Sebagai pemerhati bebas, isu-isu dalaman, kancah
politik dan cerita di Negara sekarang hanyalah bersasarkan kepada pertikaian
hak dan maruah. Masing-masing akan cuba untuk menegakkan hak dan maruah sebagai
pertikaman isu dan lazimnya isu yang melibatkan maruahlah yang menjadi titik
mula pertikaian kerana bagi kebanyakkan bangsa di Negara ini masih menganggap
maruah adalah persoalan yang sangat sensitif dan harus dijaga walaupun terpaksa
berkorban harta benda, pangkat serta kedudukan, sinonim dengan pepatah, ‘Biar
mati anak jangan mati adat’.
Hiasan sahaja. Antara pedang yang dikaitkan pernah digunakan oleh Rasulullah SAW. Bagaimanapun penulis sukar menerima dakwaan, logam yang bercop tapak kaki itu adalah tapak kaki Rasulullah SAW. |
Di negara luar yang nilai
maruahnya telah diruntuhkan oleh peradaban lain sudah tidak mementingkan sangat
isu yang timbul bersangkutan nilai maruah ini kerana mereka lebih memikirkan
nilai kebebasan, keuntungan, penindasan, dan isu lainnya. Keruntuhan moral
tidak lagi menjadi masalah bagi mereka dan itu adalah hak masing-masing untuk
mempertahankannya ataupun terpulang atas kebijaksanaan dan kekuatan
masing-masing untuk mempertahankannya.
Di Negara kita ianya tidak
begitu, sesuatu isu yang timbul akan cuba dikaitkan sebesar-besarnya sehingga
melibatkan kuantiti yang besar, kelompok yang besar dan maka itulah satu agenda
perlu diwujudkan supaya ianya mampu menjadi alat yang ampuh untuk mengekalkan perpaduan.
Yang sangat menyedihkan disebalik
kemelut isu-isu itu, mereka yang bertelagah masing-masing tidak sedar ada
pihak-pihak tertentu mengeksploitasi dan memanipulasikan keadaan atau mengambil
kesempatan atas pergolakkan ini.
Sentimen-sentimen perkauman akan
menjadi alasan sesetengah pihak untuk mengapi-apikan kedua belah pihak yang
bertelagah dan begitu juga adakalanya sehingga melarat kepada isu-isu yang
lebih sensitif seperti agama dan bangsa sedangkan mereka bermaharajalela bebas
mengaut keuntungan dengan 'kaedah-kaedah' mereka sendiri tanpa disedari oleh
dua pihak yang bertelagah. Akibatnya pihak yang bertelagah akan merasa ada
sesuatu yang ‘besar’ telah hilang. Bila hal ini disedari barulah mereka
terkapai-kapai mencari jalan keluar dan ketika inilah ‘si pengaut’ ini akan
muncul menawarkan bantuan disebalik ‘batu’.
Kesimpulan
Buat masa ini,
individu mestilah memahami bahawa;
- Memajukan diri dahulu dengan segenap ruang dan peluang yang ada dengan berlandaskan hukum pegangan iman masing-masing.
- Tidak melangkau hak orang lain.
- Tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak walaupun pihak itu benar dengan tujuan, enggan mencampuri hal orang lain dan hak menyelesaikan masalah adalah keputusan masing-masing. Hanya cadangan khidmat nasihat sahaja boleh diberikan sekadar yang perlu.
- Sentiasa mengutarakan pandangan yang baik dan bernas dan bersikap positif kepada semua pihak TANPA mengaitkan atau menjadikan orang lain sebagai contoh dan perbandingan. Kita cerita pasal kemajuan sahaja dan bukannya hal ‘tepi kain’ orang.
- Tidak membenarkan sebarang ideologi mempengaruhi pemikiran kita.
- Enggan menerima khabar angin dan menilai pendapat orang lain. Semua keputusan dan tindakan adalah atas pertimbangan pemikiran anda sendiri tanpa perlu dicampuri oleh orang lain.
- Bersederhana dalam kehidupan. Nikmati kehidupan yang ada bersama keluarga anda, dengan mengamalkan kesederhanaan [wasotiah], toleransi, berbekalkan rezeki yang anda urus usahakan sendiri.
Kesan daripada langkah-langkah cadangan ini ialah;
- Kehidupan akan lebih bermakna dengan bebas daripada gangguan pemikiran dan emosi.
- Tidak ada pihak yang mampu melepasi benteng atau mempengaruhi corak kehidupan anda.
- Hidup tenang dan dapat beribadah dengan penuh keimanan dan kesyukuran.
- Rezeki yang diperolehi akan dapat mencukupkan anda tanpa perlu bergantung kepada orang lain malah dapat membantu kebajikan orang-orang yang memerlukannya.
- Sentiasa menjadi rujukan dan teladan orang lain. Anda dapat memberikan khidmat cadangan nasihat kepada orang lain yang memerlukannya dan mendapat keuntungan faedah bersama.
- Bebas daripada fitnah dan benci manusia. Tidak ada ruang dan celah bagi mana-mana pihak untuk mensabotaj anda.
- Terhindar daripada dosa dan seksaan Allah. Ingatlah, tindakan mencampuri urusan orang lain tanpa hak, menaburkan fitnah, membuka keaiban orang lain, penindasan dan riba adalah antara larangan Allah SWT.
15 Ramadan 1433H, Ranau
tembuakar@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan