Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
SALAM IKHLAS
> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan
Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.
Cari CORETAN di sini
Selasa, 27 Disember 2011
Kursus Perunding Takaful
Kelayakan;> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus: 16 JANUARI-16 MAC 2012.
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.
Tarikh tutup permohonan [ambilan JANUARI] : 13/01/2012 [JUMAAT]Temuduga : 14/01/2012 [SABTU]Peserta adalah terhad. Bertindak segera.
tembuakar@yahoo.com
Ahad, 18 Disember 2011
SIAPA KITA?
Sabtu, 17 Disember 2011
MUSUH TERSEMBUNYI
Sejarah telah membuktikan, dan Peringatan Allah SWT itu Jelas..
tidak ada ruang sebesar atompun untuk musuh-musuh, dan jangan bersekongkol!
Namun inilah manusia, mulanya memberi ruang untuk kepentingan bersama, akhirnya musuh memakan mangsanya.
Lihat dan fikir siapa dia dan siapa kita! Lawan ataupun kawan.
Dan ingat! biasanya Lawan itu bersembunyi kerana dia berfikir DUA lipat ganda untuk menembusi benteng kita!!
tembuakar@yahoo.com
PEJUANG
Saya berpesan dan sentiasa ingat bahawa, Ilmu yang bermanfaat itu sebenarnya adalah ilmu yang dapat menjadi penyuluh seseorang itu keluar dari kegelapan [Kejahilan].
Ahad, 11 Disember 2011
Gerhana Bulan Tanda Keagungan Allah SWT!
Keluarnya dari kegelapan |
Gambar : Tembuakar Corp
Lokasi : KG Lingkudau Lama [Lintuhun] Ranau Sabah
Jumaat, 9 Disember 2011
8 TIPS LAHIRKAN ANAK SOLEH
Isnin, 28 November 2011
Persoalan yang BIASA didengar tetapi jawapan yang BIASA diberikan.
- Adakah sudah tersedia tabungan yang cukup untuk pendidikan anak itu?
- Adakah sudah tersedia dana perlindungan untuk setiap anak itu untuk menghadapi ujian [risiko kesihatan] yang mendatang?
- Sudahkah ibubapa fikirkan apa yang ditinggalkan kepada anak-anak jika ibubapa kehilangan punca pendapatan atau ketidak upayaan, atau musibah serta Ujian dari Allah?
Sabtu, 26 November 2011
Salam Maal Hijrah 1433H
Isnin, 21 November 2011
20-11-2011
antara hari yang bermakna bagi keluargaku
Semoga Allah SWT memberkati dan memberi kesempurnaan bagi seluruh kehidupan kepada isteriku, Baira dan anak-anakku yang dikasihi.
Selamat Ulang Tahun buat isteriku, Baira Norhayati
tembuakar@yahoo.com
Sabtu, 12 November 2011
Hari ini 11-11-2011
Ramai dikalangan masyarakat mengaitkan sesuatu Tarikh dengan tuah,
Sehingga sanggup bertenung nasib,
Menyambut tarikh itu dengan sesuatu peristiwa dengan kejadian,
Apapun tingkahlaku dan tabiat serta amalan-amalan pesong hendaklah dijauhkan..
khususnya sebagai panduan kita..
Tidak ada diletakkan sesuatu kejadian itu tanpa kekuasaanNya..
tidak akan sampai tarikh yang ditunggu-tunggu itu tanpa janji dari Allah SWT
sedikit itu menjadi lebih..
yang kurang menjadi cukup..
tembuakar@yahoo.com
Jumaat, 28 Oktober 2011
Sayonara IPG Kampus Raja Melewar
Menghabiskan sebahagian daripada waktuku..
Melakar suatu kenangan indah dalam hidupku..
Kini saat perpisahan tiba..
aku akan meneruskan perjuangan dalam hidupku
membawa bekalan yang sempat kau curahkan..
dan pastinya..
akan ku cuba sampaikan..
menjadi suatu perubahan..
dalam jati diri anak didik ku..
Semoga Allah membalas segala jasa bakti para guru..
menempatkan mereka dalam golongan..
hamba-hambaNya yang mendapat kesejahteraan hidup..
dilimpahi rahmat dan keberkatan..
Wassalam...
Terima Kasih kepada Para Pensyarah yang sempat bekerjasama dan memberikan ilmu bakti kepada Saya dan Rakan-rakan seperjuangan yang lain. Mohon dimaafkan segala kesilapan dan keterlanjuran ketika kita bersama, menghalalkan segala makan minum kami, tunjuk ajar dan pedoman..dan sanggup pula menguruskan kami seadanya...
Tembuakar Corp
No. 440, Taman England,
Seremban.
tembuakar@yahoo.com
Sabtu, 17 September 2011
Wajib 'beli' Insuran? Kenapa bukan Takaful?
Jumaat, 16 September 2011
Zakat dan Kemurtadan
Buka minda anda.
Signifikan 16 September selain daripada tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963 sebenarnya adalah Tarikh lahir menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew, yang dilahirkan pada 16 September 1923. Lee meminta syarat tidak langsung tarikh tersebut sebagai Tarikh Singapura menyertai Persekutuan Malaysia. Ini menunjukkan kepada kita supaya melihat betapa besarnya pengaruh Lee Kuan Yew terhadap sesuatu rundingan. Banyak contoh yang kita boleh lihat, bagaimana Singapura mendapatkan air, Isu Persempadanan, Wilayah Keretapi, Tambakan dan bermacam-macam lagi isu yg semestinya bukan senang untuk memenanginya di bawah pengaruh Lee.
Tunku Abdul Rahman bersama allahyarham Tun Said Keruak (kiri) dan allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (kanan) yang merupakan antara pejuang era kemerdekaan. (Gambar Hiasan).
Suratan 16 Sept 1963
Hari di mana Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju menyertai Persekutuan Tanah Melayu [Malaya]. Persoalan yg mesti ANDA tahu;
1. Siapa yg bersetuju menandatangani perjanjian?
2. Mengapa Tarikhnya terlewat?
3. Kenapa Brunei enggan menyertai pembentukkan ini?
4. Mengapa Singapura keluar dari Malaysia selepas itu?
5. Punca berlakunya 13 Mei 69? Kenapa?
Jawapan kepada 5 soalan penting ini, akan membantu anda memahami apakah pula yang 'tersirat' dalam MALAYSIA.
Selamat Hari Malaysia!
Khamis, 1 September 2011
31 Ogos 1957 Malaysia Merdeka?
Isnin, 29 Ogos 2011
SALAM SEIKHLAS HATI DI AIDILFITRI
Rabu, 17 Ogos 2011
IQRA!
tidak ada harta yang ditinggalkan kepada umatnya..
melainkan harta yang tak ternilai sesiapapun..
tidak ada juga umat yang ditinggalkan dgn mukjizat Nabinya..
melainkan satu-satunya umat ini..
maka mana satu lagikah nikmat yang kamu hendak dustakan?
Salam Nuzul Qur'an..
Sabtu, 13 Ogos 2011
UJIAN DAN KEMUSNAHAN
Sabtu, 23 Julai 2011
Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah
The 89th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 14th -16th December 2009 has discussed the ruling on promoting conventional products from Shariah perspective. The Conference observed that Syariah based Takaful system is growing rapidly. This product needs support from Muslims to further develop the system of Islamic muamalat. Therefore, Muslims are prohibited from promoting conventional insurance products that are based on usury. However, income and commission gained during the transition period from the is conventional system to takaful acceptable.
- Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
- Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
- Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :" ما Øرم أخذه Øرم إعطأوه "Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.
- Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
- Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
- Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
- Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
- Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
- Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.
Sabtu, 16 Julai 2011
SUMPAH ALLAH TENTANG KEMULIAAN AL-QUR'AN
Gementar dan menggigil apabila membaca pengertian Surah Al-Waaqi'ah ini.
Ayat 75 sehingga 96 [akhir]
Rumusan.
Di dalam ayat-ayat ini Allah SWT telah bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang..
Sumpah yang amat besar [dahsyat], menyatakan Al-Qur'an adalah bacaan yang sangat mulia dan terpelihara di Lauh Mahfuzh, dan tidak akan dapat sesiapapun menyentuh Al-Qur'an ini [atau mendapat manfaat daripadanya] kecuali hamba-hamba yang disucikan oleh Allah.
Bagi hamba-hamba yang menganggap remeh tentang Al-Qur'an, maka Allah mencabar bagi mereka untuk mengganti segala nikmat yang telah diberikan kepada mereka jika benar mereka mampu, dan mereka tergolong dlm golongan orang-orang yang mendustakan Al-Qur'an [iaitu perintah Allah].
Jika golongan pendusta ini pula menyatakan mereka daripada golongan yang benar, 'mengapa ketika nyawa mereka telah sampai dikerongkongan mereka tidak dapat menguasainya [maut itu] atau mengembalikan nyawa itu?, padahal nyawa itu dekat dengan mereka dan ketahuilah sesungguhnya Allah lagi dekat daripada itu tetapi manusia tidak mampu melihatnya.
Ini menyatakan sesungguhnya golongan orang-orang yang mendustakan Allah ini tidak berkuasa apa-apa pun dan diperlihatkan oleh Allah lagi betapa dekatnya Dia [Allah] dengan manusia lebih hampir daripada dekatnya nyawa dengan jasad manusia itu sendiri..tetapi tidak ada sesiapa yang mampu melihatnya apatah lagi menandingi kekuasaanNya..
Dan ketahuilah saudara-saudaraku sekalian, sesungguhnya Allah menyatakan unjuran daripada itu tentang orang-orang yang telah mati itu adalah amat dekat dengan Allah dan diberikan ketenteraman serta kenikmatan Syurga jika si mati termasuk dalam golongan yang 'kanan' tidak seperti 'golongan kiri' [orang-orang yang mendustakan Allah] telah tersedia bagi mereka hidangan air yang menggelegak sebelum dicampak ke dalam Neraka.
Maka kalaulah kita tergolong dalam 'golongan kanan' itu, maka sama-samalah kita sentiasa bertasbih dengan banyak menyebut nama Allah yang Maha Besar, dan sesungguhnya ditegaskan oleh Allah bahawa di dalam Al-Qur'an itu semuanya adalah sesuatu keyakinan yang benar.
Wallahu a'lam..
Mohon kupasan komen jika terjemahanku ini terdapat cacat celahnya.
Jumaat, 15 Julai 2011
Sedekah yang amat bermakna.
Salam Ikhlas.
Ramai orang beranggapan sedekah adalah berupa pemberian wang dan barang kepada pihak lain.
Tahukah saudara, memberi peluang untuk diusahakan kepada saudara-saudara kita merupakan sedekah yang sangat bernilai?
Jika barangan atau wang ringgit boleh dinilai jumlah sedekah yang anda berikan, 1sen, RM1, RM10, RM100, RM1000 atau lebih..barangan seperti, adidas, lotto, toyota, colourpaint, parker, gajah duduk dan sebagainya..cuma yang tersiratnya, Ikhlas atau bagaimana, hanya Allah yg mampu menilainya...Bagi kita pula, tepuk 'akal' dan lihat dengan mata hati sejauh mana keikhlasannya..
Cuba kita fikir pula kalau kita sedekahkan peluang untuk diusahakan... bolehkah saudara-saudara lihat apa nilainya? bolehkah saudara-saudara lihat apa jenamanya? bolehkah saudara-saudara lihat apa disebaliknya?
Sudah tentulah ianya amat sukar dinilai tambahan pula jika yang memberi menyorokkan tangan, anda tidak tahupun siapakah yang memberikan anda peluang itu...
Semoga Allah memasukkan kita dalam golongan orang-orang yang suka memberi peluang tanpa memperlihatkan tangannya..wallahu a'lam bissawab
Wassalam..
Rabu, 13 Julai 2011
Rebat RM50?
IKHLAS Savings MERDEKA Programme dibuka sekarang untuk pendaftaran. Ikuti syarat-syarat dalam program ini dan anda layak menerima rebat RM50 sebaik sahaja polisi Takaful anda berkuatkuasa dalam tempoh tersebut. Rebutlah peluang ini kerana kami menghargai anda.
Program ini hanya sah untuk pendaftaran dibawah Takaful Ikhlas Ranau Agency dan agency bersekutu sahaja. Pendaftaran bermula dan tempoh polisi berkuatkuasa adalah 31 OKTOBER 2011.
Peringatan : Polisi yang berkuatkuasa selepas 31 OKTOBER 2011 tidak layak menerima rebat ini. Harap Maklum.
Pengurus
Takaful IKHLAS Ranau Agency [TIRA]
013-8554383
Isnin, 20 Jun 2011
Sudah lama aku kerja nie..
Pcik : adalah 20 thn..
Aku : Bole tahan la pakcik, tidak penat kah keja nie?
Pcik : Suma keja penat, buat mcmn lagi..
Terus berbual,
'habis selama bawa lori nie..pakcik mgkin penah kemalangankah?
'Setakat nie syukurlah belum lg pula terjadi..yg ko nie cerita pasal kemalangan nie apa cerita?'
'Begini pakcik, saya mau cadangkan pakcik menyimpan dalam pelan simpanan dan perlindungan kami'
'Nda payah la, suda lama pakcik keja nie nda penah kemalangan pun...lg pun suda tua..mau simpan utk apa lg, ntah sempatkah pakcik rasa duit tue nti'
betul juga pakcik nie...
'beginila pakcik..ajal maut ditangan Tuhan...mgkin betul cakap pakcik, kita semua akan 'bertemu dgnNya...ini saya senaraikan anggaran keperluan untuk pengurusan kewangan SEWAKTU dan SELEPAS ketiadaan pakcik nanti. Pakcik bacalah dan bagi dgn kawan2 pakcik..mungkin ada keperluan.
Isi Surat.
1. Pengurusan Jenazah = sekurang-kurangnya RM1000-RM2000 [islam] tidak termasuk tambang kenderaan Jenazah
2. Isteri/ Balu = Tidak perlu wang, nanti Isteri cari sendiri atau jika berkenaan, kahwin lain saja
3. Pendidikan anak2 = anggaran [peringkat rendah-menengah] RM 2000 setahun seorang, yg nasip baik belajar di U, biar durang urus PTPTN saja atau isi borang Jabatan Kebajikan untuk bantuan.
4. Jika ada Hutang pakcik kpd rakan2kah, saudara2kah, minta Balu bagi pihak pakcik cakap dgn mereka supaya 'minta dihalalkan', kalau tidak Balu jak yg setle..atau anak2 pakcik yang bayar.
5. Wasiatkan harta2 pakcik awal2 supaya waris2 pakcik tidak berebut2. Kalau durang setuju, jualkan untuk buat Badal Haji untuk pakcik nanti.
Assalammualaikum...
Jumaat, 17 Jun 2011
Waktu Mustajab Berdoa
Daripada Abu Umamah Al-Bahili RA, Rasulullah SAW ditanya oleh seseorang: Apakah doa yang lebih didengar(lebih makbul dan mustajab)? Baginda bersabda: Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardhu.“ (Riwayat Tarmizi)
Ulasan Hadis
1) ALLAH SWT sangat cinta mendengar rintihan dan permintaan hamba-hambaNYA.
2) DOA merupakan otak kepada ibadah. Kita disuruh meminta dan memohon daripada ALLAH SWT pada setiap ketika dan keadaan. ALLAH tidak pernah jemu mendengar dan mengabulkan setiap permintaan hamba-hambaNYA.
3) Waktu yang MUSTAJAB berdoa iaitu pada sepertiga malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu. Namun, kita digalakkan untuk berdoa pada bila-bila masa, kerana DIA pasti mendengar dan memakbulkan permintaan jika kita benar-benar menyakini BAHAWA DIA AKAN MEMPERKENANKAN apa yang kita pohon.
4) Orang yang tidak mahu memohon dan meminta daripada ALLAH, adalah mereka yang sangat rugi dan sombong. Sifat memohon dan meminta (DOA) merupakan sifat seorang hamba terhadap penciptaNYA, menunjukkan rasa hina dan memperlihatkan perlunya hamba kepada ALLAH SWT.
5) Berdoalah dengan penuh adab, khusyuk dan tawaddu’ serta yakinlah bahawa ALLAH SWT pasti tidak akan menghampakan hamba-hambaNYA yang sentiasa bermohon.
Wallahu a'lam.
Isnin, 6 Jun 2011
KITA hamba yang tak sedar diri
ULASAN AYAT :
1. Dalam kehidupan, kita tidak dapat lari dari urusan yang berkaitan dengan hukum hakam ALLAH, setiap suatu perkara yang berlaku dihadapan mata kita sendiri samada dengan rela, pilihan mahupun terpaksa ianya mesti dilakukan mengikut landasan Islam yang sebenar.
2. Sewajarnya umat Islam sangat memahami erti kehidupan yang sementara ini, konsep hidup di atas dunia adalah bekerja untuk ALLAH. Oleh kerana kita adalah hamba yang diberikan segala nikmat tanpa sebarang bayaran dikenakan malah dibayar gaji dengan pahala dan Syurga, kita wajib bekerja untuk ALLAH, andai tidak, layaklah kita pendapat balasan kesengsaraan di dunia mahupun di akhirat.
3. Perumpamaannya, jika kita pergi ke sebuah restoran untuk makan, setelah itu kita pulang tanpa sebarang bayaran, pasti kita akan dimarahi malah dikutuk selagi mana kita tidak membayarnya. Inikan pula kita yang sepanjang hidup telah makan, minum, melihat, berjalan, bernafas dan menikmati segala keindahan tanpa henti dengan percuma diberikan oleh ALLAH, sesudah itu kita dengan rasa lalai dan belagaknya tanpa rasa bersalah tidak mahu bekerja untuk ALLAH, malah malas dan bertangguh-tangguh dalam menunjukan ketaatan kepadaNYA. Hamba jenis apakah kita di sisi yang MAHA ESA, andai ini yang kita persembahkan kepada DIA, TUAN segala hamba…?
4. Taat segala perintah dan tinggal segala larangan WAJIB kita tunaikan, tiada alasan dan helah, apatah lagi jika alasan yang diberikan adalah kerana nafsu, dunia, pangkat, jawatan dan nama, takut dikutuk oleh orang, menunggu hidayah sampai, belum sampai waktunya, ikut kesediaan, belum ikhlas lagi, masih muda, belum sakit, masih panjang umur, tunggu bila sudah berusia baru hendak buat, atau apa sahaja, maka itu bukti kita adalah hamba yang sangat rugi, terlalu naïf, dan paling ditakuti kita bukan dikalangan hamba yang disayangi ALLAH.
5. Sedarlah, jangan menjadi hamba yang tidak sedar diri, kita sudah mengetahui bahawa kita hidup dimuka bumi ALLAH dalam tempoh yang sangat sedikit, namun mengapa kita masih berani dan tidak tahu takut dengan setiap pengkhianatan kita kepada ALLAH, adakah kerana kita memang sudah bersedia untuk menempah neraka ALLAH..? atau kita merasa layak untuk mendapat pengampunan ALLAH dengan amalan kita yang terlalu sedikit dan belum tentu diterima lagi ..?.NAUZUBILLAH
6. Bersegeralah mendidik hati agar menjadi dan merasa diri hamba, amanah kita sesama manusia sudah banyak dikhianati, harta benda, kerja, duit dan segalanya sudah cukup banyak kita gunakan pada urusan yang tidak beramanah, janganlah kita khianati pula amanah kita terhadap ALLAH…Semoga ALLAH mengampuni segala kesilapan, kelalaian dan dosa kita semua, amin.
Wallahu a'lam.
Selasa, 31 Mei 2011
KONSEP DAN PENDEKATAN BLOG INI
Terima Kasih kerana melawat blog ini dan harapan saya semoga apa yang anda dapat daripada persinggahan ini sesungguhnya berteras konsepkan yang berikut;
23. ....Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.
Ini adalah antara konsep perjuangan sebenar dalam Islam! Individu Islam mestilah memahami Konsep ini secara mendalam dan beriman dengannya sebelum berjuang! Semoga Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang memberkati dan merahmati kita semua dan menyatukan umat Islam berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Dari Ibnu Umar : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah orang yang menyaksikan di antara kalian menyampaikan kepada orang yang tidak hadir dari kalian.” Sahih Ibnu Majah
Dari Amru bin Auf : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” Sahih Ibnu Majah
Renungilah pesanan terakhir Rasulullah saw dan merupakan ayat Al-Quran yang terakhir diturunkan. Selepas turun ayat ini Rasulullah saw hidup selama sembilan malam, kemudian pada malam Isnin Rabi’ul Awal wafatlah Rasulullah saw.
Ayat itu adalah;
Surah Al-Baqarah [2] : 281
Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).
BENGKUANG 2
...dari Bengkuang 1
Bermula, tinggallah pasukan askar Jepun di Kg. Merungin. Mereka dengan sesuka hati mengambil apa sahaja yang lalu di hadapan mata mereka. Ayam dipancung, memercik darah sambil berjalan tiada kepala. Keladi, dimamah mentah diingatkan sengkuang dan, habislah gatal mulut-mulut mereka. Sementara kehidupan Sunsu berdua amat terdesak, terpaksa juga isteri sunsu memberanikan diri datang ke rumah mereka untuk mengambil keperluan yang cukup untuk kegunaan mereka di ladang sementara kaki sunsu pulih. Memang dikalangan penduduk yang mengenali Isteri Sunsu agak terkenal dengan keberanian dan ketegasannya.
Pulanglah semula isteri sunsu di ladang sambil membawa 'nabi'. Selang beberapa hari datanglah saudara mereka memberitahu bahawa, 'keadaan rumah kamu suda seperti rumah mayat,' katanya. Ramai askar Jepun bergelimpangan mati. Betul seperti yang dikhabarkan. Busuk sudah keadaan rumah tersebut, mayat bergelimpangan di tangga, di bawah kolong, apa lagi kalau di tengah-tengah rumah. Nauzubillah menjijikkan. Ada yang terburai perut terkeluar tali perut..dan macam-macam lagi.
Setelah diperiksa, habis kitab-kitab agama milik Imam Aneh dijadikan tisu, tidak terlepas Al-Qur'an nul karim. Ada yang bersepah di bawah kolong sudah dijadikan pengelap najis dan macam-macam lagi halnya kertas-kertas bermakna itu. Jadi secara ringkasnya askar Jepun menjadikan Al-Qur'an dan kitab-kitab agama Imam Aneh di rumah tersebut sebagai TISU, dan tanggunglah kamu akibatnya.
Rumah kediaman tersebut masih lagi nampak kesan pembinaannya dahulu ditandakan dengan pokok belunu [bundu]. Habis rumah tersebut dibakar dan menyaksikan sepasukan mayat tentera Jepun dibakar!.
Moral : Jika kejadian ini dijadikan ikhtibar atau tamsilan, sesiapa sahaja manusia yang cuba untuk menghina apatah lagi menghapuskan Mahzab [Kitab Allah] maka tunggulah azab yang pedih dari kerajaan langit [Allah SWT]. Saya cabar pelakunya!
Isnin, 30 Mei 2011
Jauhi Perkara Syubhat
ULASAN HADIS :
1. Hadis ini mengingatkan kita agar sentiasa berhati-hati dalam kehidupan seharian yang kita lalui.
2. Apabila kita meragui sesuatu perkara, seharusnya kita menjauhkan diri daripada melakukan perkara tersebut kerana dikhuatiri kita terjerumus dalam melakukan perkara yang haram.
3. Jika kita berhati-hati dan mengambil berat mengenai urusan agama dan perkara yang berkaitan dengannya, sudah pasti kita akan dapat menjauhi diri daripada terjebak dengan perkara yang diragui atau syubhat sekaligus menjauhkan diri kita daripada terlibat dengan perkara yang haram.
4. Ingatlah, jika kita tidak berwaspada, kita akan mudah terbabit dengan perkara-perkara syubhat dan sekaligus mendedahkan kita pada perkara-perkara yang haram. Justeru, elakkan diri dariapda perkara-perkara yang syubhat agar kita dapat menjaga diri dan agama kita serta ahli keluarga.
Wallahu a'lam
Ahad, 29 Mei 2011
Mengangkat Tinggi Syariat Allah
Firman ALLAH SWT : "Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila ALLAH dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus bagi mereka)mempunyai hak pemilihan ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.” (Surah Ahzab:36)
Ulasan Ayat
1. Tiada nikmat ALLAH sehebat iman dan Islam. Apabila hamba dapat memiliki kedua-duanya dan mengamalkannya maka dia telah memiliki segala kebaikan dunia dan akhirat.
2. Setiap insan yang telah mengakui bahawa Tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH, maka dia dikira sebagai orang Islam dan wajib MENGIKUT SYARIAT ALLAH serta mengimani apa yang telah diajarkan oleh islam melalui Nabi SAW.
3. Sebagai seorang Islam bukan semata-mata pada nama, malah seluruh cara dalam kehidupan, samada perbuatan, pertuturan, penampilan semuanya mesti mengikut syariat. Malah kita dituntut untuk menjunjung tinggi syariat ALLAH.
4. Hukum syariat ALLAH hendaklah dijaga dan dipertahankan sekalipun perkara itu kecil,kemana sahaja kita pergi wajib menjalankannya pada bila-bila masa. Jika kita sebagai muslim tidak dapat memelihara tuntutan ajaran Islam maka tidak mustahil mereka yang tidak Islam dan kafir dengan sewenangnya mempermainkan Islam sehingga nama ALLAH dan RASUL menjadi bahan persendaan.
5. Islam yang kita anuti jelas dan zahir pada sikap dan peribadi kita, jika kita tidak mengamalkan Islam secara automatic akan terlihat kepincangan Islam sedangkan cukup sempurna dan hebat lagi tinggi disisi ALLAH.
6. Justeru itu, jika sekiranya solat kita masih ditinggalkan sempurnakanlah, aurat masih terbuka maka tutupilah ia, jika ada permusuhan dikalangan kita leraikanlah. Tinggikanlah Syariat ALLAH bermula daripada perkara asas yang wajib ditunaikan, selagi ianya masih tidak dilaksanakan maka akan terabailah segala syariat Islam yang lebih besar. Oleh kerana itu, manusia pada hari ini ramai yang terlibat pada perkara haram dan yang dilaknat adalah disebabkan tidak mengambil berat pada sekecil-kecil urusan syariatNYA.
Wallahu a'lam.
Isnin, 23 Mei 2011
Segmen TAKAFUL DAN ANDA
bersama dj TeMBuaKar di www.cahayafm.net
Setiap ISNIN dan SELASA jam 10:00-12:00 malam
bermula 23 MEI 2011
Assalammualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT dengan rahmat, nikmat dan kasih sayangnya, saya akan bersiaran di www.cahayafm.net membincangkan tentang tajuk TAKAFUL DAN ANDA. Segmen ini diharapkan dapat memberi sedikit kupasan kefahaman pendengar mengenai persekitaran Takaful bagi menyokong sistem muamalat Islam pada dasarnya.
Segmen bersama Cahaya fm Radio Online Islamic yang pertama di Sabah ini, mudah-mudahan menjadi medan percambahan ilmu bagi kita demi menegak sokongkan syiar Islam. Lillahi Ta'ala.
Jadual Siaran
Segmen : TAKAFUL DAN ANDA
Setiap ISNIN & SELASA
10:00 - 12:00 malam [tertakluk kepada perubahan]
Rangka Siaran
ISNIN : Perbincangan tentang Tema Mingguan dan info Takaful.
SELASA : Produk-produk Pelan dan manfaat-manfaat kepada peserta
Sisipan siaran
Lagu-lagu hiburan Islam dan bersesuaian, menerima komentar dan info pendengar di ruangan sosial, perbincangan tema semasa.
dj TeMBuaKar
Jumaat, 20 Mei 2011
BENGKUANG 1
Sekitar Tahun 1943, Tentera Jepun telah menyusup dan menjajah seluruh pelusuk dan ceruk kampung di daerah Ranau. Antara kegiatan mereka ialah mengaut sebanyak mungkin hasil Sabah dan mengumpulkannya sebelum dibawa ke Negara mereka ataupun sebagai bekalan kehidupan mereka di sini.
Ramai dikalangan orang-orang tempatan menjadi KULI untuk mengangkut barang-barang mereka. Sasaran kerahan mereka ialah Ketua-ketua Kampung atau orang-orang tua kampung atau orang-orang yang berpengaruh, untuk mencari orang-orang kampung supaya menjadi kuli paksaan mereka.
Di Kg. Merungin, Imam Aneh Durahman adalah seorang tokoh agama yang berpengaruh di sekitar Sugut ketika itu. Beliau juga menjadi sasaran Jepun untuk mencari orang suruhan. Memang pada ketika itu Imam Aneh memang terkenal dengan pengaruhnya sehingga memiliki orang-orang suruhannya sendiri. Diantara tanda Orang Suruhan beliau adalah yang memakai subang / anting2 di telinga bagi yang lelaki dan kebanyakkannya terdiri dari bangsa yang mendiami sekitar persempadanan Kota Marudu dan Ranau.
Walau bagaimanapun, tiba hari yang dijanjikan, Imam Aneh tidak dapat memenuhi kehendak Jepun untuk menyediakan beberapa orang suruhannya untuk mengangkut barang-barang Jepun. Sepasukan tentera Jepun telah mencari beliau di Kg. Merungin namun beliau bersama-sama keluarga telahpun bersembunyi di ladang mereka kerana beliau tidak dapat berjalan akibat kudis buta [bengkuang].
Jepun berjaya menjejaki isteri beliau yang sedang sibuk di ladang. Penjelasan telah diberikan kepada Komandan Jepun tersebut namun hanya yang dikatakan, 'sunsu bohong' [Ketua kamu bohong]. Akhirnya mereka sependapat untuk tidak berganjak dari Kg. Merungin selagi tiada orang kerahan disediakan oleh sunsu. Akibatnya, mereka telah menjadikan rumah besar sunsu sebagai markas sementara mereka.
Bersambung..[BENGKUANG 2]
Khamis, 19 Mei 2011
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam
Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus: FASA3: JULAI - SEPT 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.
Tarikh tutup permohonan :
Peserta adalah terhad. Bertindak segera.