SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Selasa, 21 Ogos 2012

Perkara ke-3 telah lenyap dari Umat Islam?

Aidil-Fitri [Eid-ul-fitr] menjelang menggantikan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, penuh dengan kesedaran dan keinsafan kepada mukmin sejati.

Perginya Ramadhan tanpa memberi makna dan keinsafan kepada  manusia akhir zaman.


Apakah kedatangan aidilfitri ini disambut meriah dengan 'karnival' makan-makannya? Ya, memang begitulah tradisi kebanyakkan orang dan sudah menjadi trend hari raya masa kini;

1. Raya disambut sebulan, seakan membalas dendam disekat fitrahnya ketika sebulan Ramadhan.

2. Persaingan hebat kediaman dan juadah, mengalahkan Ramadhan yang tidak punya juadah hebat..hanya sekadar air dan kurma ketika berbuka.

3. Menjemput dan mengunjung, rakan-rakan rapat dan sekerja sahaja atau keluarga terdekat sahaja. Yang lain, yang bukan ada kaitan? Ahh masing-masing punya undangan dan kesibukan dengan kehidupan sendiri.

4. Pembaziran semata-mata kerana kebanggaan keluarga

Berdasarkan 4 perkara di atas, cukup memberi tanda kepada kita bahawa sesiapa yang tergolong di dalamnya MAKA Ramadhan yang dilaluinya selama sebulan lalu tidak membawa apa-apa pengajaran dan keinsafan kepada diri mereka.

Saranan

1. Hari-raya disambut dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan menginsafi diri.

2. Ceriakan Syawal dengan ibadah disiang hari dengan puasa 6 disamping sentiasa menjaga Ibadah wajib solat, diselang seli dengan kunjungan dan ziarah, bukannya siang hari dihiasi dengan pesta jamuan rayanya.

3. Jangan menjemput tetapi mengunjungi saudara-saudara yang kurang bernasip baik atau kurang berkemampuan dengan membawa 'buah tangan' dan sedekah. Buang sama sekali konsep berkunjung kerana makan dan menjemput kerana hendak bersedekah/ memberi makan. 

4. Syawal bukan untuk bermegah, syukuri la nikmat dengan persediaan yang sederhana dan bukan menunjuk-nunjuk, tabbaruj dan bersikap mazmumah.

Daripada 4 perkara yang membimbangkan di atas, perkara ke-3 memang sudah lenyap daripada kamus 90% budaya umat Islam. Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar untuk kita.

Minnal aidil wal fa'izin. Wallahu a'lam.

tembuakar@yahoo.com

Sabtu, 4 Ogos 2012

MULIANYA MEMBINA BENTENG PERTAHANAN

Sebagai pemerhati bebas, isu-isu dalaman, kancah politik dan cerita di Negara sekarang hanyalah bersasarkan kepada pertikaian hak dan maruah. Masing-masing akan cuba untuk menegakkan hak dan maruah sebagai pertikaman isu dan lazimnya isu yang melibatkan maruahlah yang menjadi titik mula pertikaian kerana bagi kebanyakkan bangsa di Negara ini masih menganggap maruah adalah persoalan yang sangat sensitif dan harus dijaga walaupun terpaksa berkorban harta benda, pangkat serta kedudukan, sinonim dengan pepatah, ‘Biar mati anak jangan mati adat’.

Hiasan sahaja. Antara pedang yang dikaitkan pernah digunakan
oleh Rasulullah SAW. Bagaimanapun  penulis sukar
menerima dakwaan, logam yang bercop tapak kaki
itu adalah tapak kaki Rasulullah SAW.
Di negara luar yang nilai maruahnya telah diruntuhkan oleh peradaban lain sudah tidak mementingkan sangat isu yang timbul bersangkutan nilai maruah ini kerana mereka lebih memikirkan nilai kebebasan, keuntungan, penindasan, dan isu lainnya. Keruntuhan moral tidak lagi menjadi masalah bagi mereka dan itu adalah hak masing-masing untuk mempertahankannya ataupun terpulang atas kebijaksanaan dan kekuatan masing-masing untuk mempertahankannya.

Di Negara kita ianya tidak begitu, sesuatu isu yang timbul akan cuba dikaitkan sebesar-besarnya sehingga melibatkan kuantiti yang besar, kelompok yang besar dan maka itulah satu agenda perlu diwujudkan supaya ianya mampu menjadi alat yang ampuh untuk mengekalkan perpaduan.

Yang sangat menyedihkan disebalik kemelut isu-isu itu, mereka yang bertelagah masing-masing tidak sedar ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasi dan memanipulasikan keadaan atau mengambil kesempatan atas pergolakkan ini.

Sentimen-sentimen perkauman akan menjadi alasan sesetengah pihak untuk mengapi-apikan kedua belah pihak yang bertelagah dan begitu juga adakalanya sehingga melarat kepada isu-isu yang lebih sensitif seperti agama dan bangsa sedangkan mereka bermaharajalela bebas mengaut keuntungan dengan 'kaedah-kaedah' mereka sendiri tanpa disedari oleh dua pihak yang bertelagah. Akibatnya pihak yang bertelagah akan merasa ada sesuatu yang ‘besar’ telah hilang. Bila hal ini disedari barulah mereka terkapai-kapai mencari jalan keluar dan ketika inilah ‘si pengaut’ ini akan muncul menawarkan bantuan disebalik ‘batu’.

Kesimpulan 

Buat masa ini, individu mestilah memahami bahawa;
  1. Memajukan diri dahulu dengan segenap ruang dan peluang yang ada dengan berlandaskan hukum pegangan iman masing-masing.
  2. Tidak melangkau hak orang lain.
  3. Tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak walaupun pihak itu benar dengan tujuan, enggan mencampuri hal orang lain dan hak menyelesaikan masalah adalah keputusan masing-masing. Hanya cadangan khidmat nasihat sahaja boleh diberikan sekadar yang perlu.
  4. Sentiasa mengutarakan pandangan yang baik dan bernas dan bersikap positif kepada semua pihak TANPA mengaitkan atau menjadikan orang lain sebagai contoh dan perbandingan. Kita cerita pasal kemajuan sahaja dan bukannya hal ‘tepi kain’ orang.
  5. Tidak membenarkan sebarang ideologi mempengaruhi pemikiran kita.
  6. Enggan menerima khabar angin dan menilai pendapat orang lain. Semua keputusan dan tindakan adalah atas pertimbangan pemikiran anda sendiri tanpa perlu dicampuri oleh orang lain.
  7. Bersederhana dalam kehidupan. Nikmati kehidupan yang ada bersama keluarga anda, dengan mengamalkan kesederhanaan [wasotiah], toleransi,  berbekalkan rezeki yang anda urus usahakan sendiri.

 Kesan daripada langkah-langkah cadangan ini ialah;

  1. Kehidupan akan lebih bermakna dengan bebas daripada gangguan pemikiran dan emosi.
  2. Tidak ada pihak yang mampu melepasi benteng atau mempengaruhi corak kehidupan anda.
  3. Hidup tenang dan dapat beribadah dengan penuh keimanan dan kesyukuran.
  4. Rezeki yang diperolehi akan dapat mencukupkan anda tanpa perlu bergantung kepada orang lain malah dapat membantu kebajikan orang-orang yang memerlukannya.
  5. Sentiasa menjadi rujukan dan teladan orang lain. Anda dapat memberikan khidmat cadangan nasihat kepada orang lain yang memerlukannya dan mendapat keuntungan faedah bersama.
  6. Bebas daripada fitnah dan benci manusia. Tidak ada ruang dan celah bagi mana-mana pihak untuk mensabotaj anda.
  7. Terhindar daripada dosa dan seksaan Allah. Ingatlah, tindakan mencampuri urusan orang lain tanpa hak, menaburkan fitnah, membuka keaiban orang lain, penindasan dan riba adalah antara larangan Allah SWT.

Wallahu a’lam.


15 Ramadan 1433H, Ranau


tembuakar@yahoo.com
PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih