SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Isnin, 11 April 2011

Education Programme Plan [Tabungan Pendidikan]

Salam Ikhlas


Pendidikan adalah aset yang amat bernilai bagi sebuah keluarga. Walau bagaimanapun beban pendidikan tidak boleh dinafikan meningkat dari tahun ke tahun. Pernahkah anda menjangka untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada seorang anak masa kini, anda kena berkorban RM50,000 hingga RM80,000? Adakah dengan pendapatan anda sekarang anda mampu menampung perbelanjaan pendidikan itu?


Anda mungkin terfikir gejala sosial dan keruntuhan akhlak serta moral tidak menjejaskan hasrat anda untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak anda, tetapi tahukah anda faktor keselamatan juga amat penting diambil berat masa kini?


Anda mungkin pernah terdengar atau terbaca artikel-artikel tentang kehilangan punca pendapatan ibubapa untuk menyara kehidupan dan persekolahan anak-anak, hilang upaya sehingga tidak mampu mencari nafkah, hilang tempat pergantungan, penculikan, kecurian, kemusnahan harta benda kerana musibah, rompakan, penipuan, malah lebih menyayat hati sehingga melibatkan kehilangan nyawa.


Untuk menghadapi segala cabaran dan sebagai persiapan sebelum datangnya musibah, satu program khas telah dirangka sekurang-kurangnya sebagai sandaran kepada keluarga meringankan beban dan menjadi satu usaha menyediakan dana pendidikan disamping perlindungan yang dapat memberikan manfaat maksimum kepada anak-anak dan keluarga.


'Education Programme Plan' [EPP] hanya ditawarkan oleh Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] adalah satu program yang menyediakan 3 pilihan Pelan Simpanan dan Perlindungan yang menyediakan manfaat besar perjalanan masa depan pembelajaran anak anda. Kami sedia bersama anda menggalas cabaran itu.


Hantarkan butiran Nama dan Tarikh lahir, Jumlah yang sanggup anda carumkan sebulan melalui SMS : 013-8554383 atau emel : tembuakar@yahoo.com untuk mengetahui jumlah manfaat-manfaat yang kami tawarkan. Hubungi terus untuk keterangan lanjut dan info terkini melalui program ini.


Urusan proses secara online juga diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih