SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Selasa, 10 Jun 2014

Menyanggah Nyawa

Apakala pintu rezeki itu tertutup
apabila semua jalan menjadi buntuh
panjatkanlah doa dalam taubah
moga dibukakan segala pintu
diberikan limpah rahmat dan barakah
kita sebagai insan alfa
lupa akan jalan dan fitrah
apa terus bergelomang dosa
sedang nyawa hampir menyapah
apa kudrat mu mahu menyanggah?

18:12 Lingkudau Lama Ranau


tembuakar@yahoo.com

Rabu, 28 Mei 2014

RAHSIA 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bersama bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda:
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” 

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfa’at kepada manusia lain…

Photo: RAHSIA 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wallahu a'lam. Wassalam.

Pernah diterbitkan di facebook Tembuakar Corp
pada 20 Julai 2013

tembuakar@yahoo.com

Peringatan

Wahai sekalian insani
perbanyakkanlah mengingat mati
kerna kiamat itu pasti
amalan itu akhirannya mati
jasad tinggal di bumi
hanya akan ditangisi
oleh anak dan isteri
walau seribu bakti
apa mungkin diingati
roh dijemput Ilahi
dihisab amalan duniawi
apa melebihi ukhrawi
gusar dihakimi
memohon syafaat Nabi
untuk tenang di Firdausi

Diterbitkan di facebook pada 12 Mac 2014
18:05 Ranau

tembuakar@yahoo.com

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR

Disebutkan di dalam hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :

1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan / Bilal yang tidak meminta habuan.
8). Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahankan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Juma'at dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. 


(HR. Bukhari Muslim)

tembuakar@yahoo.com

Dikala kesempatan

Bukan semua perkara kita terdaya melakukan
walaupun kita berdaya melakukannya..
Bukan juga semua perkara kita sempat melakukan
walaupun kita mempunyai masa yang cukup untuk melakukannya..

Itulah fitrah antara manusia dan alam..
saling bergantung satu sama yang lain..
Maka setiap khudrat ada yang mampu kita sumbangkan kepada yang lain..
atau setiap saat kita berkesempatan membantu yang lain..

19:06 Ranau

Photo: Bukan semua perkara kita terdaya melakukan walaupun kita berdaya melakukannya..
Bukan juga semua perkara kita sempat melakukan walaupun kita mempunyai masa yang cukup untuk melakukannya..

Itulah fitrah antara manusia dan alam.. saling bergantung satu sama yang lain..
Maka setiap khudrat ada yang mampu kita sumbangkan kepada yang lain..
atau setiap saat kita berkesempatan membantu yang lain..

19:06 Ranau

tembuakar@yahoo.com

Ahad, 29 Disember 2013

Hadits Larangan Berzina, Membunuh dan Murtad

Klik pada hadits untuk paparan jelas.

Terjemahan hadits 

Dari Ibnu Mas’ud radiallahuanhu dia berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : 
Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah dan bahwa saya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab : Orang tua yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya. 
(Riwayat Bukhori dan Muslim) 

Pengajaran yang terdapat dalam hadits 

1. Tidak boleh menumpahkan darah kaum muslimin kecuali dengan tiga sebab, iaitu : zina muhshon (orang yang sudah bernikah), membunuh manusia dengan sengaja dan meninggalkan agamanya (murtad) berpisah dari jamaah kaum muslimin. 

2. Islam sangat menjaga kehormatan, nyawa dan agama dengan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka yang mengganggunya seperti dengan melakukan zina, pembunuhan dan murtad. 

3. Sesungguhnya agama yang disepakati adalah yang dipegang oleh jamaah kaum muslimin, maka wajib dijaga dan tidak boleh keluar darinya. 

4. Hukum Jenayah dalam Islam sangat keras, hal itu bertujuan untuk mencegah (preventif) dan melindungi. 

5. Pendidikan bagi masyarakat untuk takut [bertaqwa] kepada Allah ta’ala dan selalu merasa terkawal oleh-Nya dan keadaan tersembunyi atau terbuka sebelum dilaksanakan hukuman. 

6. Hadits diatas menunjukkan pentingnya menjaga kehormatan dan kesucian. 

7. Dalam hadits tersebut merupakan ancaman bagi siapa yang membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah ta’ala. 

Wallahu a'lam.

Jumaat, 27 Disember 2013

KUASA LED yang diabaikan

Penggunaan lampu jenis LED [Light-emitting diode] boleh menjimatkan elektrik sehingga 80% dan kecerahannya adalah jauh lebih terang berbanding mentol biasa atau berfilamen. Malangnya masih ramai di Malaysia yang masih menggunakan cara lama atau segan menggunakan teknologi ini.

Beberapa jenis lampu LED yang boleh digunakan pada bangunan.

Akibat daripada itu masalah kenaikan Takrif elektrik semakin menghantui rakyat kerana kurangnya pemikiran kreatif daripada pembekal tenaga itu sendiri.

Antara contoh pengurangan kos elektrik yang boleh dibuat [dicadangkan; jika mahu] adalah;

1. Menukarkan semua mentol filamen di bangunan-bangunan kerajaan [khususnya] kepada LED dan bermakna kerajaan telah menjimatkan 80% kos elektrik yang dibazirkan sendiri oleh cara yang lama.

LED digunakan pada bangunan.
2. Menukarkan semua lampu limpah jalan yang dibekalkan oleh kerajaan. Ini bermakna kerajaan telah menjimatkan 80% daripada pembaziran elektrik dari jam 5:00 petang sehingga 7:00 pagi setiap hari.

3. Mewajibkan penggunaan LED kepada semua pemaju perumahan.

LED penghias.
4. Rakyat: Jangan tunggu disuruh baru berubah, mulakan sekarang di rumah anda, ganti semua pendaflour kamu tu..gerenti anda jimat 80% daripada bil elektrik anda sekarang.

5. Tidak perlu bersusah-payah berkempen 'BERGELAP SEJAM' seluruh dunia kerana itu adalah perbuatan yang sia-sia sementara kita sangat memerlukan elektrik pada waktu malam.

Keunggulan diwaktu malam.

TC: Syabas kepada Perusahaan Automotif Dunia kerana menggunakan LED dalam sistem elektrik auto demi penjimatan.


tembuakar@yahoo.com

Meminta-minta balasan

Salam Ikhlas.

Apakah kita menyangka akan memperolehi apa yang kita kehendaki sesuatu daripada perkara yang fardhu kita kerjakan? Balasan telah dijanjikan oleh Allah SWT atas setiap yang kita kerjakan, tetapi sifat manusia yang tamak terdorong oleh  nafsu sentiasa meminta-minta balasan daripada setiap apa yang dia kerjakan. 

Kita hanya mengerjakannya dan tidak perlulah meminta balasan daripada pekerjaan kita, semua itu kerja Allah dan kita tidak layak mencampuri.

Apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW adalah kebaikan dunia dan akhirat tetapi tidak pula mengkhusus supaya kita meminta-minta sesuatu melainkan pertolongan Allah SWT.

tembuakar@yahoo.com

Jumaat Terakhir 2013

Alhamdulillah

Telah diberi kesempatan untuk ber'Jumaat terakhir 2013 masehi,
apapun ianya hanyalah sekadar perhitungan manusia berpenggalkan peristiwa
dan tidak ada perkiraan yang paling tepat melainkan perkiraan Allah Ta'ala
apakah Jumaat kita seterus
pada perkiraan panjang
atau sudah tiba ke hujungnya

demi masa,
sesungguhnya ia adalah rahsia Allah
hanya kita perlu tahu
bahawa penghujung hayat adalah kerana-Nya
terbentang alam semesta pada hari Jumaat
terciptanya Nabi Adam a.s pada hari Jumaat
tidak berlaku kiamat yang dijanjikan itu selain daripada Jumaat
hanya manusia kian penat
berlaku dusta dan khianat
hanya dengan menunggu hayat
sehingga melupakan taubat

Wallahu a'lam bissawab

tembuakar@yahoo.com
PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih