Salam Ikhlas.
Perjuangan menegakkan Islam khusus melalui muamalat ekonomi bukanlah perkara mudah bagi seseorang. Sungguhpun begitu usaha dan pengorbanan ke arah mencapai kesempurnaan berjuang adalah inti pati kepada Kejayaan perjuangan ini.
Sedih juga melihat segelintir manusia yang cuba berjuang dan bermuamalat semata-mata ingin mencapai sesuatu target tetapi langsung mengabaikan tanggung jawab wajib dan kifayah baginya. Adakah ini berpunca dari ketidakfahaman atau pura-pura tidak paham atau suatu bebanan bagi dirinya?
Hanya Allah SWT yang maha mengetahui apa yang ada di dada golongan-golongan ini.
Secara ringkas dan mudah difahami, senjata bagi Individu itu bermuamalat bukanlah terletak kepada pengalaman dan kepopularan dirinya, atau pengetahuan sahaja tentang ISLAM melebihi dari amalannya TETAPI kefahaman dan kekuatan individu itu untuk mendekatkan dirinya dengan Allah menerusi ibadahnya sebenarnya adalah senjata ISLAM.
Kini bolehlah disimpulkan, ada beberapa jenis pejuang yang melatah di bumi sekarang ini;
Pejuang, dengan semangat tapi leka dengan habuan dunia atau keuntungan.
Pejuang, dengan pengetahuan tetapi tidak tergambar dalam amalan dan perilakunya.
Pejuang, dengan kepopularan tetapi sebenarnya tidak menghayati pengetahuan sedia adanya.
Pejuang, dengan kuasa dan kepentingannya dapat mencapai segala yang diingininya.
Pejuang, dengan kesedaran dengan sedikit ilmu tetapi jauh penghayatannya.
Pejuang, dengan kurang pengetahuannya tetapi berusaha ke arah mencapai kesempurnaan.
Pejuang, dengan senjata pengetahuannya dan dapat pula digambarkan dengan amalannya.
Saya berpesan dan sentiasa ingat bahawa, Ilmu yang bermanfaat itu sebenarnya adalah ilmu yang dapat menjadi penyuluh seseorang itu keluar dari kegelapan [Kejahilan].
Wallahu a'lam.
tembuakar@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan