Sedikit pandangan dan idea tentang pautan di bawah.
Pendapat saya, kita tidak usah terlalu hirau sangat pasal cerita atau gimik apa yang mereka nak buat pasal olympic tu. Sikap terlalu sensitif pun akan merugikan banyak pihak. Selagi tidak jelas dinyatakan Nabi Musa AS, kita anggap saja itu cerita Nabi durang [mereka], bukan Nabi Musa AS yang dijelaskan dalam Al-Qur'an yang agung itu.
BAGI saya, memang hal-hal sebegini akan dipaparkan oleh mereka sebab sebenarnya, sejarah Olympic itu sendiri merupakan kegiatan sukan di zaman dahulu seperti Yunani, Greek dan Rom memang berkait rapat dengan Penyembahan Dewa Hermes iaitu dewa kesukanan, anak kepada Tuhan mereka iaitu Jeus dan Maia. Itu tradisi mereka.
Menurut perspektif ISLAM, bersukan adalah galakkan dan saranan Nabi Muhammad SAW kepada ummatnya sepaya menjadi ummat yang hebat, kuat beribadah, dan mampu melindungi Islam.
Sedikit Info.
Gambaran upacara sukan dapat dilihat dalam kesenian Minoan Zaman Gangsa di Crete (dari sekitar 2700 hingga 1450 BC), kebanyakannya membabitkan acara keugamaan melompat lembu dan kemungkinannya melawan lembu jantan. Homer menceritakan bahawa sukan diamalkan semasa zaman Mycenaean, antara 1600 BC dan ca. 1100 BC.
Mural kamar pengkebumian Mesir berusia sekitar 4,000 tahun, menunjukkan ahli gusti sedang beraksi. |
Dalam Iliad terdapat gambaran panjang mengenai sukan penkebumian yang diadakan bagi menghormati pahlawan yang mati, dan terbabit dengan sukan digambarkan sebagai pekerjaan golongan bangsawaan dan yang kaya, yang tidak perlu melakukan kerja berat mereka sendiri.
Dalam Odyssey, Raja Odysseus dari Ithaca membuktikan status rajanya kepada Raja Alkinoös dari Phaiakes dengan menunjukkan kemahirannya melontar javelin.
Unjuran pandangan.
Sebenarnya pembabitan kita terhadap sukan Olympic ini adalah berlandaskan NIAT kita juga, apakah wajar sekarang ini kita beranggapan sama dengan mereka, sukan Olympic sebagai acara penyembahan juga?
Nabi SAW sendiri amat menggalakkan sukan kepada ummatnya seperti memanah, berenang, menunggang, lawan pedang dan seumpamanya kerana melatih kita supaya menjadi ummat yang cergas. Oleh itu, kita pasang niat bersukan adalah untuk kecergasan semata-mata supaya kuat beribadah kepada Allah SWT dan tidak payahlah mempedulikan apa unsur yang kafir hendak suntik samada bertujuan mempengaruhi kita, selagi mana ia tidak bersangkutan jelas memijak Islam. Anggap saja itu dongeng mereka dan kita tidak perlu cepat terasa.
Paling penting kita mempunyai Identiti kita sendiri, dan sentiasa muhasabah diri untuk menunjukkan yang terbaik seperti menutup aurat [bukan membungkus aurat], tidak memakai kostum binatang [khuatir boleh mendatangkan fitnah dan mengagung-agungkan makhluk lain], tidak menyembah obor, bendera dan sebagainya. Seterusnya konsep sukan kita adalah benar, kerana Allah. Kita tunjukkan yang ummat Islam mempunyai kekuatan bersaing dalam semua hal dalam dunia ini dan jauh sekali menyertai acara ritual mereka. Nauzubillahi minzalik.
Sukan kerana Allah. Wallahu a'lam.
tembuakar@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan