Salam Ikhlas.
Peringatan Allah kepada manusia sememangnya sudah jelas menyatakan antara ujian atas keimanan sesorang itu adalah Pangkat, Harta kemewahan dan Perempuan.
Siapa diantara yang bekerja tidak mahu dinaikkan pangkat dan gajinya?
Siapa pula yang menolak akan pemberian harta kemewahan kepadanya?
Siapa dia dikalangan kita yang mampu menolak fitrah, nafsu, dan keinginan terhadap perempuan?
Gambar : Sekadar hiasan sahaja.
Sesuatu yang sukar dijawab dan pastinya jika ada yang berani menjawabnya pastilah dengan keegoaan saja dan bukan dari hati yang rendah dan takut kepada Allah. Itulah antara kelemahan MANUSIA yang menjadi kunci kepada usaha Syaitan untuk menjerumuskan manusia daripada mengingati Allah SWT.
Hanya yang maksum sahaja boleh menjawab dan menidakkan atau menghindarkan diri daripada tusukkan jarum syaitan ke atasnya.. Kita sebagai insan biasa tidak seharusnya tunduk kepada UJIAN ini dan hendaklah menahan diri daripada terjerumus dan lalai dalam ujian tersebut dengan cara berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Sungguhpun begitu, PANGKAT dan KUASA mungkin boleh dihindarkan daripada ketamakan menguasai diri, HARTA dan KEMEWAHAN mungkin boleh diuruskan dengan sebaiknya dengan sikap bersederhana dan banyak melabur ke jalan Allah. Tetapi PEREMPUAN !! adalah sangat bahaya kerana IA mampu menggoda dengan pertunjukkan kemaluannya, pujuk rayu, godaan, pukau dengan perhiasannya seperti yang dipertontonkan kepada kita sejak akhir-akhir ini, mereka [perempuan] sudah berani dan hukum Allah sudah dipinggirkan dari dalam diri.
Sudahla mereka [perempuan] dijadikan semata-mata sebagai Ujian kepada Lelaki, ditambahnya pula dengan menguji dengan peragaan, pujuk rayu, godaan, dan pukau dgn perhiasannya..maka bagaimanakah para lelaki menghadapinya?
Maka lelaki pula akan tergolong kepada beberapa golongan;
1. Lelaki yang menurutkan saja akan kemahuan nafsunya dan berdasarkan kehendak si perempuan,
2. Lelaki yang hanya mampu menahan akan nafsunya drpd tergelincir dengan memperisterikan si perempuan, 1 atau lebih...
3. Lelaki yang mampu menahan diri daripada dengan hanya berpuasa tanpa melayan fitrahnya terhadap perempuan, dan akhirnya sehingga bila ia mampu bertahan??
Maka adalah sukar untuk dinilai sejauh mana kesanggupan Lelaki untuk bertahan dan mampu bertahan dengan UJIAN ini.
Wahai Perempuan;
Anda adalah Ujian kepada Lelaki tetapi ketahuilah, kelemahan perempuan yang ketara adalah dia tidak mampu menahan dirinya daripada menjerumuskan lelaki ke arah kemurkaan Allah. Perempuan yang gagal berpegang dengan keimanan akan sentiasa Menggoda lelaki dengan kecantikan dan perhiasannya, Memujuk rayu, memukau dan memperagakan perhiasannya sehingga dia sendiri tidak sedar sebenarnya dia telah menjerumuskan dirinya sendiri kepada kemusnahan dan Kemurkaan Allah SWT.
Wallahu a'lam bissawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan