Muslimah sebenar di sisi Allah
Maksud Firman Allah S.W.T;
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (Al-Ahzaab 33:33)
Ringkasan
Hikmah Allah S.W.T melarang wanita beriman itu daripada mendedahkan diri, maruah dan aurat seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyah adalah semata-mata untuk menjauhi daripada perkara-perkara yang mencemarkan diri dan menjatuhkan maruah wanita itu sendiri. Dengan itu maka terhapuslah segala dosa yang pernah mereka lakukan dan terpeliharalah wanita-wanita daripada kemungkaran dan terhindar daripada kemurkaan Allah S.W.T. Wallahu a'lam
tembuakar@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan