Salam Ikhlas.
Allah Subhana
wata’ala telah melimpahkan rezekiNya di muka bumi ini untuk setiap manusia dan
haiwan memanfaatkannya, mudah-mudahan kita bersyukur atas pemberianNya.
Namun sebilangan besar daripada
golongan manusia itu dari dulunya memang melampaui batas sehinggakan riak
dengan apa yang telah mereka perolehi. Mereka mengganggap semua rezeki itu
semuanya datang atas usaha dan titik peluh mereka dan mereka lupa bersyukur.
Mereka tidak sedar bahawa rezeki itu semuanya datang daripada Allah.
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. (Asy-Syuura 42:27) |
Mereka sombong dengan rezeki yang mereka perolehi dan tanpa sedar langsung sebenarnya rezeki yang mereka peroleh itu adalah ujian semata bagi mereka.
Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu. (Al-Mu'minuun 23:75) |
Dewasa ini, golongan-golongan
pelampaui ini, sesuka hati memasuki wilayah dan daerah segenap pelusuk untuk
membolot kuasa agar mereka senang memperolehi hasil pendapatan atau perniagaan
dengan apa cara sekali pun walaupun terpaksa berhadapan dengan perlanggaran
undang-undang. Mereka berani menyongok, menindas, menipu dan memakan riba.
Inilah ciri-ciri yang Allah sebutkan dalam al-Quran golongan yang melampaui
batas. Mereka seterusnya akan hanyut dalam dosa dan kemurkaan Allah.
Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia. (Taha 20:81) |
Ingatlah
saudara, kita sebagai hamba Allah yang beriman memang dituntut untuk melatah di
segenap pelusuk bumi Allah ini untuk mencari rezeki tetapi hendaklah kita
bersyukur serta merendah diri, tidak sombong dengan apa yang Allah kurniakan,
dan memakan rezeki yang halal perolehannya dan bukannya diperolehi dengan
penindasan dan perlanggaran hak bagi mengelakkan diri kita tergolong dalam
golongan yang melampaui batas ini.
Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing; lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata; dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu. Demikianlah, Kami meteraikan atas hati orang-orang yang melampaui batas. (Yunus 10:74) |
Sesungguhnya
orang-orang yang melampaui batas ini adalah segolong dengan Fira’un sesuai
dengan firman Allah Taala di dalam al-Qur’an;
Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan. (Al-Qasas 28:4) |
Kesimpulannya
1. Tidak ada halangan dalam al-Qur’an untuk setiap manusia melatah di muka bumi Allah ini untuk mencari rezeki tetapi janganlah sampai melampaui batas hak di tempat itu. Bersyukurlah kerana diberi peluang untuk mencari rezeki di Negeri orang.
1. Tidak ada halangan dalam al-Qur’an untuk setiap manusia melatah di muka bumi Allah ini untuk mencari rezeki tetapi janganlah sampai melampaui batas hak di tempat itu. Bersyukurlah kerana diberi peluang untuk mencari rezeki di Negeri orang.
2. Hak
mentadbir dan mengurus sesuatu tempat itu adalah tanggungjawab penduduk asal di
tempat itu dan sebagai muhajirin, sepatutnyalah menghormati tanpa mencampuri
urusan dalaman dan bersama-samalah menjaga keamanannya.
3. Setiap
manusia telah ditulis rezeki baginya dan tidak perlulah menindas atau merampas
hak orang lain, sesungguhnya orang yang melampaui batas itu adalah sekutu kafir
dan telah disediakan Neraka sebagai tempat yang sesuai bagi golongan ini
seperti nasib Fira’un dan Bani Israil yang tidak beriman.
tembuakar@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan