Daripada Abu Umamah Al-Bahili RA, Rasulullah SAW ditanya oleh seseorang: Apakah doa yang lebih didengar(lebih makbul dan mustajab)? Baginda bersabda: Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardhu.“ (Riwayat Tarmizi)
Ulasan Hadis
1) ALLAH SWT sangat cinta mendengar rintihan dan permintaan hamba-hambaNYA.
2) DOA merupakan otak kepada ibadah. Kita disuruh meminta dan memohon daripada ALLAH SWT pada setiap ketika dan keadaan. ALLAH tidak pernah jemu mendengar dan mengabulkan setiap permintaan hamba-hambaNYA.
3) Waktu yang MUSTAJAB berdoa iaitu pada sepertiga malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu. Namun, kita digalakkan untuk berdoa pada bila-bila masa, kerana DIA pasti mendengar dan memakbulkan permintaan jika kita benar-benar menyakini BAHAWA DIA AKAN MEMPERKENANKAN apa yang kita pohon.
4) Orang yang tidak mahu memohon dan meminta daripada ALLAH, adalah mereka yang sangat rugi dan sombong. Sifat memohon dan meminta (DOA) merupakan sifat seorang hamba terhadap penciptaNYA, menunjukkan rasa hina dan memperlihatkan perlunya hamba kepada ALLAH SWT.
5) Berdoalah dengan penuh adab, khusyuk dan tawaddu’ serta yakinlah bahawa ALLAH SWT pasti tidak akan menghampakan hamba-hambaNYA yang sentiasa bermohon.
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan