SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Rabu, 10 November 2010

Tugu Peringatan Mat Salleh [Tambunan]

Datu Paduka Muhammad Salleh [Gambaran Pelukis]
Gambar 'baju ayat' yang dijumpai, dipercayai Baju yang dipakai oleh Datu Paduka Muhammad Salleh apabila perang.

Ruang Pameran yang agak terbiar.


Si Aki ku 1

Dipertengahan jalan menuju ke Kubu [Sinarut Ranau], sepergunungan lagi baru tiba..dan perjalanan hari itu memang memenatkan dari Inanam ke Ranau. Dua orang Datu Panglima sedang menunggang kuda masing-masing dan kini tiba di Togudon Lama, saujana di bawah Kinabalu...

'Berehat dulu la, haus ni. Menyinggah dulu kita air di sungai.'
'Ayuhla...jauh lagi itu perjalanan kita..baik juga mengisi bekalan'. Sahut Datu Ali [bukan nama sebenar] kepada Datu Sarif Durahman.

setiba di sungai...
'Cuba kau lihat!' Berbisik Datu Durahman kepada Datu Ali.
'Uii! malingkat [cantik] Datu'.'
'Mungkin isteri urang, tenang saja kita mengambil air, lekas.' Perlahan dari Datu Durahman tapi tegas sambil mata kedua-dua Datu itu sempat juga menjeling kepada perempuan dusun cantik yang sedang asyik mencuci kain-kainnya tanpa menyedari dia sedang diperhatikan.

Selasa, 2 November 2010

The Legend Of TeMBuaKar

Kalau saudara pernah terdengar dulu atau mudahnya lahir sekitar tahun 60an, tentu saudara masih sempat melalui suatu pengalaman yang bakal saya kongsikan ini, cerita yang ku dengar dari mulut arwah nenekku...yang sangat seronok, dan aku juga hanya sempat merasa pengalaman tersebut di awal 80-an...,

'e***, kalau banjir besar macam nie memang ada ular besar tue hanyut di sungai..' kata nenek. sambil mata kami melihat di seberang sana sedang berlangsungnya arus yang sangat deras, melimpah ke jalan airnya dari gigi tebing,..suasana yang amat menggerunkan dengan dentuman batu-batuan yang hanyut dilanggar arus sungai Sugut yang mengganas..

'i, dari mana itu ular hanyut nek?'
'dari hutan, di ulu sana, dekat itu Nabalu [Kinabalu] dia betapa..dari kecil sampai jadi ular besar, kalau 'dia' suda besar dipanggilnya la kunun hujan supaya air sungai membesar, membawanya hanyut pigi laut..begitu la itu selalu, itu la setiap tujuh, tujuh tahun mesti terjadi banjir besar..'

'jadi nek bule nampak kaitu hanyut di sungai?'
'kadang2 sj bah itu tenampak, kalau nasip bagus'
'Nenek penah nampak?..'
'Pernah, adalah beberapa kali itu..'
'macamana rupanya nek?'
'sama macam naga yang selalu nenek cerita yang dari Nabalu tu, kalau datang suda tu 'menompok' 'diala kunu itu mau hanyut...bealun itu hanyut ikut itu arus deras, baru panjang..' kata nenekku.
'ui, kalau aku nampak?..' kataku..
'begitula itu setiap tujuh tujuh tahun, bila suda membesar menjadi naga ular itu, hanyutla itu pigi laut..mencari mamanya mengkali..'
'jadi kalau masi kecil dipanggil ular, kalau suda besar nek?
'em Naga kalau melayu bilang, 'tembuakar' kita bilang..'

Rabu, 20 Oktober 2010

Hijrah ku di sini

Hari ini 20/10/2010
genap 20 hari hijrah ku, meneruskan sesuatu di sini..
mungkin ada sesuatu yang ku terokai di sini..
mungkin juga ada yang digapai di sini..

pasti ada pelbagai rintangan di hadapan masa..
tidak semudah apa yang disangka..
tidak semudah apa yang pernah dikecapi dulu..

ku yakin ada ketentuan bagi ku di sini..
ku cekal mengharungi badai menanti..

esok akan pasti datang
datang menyelinap bersama
bayang-bayang jaya
igauan cita
idaman hati
dibawa mati..

Selasa, 31 Ogos 2010

Wawasan Merdeka [Erti sebuah Kemerdekaan]


Wawasan Merdeka!


sudahkah kita di laluannya..

sudahkah kita siap sedia mengharunginya..

sudahkah kita mengenal arahnya..

sudahkah kita tahu kesannya..

sudahkah kita mampu berhadapan..

sudahkah kita mampu berbicara dengannya..

sudahkah kita sedia menerima arus rintangannya..

sudahkah kita mampu membendungnya..

sudahkah kita tahu tangkisan rintangnya..

sudahkah kita sedia menerima impaknya..

sudahkah kita tahu menanganinya..

sudahkah kita tahu hidup dengannya..

sudahkah kita tahu itu pengakhirannya..


sudahkah kita tahu.., kita adalah generasinya..


Salam Merdeka untuk yang menghayatinya..

Sabtu, 12 Disember 2009

Kedatangan Penjajah di Sabah


Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.
Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah yang kini dikenali sebagai Sabah ini juga dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sriwijaya di Sumatra dan kesultanan Sulu di Kepuluan Filipina. Hal ini menyebabkan Sabah berada dalam keadaan yang aman berikutan kedua-dua kuasa besar ini tidak mahu bergaduh.
Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara. Penyerahan North-Borneo oleh pihak BNBCC adalah telah melanggar syarat "Perjanjian Pajakan/Sewaan Wilayah North-Borneo" yang telah termeterai diantara Sultan Sulu dan Mr.Barron de Overback & Mr.Alfred Dent, yang telah membentuk Syarikat Berpiagam dan akhirnya wilayah North-Borneo diletak dibawah naungan pihak British. Namun begitu, kedaulatan North-Borneo masih berada di atas kuasa Kesultanan Sulu. Kuasa pihak British ke atas North-Borneo hanyalah sebagai "Pelindung & Pentadbir"(Proctorate & Administrator) termasuk sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.
Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah.

Sistem Pemerintahan dulu di Sabah


Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas.
Sabah telah ditakhluki oleh Kesultanan Brunei pada abad ke-17. Bagaimanapun, apabila Brunei dilanda perebutan kuasa dari tahun 1662. Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu, akibatnya Sabah diperintah oleh dua kuasa, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.

Masyarakat di Sabah

Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-15 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu. Pihak Kesultanan Sulu lah yang telah bertanggungjawab mengislamkan orang-orang Idaan pada sekitar abad ke-17 atau ke-18. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya untuk tujuan perdagangan.

Sumber : Wikipedia

Muhammad Salleh mati dibunuh?


Sejauh mana kebenarannya? Di manakah pusaranya? Warisnya? Pengikut-pengikut setianya? Semuanya akan cuba saya kupas dan kongsikan kepada anda. Sejarah telah diputar belitkan...sebenarnya CERITA ini disembunyikan.

bermula... 'Wahai saudara-saudara ku sekalian, hari ini mungkin kita akan bepisah..buat sementara waktu kita terpaksa berundur..kubu kita di Tambunan suda dikepung, begitu juga di Inanam..air yang mengalir di dalam KUBU (Sinarut Ranau) kita ini tidak bole lagi kita minum..semua suda diracun..kesian juga aku meningu (melihat) keluarga-keluarga kita satu persatu sakit..tidak bole selama-lamanya kita menanggung beban begini, tersiksa keluarga kita..

oleh itu, kamu la datu-datu ku sekalian (melihat satu persatu Datu-datu yang 7), bawalah saudara-saudara kamu di mana kamu bole selamat dari musuh-musuh kita (British). Tapi ingat, pesanan ku..aku tidak izin kamu mengasi tahu (memberitahu) asal-usul keturunan kamu (Shaarif) dan putungla rambut kamu semua supaya tidak dikenal musuh.. Insya Allah taala, suatu hari nanti, kita juga yang memerintah balik Saba' ini.. mudah-mudahan kamu selamat dunia akhirat..bepisahlah kita.
PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih