Manusia mengaitkan sesuatu dengan nombor. Ternyata nombor boleh mempengaruhi sesuatu dan paling asasnya nombor adalah suatu perlambangan, simbol mewakili jumlah dalam matematik.
Dalam Islam mengaitkan sesuatu nasip dengan nombor adalah perkara yang berlanggaran dengan syariat kerana boleh membawa kepada perkara bertenung nasip sekaligus menolak Qada dan Qadar Allah. Tetapi jika ianya sekadar perlambangan atau simbol tidaklah pula menjadi kesalahan seperti mengira Asma Ul Husna [Nama Allah yang baik] sebanyak 99, Surah dalam al-Qur'an sebanyak 114, dalamnya ada 30 juzuk, jumlah Rasul yang wajib diketahui ada tercatat di dalam al-qur'an sebanyak 25 orang, bilangan hari, bilangan bulan, zikir 100x, 33x, 7, 9, 313, 124000, Allah Esa [tunggal], tanda 18 dan 81 = 99 pada tangan manusia dan sebagainya semua contoh seperti ini melambangkan Kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
Asma Ul-Husna |
Perlu diingat perkara mengganti mana-mana kalimah al-qur'an kepada nombor adalah sesat seperti 786 mewakili 'Bismillah' dan sebagainya. Wallahu a'lam.
'Mereka' ikut Perlambangan No. Islam untuk menentukan nasip.
Peringatan!
Berikut ini adalah mesej komunikasi . Jangan jadikannya sebagai penentu nasip seperti kebanyakkan kepercayaan tertentu. Mari kita bongkar!
0 bermaksud Tiada / Keranda
1 - Saya
2 - Kau
3 - Hidup
4 - Mati
5 - Tidak
6 - Pusing
7 - Terus
8 - Kaya
9 - Selamanya / Kekal
Mereka mencela kita! Kita elak daripada celaan mereka!
Menurut kepercayaan tertentu, mereka menganggap nombor-nombor ini sebagai nasip yang baik atau buruk, jadi mereka hanya suka memilih nombor-nombor yang bertuah biasanya untuk memilih tapak perumahan atau lot, tarikh masehi yang unik, nombor plat kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, jika kita memilih nombor-nombor yang mereka anggap tidak bertuah maka kita akan dianggap sebagai orang yang malang. Kalau 40 orang atau lebih daripada mereka mengharapkan sedemikian maka seperti kita 'dicela', didoakan kecelakaan kepada kita.
Jadi sekarang kita secara logiknya kita juga kena pilih nombor yang mereka anggap sebagai tuah tetapi 'jangan mempercayainya', cuma untuk mengelakkan cela yang mereka reka! So, cadangan saya pilihlah nombor 'cantik untuk kenderaan sebagai contoh kerana mereka sendiri pun tidak menginginkan jika nombor kenderaan mereka seperti SAB 4444 dan sebagainya. Jangan kita pula diperbodohkan oleh mereka. Jangan pilih Flat, Lot, rumah No.4, sudah tentu merekapun tidak menyukainya.
Wallahu a'lam.
tembuakar@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan