Penggunaan lampu jenis LED [Light-emitting diode] boleh menjimatkan elektrik sehingga 80% dan kecerahannya adalah jauh lebih terang berbanding mentol biasa atau berfilamen. Malangnya masih ramai di Malaysia yang masih menggunakan cara lama atau segan menggunakan teknologi ini.
![]() |
Beberapa jenis lampu LED yang boleh digunakan pada bangunan. |
Akibat daripada itu masalah kenaikan Takrif elektrik semakin menghantui rakyat kerana kurangnya pemikiran kreatif daripada pembekal tenaga itu sendiri.
Antara contoh pengurangan kos elektrik yang boleh dibuat [dicadangkan; jika mahu] adalah;
1. Menukarkan semua mentol filamen di bangunan-bangunan kerajaan [khususnya] kepada LED dan bermakna kerajaan telah menjimatkan 80% kos elektrik yang dibazirkan sendiri oleh cara yang lama.
![]() |
LED digunakan pada bangunan. |
2. Menukarkan semua lampu limpah jalan yang dibekalkan oleh kerajaan. Ini bermakna kerajaan telah menjimatkan 80% daripada pembaziran elektrik dari jam 5:00 petang sehingga 7:00 pagi setiap hari.
3. Mewajibkan penggunaan LED kepada semua pemaju perumahan.
![]() |
LED penghias. |
4. Rakyat: Jangan tunggu disuruh baru berubah, mulakan sekarang di rumah anda, ganti semua pendaflour kamu tu..gerenti anda jimat 80% daripada bil elektrik anda sekarang.
5. Tidak perlu bersusah-payah berkempen 'BERGELAP SEJAM' seluruh dunia kerana itu adalah perbuatan yang sia-sia sementara kita sangat memerlukan elektrik pada waktu malam.
![]() |
Keunggulan diwaktu malam. |
TC: Syabas kepada Perusahaan Automotif Dunia kerana menggunakan LED dalam sistem elektrik auto demi penjimatan.
Ilmu lanjut : http://en.wikipedia.org/wiki/LED_lamp
tembuakar@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan