Salam Ikhlas penuh kedamaian.
Syukur kehadrat Allah Penguasa Agung yang melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada setiap hamba-hambaNya yang bekerja semata-mata mengharapkan keredhaanNya.
Ketika ini erti sebuah pemberian hendaklah kita manfaatkan sebaik mungkin agar ianya bermanfaat kepada keluarga saudara sekalian.
Bagi penjawat awam mungkin sesuatu yang tersirat hendaklah dibaca dengan pemikiran yang panjang. Jangan hanya menerima tetapi tidak pula tahu menguruskannya dalam tempoh jangkamasa akan datang.
Kenaikan gaji kakitangan melalui SBPA sangatlah diharapkan oleh sekalian penjawat kerana telah bertahan begitu lama dengan sifir gaji yang lama.
Persoalannya di sini, Para penjawat awam mestilah sedar akan kenaikan ini akan memperlihatkan purata gaji kasar kakitangan awam ialah RM3000 ke atas dan kadar purata ini akan menyebabkan taraf kehidupan kita meningkat dan pendapatan ketika ini adalah melayakkan saudara-saudara terlibat dengan pemotongan cukai berdasarkan tanggungan dan hutang piutang.
Satu perkara yang hendak diteliti, adakah dengan kenaikkan itu akan menyebabkan ekonomi sara hidup penjawat selesa dan boleh menampung segala liabliti atau kos kehidupan sebelum ini? Jawapannya adalah berdasarkan tanggungan masing-masing. Jika jawapannya masih tidak mampu, apakah langkah saudara-saudara untuk menyelesaikannya?
Cadangan penyelesaian.
Setiap penjawat dan tanggungannya perlu mempunyai Simpanan Takaful. Dengan kenaikan taraf kehidupan kini, individu perlu belajar berdikari dan tidak perlu mengharap untuk dilindungi oleh orang lain seperti; mengharapkan Takaful Kelompok untuk melindungi anak-anaknya yang bersekolah.
Mengapa?
Individu adalah terikat sendiri dengan simpanan tanggungan di Takaful dan secara jelasnya peningkatan kadar tanggungan ini menyebabkan individu masih tidak layak dikenakan cukai kerana Simpanan Takaful adalah aset dan bukannya liabliti.
Antara konsep yang perlu diperjelaskan.
1. Takaful adalah simpanan dan perlindungan bagi diri individu dan keluarganya yang boleh digunakan ketika saat-saat genting dan kesusahan.
2. Simpanan di Takaful bukanlah seperti membayar insuran kereta yang lupus dan tidak mempunyai pulangan jika tidak berlaku tuntutan kemalangan dan sebagainya, tetapi ia adalah simpanan kewangan yang boleh digunakan apabila diperlukan menurut syarat-syarat tertentu yang terjamin untuk keluarga anda.
3. Keluarga tidak perlu risau akan kerugian keatas kewangan kerana Perlindungan kewangan di simpanan Takaful cukup untuk meringankan beban keluarga apabila berdepan dengan segala macam kemungkinan dimasa hadapan.
[bersambung..]
tembuakar@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan