandakan dengan pokok belunu [bundu]. Habis rumah tersebut dibakar dan menyaksikan sepasukan mayat tentera Jepun dibakar!.

Moral : Jika kejadian ini dijadikan ikhtibar atau tamsilan, sesiapa sahaja manusia yang cuba untuk menghina apatah lagi menghapuskan Mahzab [Kitab Allah] maka tunggulah azab yang pedih dari kerajaan langit [Allah SWT]. Saya cabar pelakunya!

Isnin, 30 Mei 2011

Jauhi Perkara Syubhat

Maksudnya : "Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim )

ULASAN HADIS :

1. Hadis ini mengingatkan kita agar sentiasa berhati-hati dalam kehidupan seharian yang kita lalui.

2. Apabila kita meragui sesuatu perkara, seharusnya kita menjauhkan diri daripada melakukan perkara tersebut kerana dikhuatiri kita terjerumus dalam melakukan perkara yang haram.

3. Jika kita berhati-hati dan mengambil berat mengenai urusan agama dan perkara yang berkaitan dengannya, sudah pasti kita akan dapat menjauhi diri daripada terjebak dengan perkara yang diragui atau syubhat sekaligus menjauhkan diri kita daripada terlibat dengan perkara yang haram.

4. Ingatlah, jika kita tidak berwaspada, kita akan mudah terbabit dengan perkara-perkara syubhat dan sekaligus mendedahkan kita pada perkara-perkara yang haram. Justeru, elakkan diri dariapda perkara-perkara yang syubhat agar kita dapat menjaga diri dan agama kita serta ahli keluarga.

Wallahu a'lam

Ahad, 29 Mei 2011

Mengangkat Tinggi Syariat Allah



Firman ALLAH SWT : "Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila ALLAH dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus bagi mereka)mempunyai hak pemilihan ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.” (Surah Ahzab:36)

Ulasan Ayat

1. Tiada nikmat ALLAH sehebat iman dan Islam. Apabila hamba dapat memiliki kedua-duanya dan mengamalkannya maka dia telah memiliki segala kebaikan dunia dan akhirat.

2. Setiap insan yang telah mengakui bahawa Tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH, maka dia dikira sebagai orang Islam dan wajib MENGIKUT SYARIAT ALLAH serta mengimani apa yang telah diajarkan oleh islam melalui Nabi SAW.

3. Sebagai seorang Islam bukan semata-mata pada nama, malah seluruh cara dalam kehidupan, samada perbuatan, pertuturan, penampilan semuanya mesti mengikut syariat. Malah kita dituntut untuk menjunjung tinggi syariat ALLAH.

4. Hukum syariat ALLAH hendaklah dijaga dan dipertahankan sekalipun perkara itu kecil,kemana sahaja kita pergi wajib menjalankannya pada bila-bila masa. Jika kita sebagai muslim tidak dapat memelihara tuntutan ajaran Islam maka tidak mustahil mereka yang tidak Islam dan kafir dengan sewenangnya mempermainkan Islam sehingga nama ALLAH dan RASUL menjadi bahan persendaan.

5. Islam yang kita anuti jelas dan zahir pada sikap dan peribadi kita, jika kita tidak mengamalkan Islam secara automatic akan terlihat kepincangan Islam sedangkan cukup sempurna dan hebat lagi tinggi disisi ALLAH.

6. Justeru itu, jika sekiranya solat kita masih ditinggalkan sempurnakanlah, aurat masih terbuka maka tutupilah ia, jika ada permusuhan dikalangan kita leraikanlah. Tinggikanlah Syariat ALLAH bermula daripada perkara asas yang wajib ditunaikan, selagi ianya masih tidak dilaksanakan maka akan terabailah segala syariat Islam yang lebih besar. Oleh kerana itu, manusia pada hari ini ramai yang terlibat pada perkara haram dan yang dilaknat adalah disebabkan tidak mengambil berat pada sekecil-kecil urusan syariatNYA.

Wallahu a'lam.

Isnin, 23 Mei 2011

Segmen TAKAFUL DAN ANDA


bersama dj TeMBuaKar di www.cahayafm.net
Setiap ISNIN dan SELASA jam 10:00-12:00 malam
bermula 23 MEI 2011


Assalammualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT dengan rahmat, nikmat dan kasih sayangnya, saya akan bersiaran di www.cahayafm.net membincangkan tentang tajuk TAKAFUL DAN ANDA. Segmen ini diharapkan dapat memberi sedikit kupasan kefahaman pendengar mengenai persekitaran Takaful bagi menyokong sistem muamalat Islam pada dasarnya.

Segmen bersama Cahaya fm Radio Online Islamic yang pertama di Sabah ini, mudah-mudahan menjadi medan percambahan ilmu bagi kita demi menegak sokongkan syiar Islam. Lillahi Ta'ala.

Jadual Siaran
Segmen : TAKAFUL DAN ANDA
Setiap ISNIN & SELASA
10:00 - 12:00 malam [tertakluk kepada perubahan]

Rangka Siaran
ISNIN : Perbincangan tentang Tema Mingguan dan info Takaful.
SELASA : Produk-produk Pelan dan manfaat-manfaat kepada peserta

Sisipan siaran
Lagu-lagu hiburan Islam dan bersesuaian, menerima komentar dan info pendengar di ruangan sosial, perbincangan tema semasa.

dj TeMBuaKar

Jumaat, 20 Mei 2011

BENGKUANG 1


Sekitar Tahun 1943, Tentera Jepun telah menyusup dan menjajah seluruh pelusuk dan ceruk kampung di daerah Ranau. Antara kegiatan mereka ialah mengaut sebanyak mungkin hasil Sabah dan mengumpulkannya sebelum dibawa ke Negara mereka ataupun sebagai bekalan kehidupan mereka di sini.

Ramai dikalangan orang-orang tempatan menjadi KULI untuk mengangkut barang-barang mereka. Sasaran kerahan mereka ialah Ketua-ketua Kampung atau orang-orang tua kampung atau orang-orang yang berpengaruh, untuk mencari orang-orang kampung supaya menjadi kuli paksaan mereka.

Di Kg. Merungin, Imam Aneh Durahman adalah seorang tokoh agama yang berpengaruh di sekitar Sugut ketika itu. Beliau juga menjadi sasaran Jepun untuk mencari orang suruhan. Memang pada ketika itu Imam Aneh memang terkenal dengan pengaruhnya sehingga memiliki orang-orang suruhannya sendiri. Diantara tanda Orang Suruhan beliau adalah yang memakai subang / anting2 di telinga bagi yang lelaki dan kebanyakkannya terdiri dari bangsa yang mendiami sekitar persempadanan Kota Marudu dan Ranau.

Walau bagaimanapun, tiba hari yang dijanjikan, Imam Aneh tidak dapat memenuhi kehendak Jepun untuk menyediakan beberapa orang suruhannya untuk mengangkut barang-barang Jepun. Sepasukan tentera Jepun telah mencari beliau di Kg. Merungin namun beliau bersama-sama keluarga telahpun bersembunyi di ladang mereka kerana beliau tidak dapat berjalan akibat kudis buta [bengkuang].

Jepun berjaya menjejaki isteri beliau yang sedang sibuk di ladang. Penjelasan telah diberikan kepada Komandan Jepun tersebut namun hanya yang dikatakan, 'sunsu bohong' [Ketua kamu bohong]. Akhirnya mereka sependapat untuk tidak berganjak dari Kg. Merungin selagi tiada orang kerahan disediakan oleh sunsu. Akibatnya, mereka telah menjadikan rumah besar sunsu sebagai markas sementara mereka.

Bersambung..[BENGKUANG 2]

Khamis, 19 Mei 2011


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Isnin, 16 Mei 2011

Kesejahteraan kepada mu para Guru ku



Kesejahteraan dan kerahmatan bagi semua guru-guru ku yang ku muliakan...

Halalkan segala tunjuk ajarmu..
bahagiaku dengan tunjuk ajarmu..
kesenanganku dari peritmu..
didikanmu aku mengenal dunia dan Penciptanya..
amal baik ku dari amal jariah mu..

tidak ada apa yang hendakku dustakan..
Allah sahajalah yang layak membalas
segala jasa dan pengorbananmu..

kini,
mengajar aku mengerti..
akan erti sebuah kehidupan..

bagiku..
guruku.. pembentuk jati diriku..
guruku.. transformasi destinasiku..

Selamat Hari Guru.

Dedikasiku untuk mama, bapa dan guru-guruku

Sabtu, 14 Mei 2011

Apakah maksud Takaful?


Tafsiran syara’ ialah satu pakatan kumpulan yang saling menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain apabila salah seorang peserta ditimpa sesuatu musibah.


Perkataan takaful berasal dari perkataan Arab Kafala, yang bermaksud saling menjamin.

Konsep dan tujuan

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Sistem takaful adalah satu saluran yang bertujuan membolehkan sesorang berikhtiar untuk saling bantu-membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.
(Surah Al-Maidah : 2)

Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Dalil Tanggungjawab

Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya.
(Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi

Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.


Ciri-ciri Takaful

■Tiada unsur Riba
■Tiada unsur Gharar(Ketidakpastian)
■Tiada unsur Maisir(perjudian)
■Ada perkongsian keuntungan(mudharabah)
■Ada sumbangan Tabarru’
■Pelaburan halal
■Dipantau oleh majlis pengawasan syariah.


Memahami Kontrak Takaful

Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

Peringatan kepada saudara-saudara ku, Sejak akhir-akhir ini semakin banyak pula syarikat Konvensional yang menjalankan Perniagaan Takaful. Konsep memang menepati kehendak Syara' namun sumbernya masih 'haram'..inilah contoh golongan yang dimaksudkan Islam, iaitu golongan yang menghalalkan yang haram. Mudah-mudahan kita tidak diperangi oleh Allah dan seluruh RasulNya.

Wallahu a’lam

Sabtu, 7 Mei 2011

Mimpi sebelum Subuh..

Terus terang aku jarang bermimpi. Mungkin agak letih memberi Taklimat dengan Pasukan Gempur Sekolah dari Syarikat Perumahan W group dan selepas itu dengan seorang ejen Takaful Malaysia kelmarin, saya bermimpi [semalam] memberi Ceramah tentang kewangan Islam dengan penduduk di sebuah kampung di Kinabatangan.

Lokasinya di rumah seorang 'orang kaya' di kampung itu yang didirikan betul-betul di atas sungai di mana arus jernih mengalir di bawahnya. Rumah itu agak luas tanpa bilik di mana ruang utama rumahnya berada di atas tebing sungai dan ruang tamu atau 'kaki lima'nya mengunjur panjang di atas sungai.

Saya bersama-sama dua orang rakan iaitu saudara Rosli dan seorang lagi yang tidak dinyatakan identitinya dalam mimpi itu sempat membantu anak-anak lelaki tuan rumah itu membetulkan banner di pagar ruang tamu yang luas supaya jelas kelihatan orang yang bertandang dari kejauhan.

Sementara di atas rumah orang telah memenuhi ruang tamu dan segenap rumah tersebut sambil menanti Penceramah yang dijemput sempena perhimpunan Maulidur Rasul itu. Seorang daripada AJK penganjur majlis itu ternampak saya memegang buku catatan dan bertanya tentang isi kandungannya. Saya pun menerangkan secara ringkas mengenai isinya berkisar tentang manfaat menyertai Takaful dan kewangan Islam.

"Baik sementara kita menunggu penceramah itu, kamu sampaikan ceramah berkaitan dengan kebaikan yang kamu cerita itu"

Mereka menjemput saya terus duduk di atas sofa penceramah dan diberikan microfon. Saya meminta Saudara Rosli menyampaikan mukaddimah tentang latar belakang Takaful seterusnya diserahkan kepada saya untuk mengupas tentang tiga produk utama serta manfaat-manfaat tentang takaful serta menjawab pula pertanyaan-pertanyaan berkaitan dengannya oleh para tetamu.

Selesai ceramah itu, saya bersama rakan-rakan diraihkan keberangkatan kami sementara tuan rumah dan orang ramai mengambil kesempatan bersalam-salaman serta ada yang memeluk kami dan mengalu-alukan lagi kedatangan kami ke kampung itu. Sehingga aku terjaga penceramah itu tidak muncul-muncul juga...aku terjaga menanti subuh.

Wallahu a'alam

Ya Allah, Penguasa sekalian alam,..jika itu petanda ada sesuatu dosa dan kesalahan selama mana aku menyampaikan syiar Mu, maka dengan penuh rendah hati aku memohon keampunan dan taubat kepada Mu, dan tunjukkanlah pekerjaan yang baik untuk ku..peliharalah kami dari seksaan api Neraka.

Kasihnya IBU

Di dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Malik bin Rabi`ah as-Sa`idi, kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w., datanglah seorang lelaki drpd Bani Salamah, ia bertanya kpd Rasulullah,

"Ya Rasulullah, masih adakah kebaikan (kewajipan) yg harus saya lakukan untuk berbakti kpd kedua-dua ibu bapaku setelah kedua-duanya meninggal dunia."

Baginda menjawab: "Ya ada, iaitu sembahyang atas (jenazah) kedua-duanya (maksudnya mendoakan kedua-duanya) dan memohon keampunan bagi kedua-duanya, memenuhi segala pesanannya (menyempurnakan janji mereka) setelah mereka meninggal dunia dan menghubungkan ikatan silaturahim yg tidak sampai serta menghormati para sahabat mereka".
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Dalam sebuah hadis diterangkan: Anak derhaka yang kematian kedua-dua ibu bapanya kemudian ia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk kedua-duanya, nescaya ia diampuni Allah dan dianggap sebagai anak yg taat.

Semoga Allah sentiasa merahmati Ibu kita dan menempatkan mereka ke dalam syurga.

PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih