Insiden Pencerobohan Lahad Datu
telah membuka mata banyak pihak untuk melihat apa yang mampu mereka bangunkan
di lokasi pendaratan Sulu yang amat strategik ini.
Jika dahulu ianya adalah antara
kawasan pesisir yang amat digeruni oleh nelayan-nelayan setempat atau siapa
sahaja yang menggunakan laluan laut sebagai jalan perhubungan Sandakan
sehinggalah ke Semporna kerana serangan 'mundu'.
Jeti Felda Sahabat - Gambar: Rabani / TrekEarth |
Sekarang ramai pihak termasuk
pemimpin mula merangka strategik atas dasar utama demi keamanan di kawasan yang
bergolak itu.
Tanduo diambang 2020
Tentu ramai yang belum mampu
berfikir apakah nasip Tanduo selepas ini apatah lagi menjelang 2020.
Pada awal selepas berakhirnya
pencerobohan ini, keadaan dan nasib penduduk akan kembali dibela. Bantuan
kerajaan dan badan-badan yang berkepentingan tentulah mengubat sedikit sebanyak
kesengsaraan dan keperitan penduduk untuk memulakan kehidupan baru setelah
semuanya musnah kesan daripada tragedi ini.
Kesan Tragedi pencerobohan di Tanjung Batu |
Selepas itu, kawasan Tanduo ini
akan menjadi kawasan yang selamat seperti mana yang kita sedia maklum dengan
adanya langkah kerajaan mengadakan ESSZONE dengan tujuan awal membanteras
berulangnya lagi insiden pencerobohan selepas ini.
Atas faktor itu daripada
pengamatan dan analisis yang dibuat, menjelang 2020 nanti kita akan melihat
suatu perkembangan pembangunan pesat akan berlaku di zon bergolak ini,
pewujudan zon ini banyak mempengaruhi pertumbuhan ekonomi Sabah. Ianya akan
mula dibangunkan dengan kawasan peranginan yang indah dengan prasarana yang
lengkap seperti yang kita dapat lihat di kebanyakkan tempat-tempat menarik di
Semporna.
Chalet atas air di Semporna - Foto: Alantawws / TrekEarth |
Bandar Lahad Datu akan berubah
wajah dan ianya bukan sahaja menjadi lokasi perdagangan malah akan menjadi satu
lokasi strategik untuk menempatkan aset dan latihan ketenteraan seperti Port
Dickson di Negeri Sembilan dan Sungai Besi. Dengan itu, ianya menjadi lokasi kedua
pertahanan di Bahagian Timur Sabah selepas Kem Lok Kawi dan Sepanggar di Kota
Kinabalu.
Cigarette peddlar - Foto: Rabani / TrekEarth |
Ikuti sambungannya April nanti
menyusur kesan ekonomi Tanduo terhadap Sulu.
tembuakar@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan