Aidil-Fitri [Eid-ul-fitr] menjelang menggantikan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, penuh dengan kesedaran dan keinsafan kepada mukmin sejati.
Perginya Ramadhan tanpa memberi makna dan keinsafan kepada manusia akhir zaman. |
Apakah kedatangan aidilfitri ini disambut meriah dengan 'karnival' makan-makannya? Ya, memang begitulah tradisi kebanyakkan orang dan sudah menjadi trend hari raya masa kini;
1. Raya disambut sebulan, seakan membalas dendam disekat fitrahnya ketika sebulan Ramadhan.
2. Persaingan hebat kediaman dan juadah, mengalahkan Ramadhan yang tidak punya juadah hebat..hanya sekadar air dan kurma ketika berbuka.
3. Menjemput dan mengunjung, rakan-rakan rapat dan sekerja sahaja atau keluarga terdekat sahaja. Yang lain, yang bukan ada kaitan? Ahh masing-masing punya undangan dan kesibukan dengan kehidupan sendiri.
4. Pembaziran semata-mata kerana kebanggaan keluarga.
Berdasarkan 4 perkara di atas, cukup memberi tanda kepada kita bahawa sesiapa yang tergolong di dalamnya MAKA Ramadhan yang dilaluinya selama sebulan lalu tidak membawa apa-apa pengajaran dan keinsafan kepada diri mereka.
Saranan
1. Hari-raya disambut dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan menginsafi diri.
2. Ceriakan Syawal dengan ibadah disiang hari dengan puasa 6 disamping sentiasa menjaga Ibadah wajib solat, diselang seli dengan kunjungan dan ziarah, bukannya siang hari dihiasi dengan pesta jamuan rayanya.
3. Jangan menjemput tetapi mengunjungi saudara-saudara yang kurang bernasip baik atau kurang berkemampuan dengan membawa 'buah tangan' dan sedekah. Buang sama sekali konsep berkunjung kerana makan dan menjemput kerana hendak bersedekah/ memberi makan.
4. Syawal bukan untuk bermegah, syukuri la nikmat dengan persediaan yang sederhana dan bukan menunjuk-nunjuk, tabbaruj dan bersikap mazmumah.
Daripada 4 perkara yang membimbangkan di atas, perkara ke-3 memang sudah lenyap daripada kamus 90% budaya umat Islam. Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar untuk kita.
Minnal aidil wal fa'izin. Wallahu a'lam.
tembuakar@yahoo.com