Sekitar Tahun 1943, Tentera Jepun telah menyusup dan menjajah seluruh pelusuk dan ceruk kampung di daerah Ranau. Antara kegiatan mereka ialah mengaut sebanyak mungkin hasil Sabah dan mengumpulkannya sebelum dibawa ke Negara mereka ataupun sebagai bekalan kehidupan mereka di sini.
Ramai dikalangan orang-orang tempatan menjadi KULI untuk mengangkut barang-barang mereka. Sasaran kerahan mereka ialah Ketua-ketua Kampung atau orang-orang tua kampung atau orang-orang yang berpengaruh, untuk mencari orang-orang kampung supaya menjadi kuli paksaan mereka.
Di Kg. Merungin, Imam Aneh Durahman adalah seorang tokoh agama yang berpengaruh di sekitar Sugut ketika itu. Beliau juga menjadi sasaran Jepun untuk mencari orang suruhan. Memang pada ketika itu Imam Aneh memang terkenal dengan pengaruhnya sehingga memiliki orang-orang suruhannya sendiri. Diantara tanda Orang Suruhan beliau adalah yang memakai subang / anting2 di telinga bagi yang lelaki dan kebanyakkannya terdiri dari bangsa yang mendiami sekitar persempadanan Kota Marudu dan Ranau.
Walau bagaimanapun, tiba hari yang dijanjikan, Imam Aneh tidak dapat memenuhi kehendak Jepun untuk menyediakan beberapa orang suruhannya untuk mengangkut barang-barang Jepun. Sepasukan tentera Jepun telah mencari beliau di Kg. Merungin namun beliau bersama-sama keluarga telahpun bersembunyi di ladang mereka kerana beliau tidak dapat berjalan akibat kudis buta [bengkuang].
Jepun berjaya menjejaki isteri beliau yang sedang sibuk di ladang. Penjelasan telah diberikan kepada Komandan Jepun tersebut namun hanya yang dikatakan, 'sunsu bohong' [Ketua kamu bohong]. Akhirnya mereka sependapat untuk tidak berganjak dari Kg. Merungin selagi tiada orang kerahan disediakan oleh sunsu. Akibatnya, mereka telah menjadikan rumah besar sunsu sebagai markas sementara mereka.
Bersambung..[BENGKUANG 2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan