
Assalammualaikum wrmtlhbrkth dan Salam Ikhlas.
Bakal Haji yang telah menyertai Pelan Perlindungan Ikhlas Hajj Savings Takaful yang berhajat berangkat awal dengan Pakej Lembaga Tabung Haji hendaklah memastikan Sijil Pelan masih berkuatkuasa dan tidak perlu mengambil mana-mana pelan insuran dan takaful yg diperkenalkan oleh ejen pelancongan atau ejen-ejen dari syarikat perlindungan lain. Dengan Pelan Ikhlas Hajj Savings Takaful yg masih berkuatkuasa Peserta sedia dilindungi RM20,000 hingga RM50,000 [mengikut Pelan yang diambil], Perlindungan untuk penyakit Kritikal RM10,000 dan Khairat Kematian sebanyak RM2,000. Saya bagi pihak Takaful Ikhlas mengharapkan Peserta Bakal Haji kita berpuas hati dengan Pelan sedia ada daripada Pelan ini dan dapat mengerjakan ibadah Haji dengan tenang dan mabrur, insya Allah.
Saya tertarik dengan persoalan yg dipaparkan Berita Harian hari ini [11/04/2011] iaitu rungutan tentang wujudnya bayaran tambahan untuk tanggungan takaful mahupun insuran para bakal haji yang ke Tanah suci melalui pakej Tabung Haji.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan melalui pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) juga tidak pernah mengenakan sebarang kos tambahan bagi membiayai takaful kepada jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah melalui agensi berkenaan.
“Bagaimanapun, jika ada pihak lain yang mahu memperkenalkannya itu adalah baik tetapi saya rasa biar ia ditawarkan sebagai pilihan kepada bakal haji yang memerlukan perkhidmatan itu". ujar Beliau.
Kami di Takaful Ikhlas amat memahami permasalahan yang timbul apa sahaja yang berkaitan dengan keberangkatan bakal haji kita ke Tanah suci dan sejak awal-awal lagi Peserta dibawah Pelan Haji kami sudah dingatkan dengan sebarang kemungkinan yang bakal ditempuhi oleh mereka sebelum Haji bermula. Harapan kami agar Para Peserta kami dapat mengerjakan ibadah Haji dengan tenang dibawah Pelan Simpanan dan Perlindungan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan