Salam Ikhlas.
Satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang atau tidak terfikir akan mengundang sesuatu yang tidak diingini. Lebih menyedihkan, setelah amaran dari Allah dan juga peringatanNya, kita juga masih tidak terfikir dan faham akan maksud daripada peringatan itu.
Persoalan sebenar: Adakah saudara/i terfikir bahawa menginsuranskan RUMAH, KERETA di Syarikat Insurans Konvensional dan Takaful yang syariah pada sistemnya tetapi tidak pada pelaksanaannya, akan menjamin keselamatan harta benda anda?
Memang tidak dinafikan, sesetengah kejadian seperti kemalangan, kebakaran dan kemusnahan harta benda akibat alam itu adalah telah tertulis ketentuan baik atau buruk bagi manusia oleh Allah SWT semata-mata sebagai pengajaran serta ujian supaya manusia tidak alfa dan sesat, dan paling penting adalah untuk menguji sejauh manakah keteguhan iman dalam diri setiap manusia dalam berdepan dengan ujian Allah.
Tetapi perlu juga kita ingat, sejauh mana kita berusaha untuk berubah daripada yang baik kepada keadaan yang lebih baik? DAN adakah sesuatu kejadian itu hanya disebabkan oleh nasip buruk ataupun 'sial' yang diada-adakan oleh kecuaian manusia?
Saudara/i ku yang dikasihi,
Sebenarnya segala sumber yang baik [halal] itu akan memberikan kebaikan kepada kita dan segala sumber yang subhat dan haram itu perlulah dihindarkan serta dibersihkan. Kejadian musibah adalah peringatan sebenarnya bagi kita untuk menghindarkan perkara yang buruk itu. Bersyukurlah kerana telah diberikan peluang untuk menebus segala dosa dan keburukan oleh Allah dan peringatan itu sebenarnya adalah menunjukkan betapa adilnya Allah kepada hamba-hambaNya.
Wallahu a'lam.
Bersihkan Harta benda dan segala amanah Allah kepada kita daripada yang subhat dan haram!
tembuakar@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan