SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Jumaat, 9 Disember 2011

8 TIPS LAHIRKAN ANAK SOLEH

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah As-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.

Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana." Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. 
Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.

Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.

Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.

Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.

Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

tembuakar@yahoo.com
Sumber : http://www.islamituindah.my

Isnin, 28 November 2011

Persoalan yang BIASA didengar tetapi jawapan yang BIASA diberikan.

Salam Ikhlas.

Ibubapa sentiasa berbangga apabila mendapat cahaya mata, lebih-lebih lagi apabila 'Dia' semakin hari membesar dengan sihat dan comel-comel belaka. Terpampang di dada-dada facebook gambar-gambar telatah si anak kecil. Tapi tahukah anda, berdasarkan kajian, 70-90% ibubapa sebenarnya mengabaikan masa depan dan kebajikan anak-anak mereka sendiri bermula sejak bayi itu lahir lagi? Fakta ini sebenarnya tidak disenangi oleh para ibubapa tetapi inilah hakikatnya. Cuba kita renungkan;
  1.  Adakah sudah tersedia tabungan yang cukup untuk pendidikan anak itu? 
  2.  Adakah sudah tersedia dana perlindungan untuk setiap anak itu untuk menghadapi ujian [risiko kesihatan] yang mendatang?
  3.  Sudahkah ibubapa fikirkan apa yang ditinggalkan kepada anak-anak jika ibubapa kehilangan punca pendapatan atau ketidak upayaan, atau musibah serta Ujian dari Allah?
Ini diantara persoalan yang 'biasa' didengar oleh para ibubapa tetapi jawapan yang 'biasa' diberikan oleh mereka. Contoh jawapan: 'ajal maut di tangan Tuhan,..[tetapi usaha?]


Renungan bersama untuk ibubapa yang mahu berfikir.
 
Ingat antara tanggungjawab ibubapa: Memberikan ilmu yang cukup untuk anak-anak dengan didikan yang sempurna, membesarkan anak-anak dengan rezeki yang halal, Menjaga kebajikan dan kesihatan anak-anak, mengkahwinkan anak-anak perempuan apabila 'sampai seruh' dengan pasangan yang beriman. Wallahu a'lam.

Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Salam pertemuan Hijrah yang barakah..


Syukur ku yang tidak terhingga berkat rahmat dan kemuliaan Allah SWT atas kesempatan yang diberikan untuk berjuang lagi demi kerana agamaNya.

Tidak ada yang dapat menandingi keagungan dan kekuasaan Allah dengan rahmat dan kesejahteraan hidup yang telah ku kecapi selama ini. Semoga dengan nikmat besar yg telah diberikan ini menjadi pedoman kepada ku untuk meneruskan kehidupan seterusnya dan memasukkan Kita semua dalam golongan hamba-hambanya yang mensyukuri nikmat.

Ya Allah, Ya Rahman ar-Rahim..
Perkenankanlah segala doa-doa kami,
Ampuni segala dosa-dosa kesilapan kami, ibubapa kami, dan seluruh muslimin dan muslimat samada yang masih hidup mahupun yang telah kembali kepadamu..

Ya Allah, Ya Malikkul Mulk, Ya Jalalil Wal Ikhram..
Masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang mensyukuri nikmat
Sejahterakanlah kehidupan kami
Tinggikanlah martabat kami

Ya Allah, Ya As-Sami'ul Basir, Ya Mujibul Wasi', Al-Badi'ul Baqa..
Luluskanlah kami dari segala UJIAN yang Engkau berikan kepada kami
samada Ujian yang Engkau berikan terus kepada kami atau melalui perantara Mu
dan..
Permudahkanlah pula segala URUSAN yang Engkau berikan kepada kami
samada Urusan yang Engkau berikan terus kepada kami atau melalui perantara Mu


Isnin, 21 November 2011

20-11-2011

Kelmarin, 20-11-2011
antara hari yang bermakna bagi keluargaku

Semoga Allah SWT memberkati dan memberi kesempurnaan bagi seluruh kehidupan kepada isteriku, Baira dan anak-anakku yang dikasihi.

Selamat Ulang Tahun buat isteriku, Baira Norhayati


tembuakar@yahoo.com

Sabtu, 12 November 2011

Hari ini 11-11-2011

Kesejahteraan untuk semua
Ramai dikalangan masyarakat mengaitkan sesuatu Tarikh dengan tuah,
Sehingga sanggup bertenung nasib,
Menyambut tarikh itu dengan sesuatu peristiwa dengan kejadian,

Apapun tingkahlaku dan tabiat serta amalan-amalan pesong hendaklah dijauhkan..
khususnya sebagai panduan kita..
Tidak ada diletakkan sesuatu kejadian itu tanpa kekuasaanNya..
tidak akan sampai tarikh yang ditunggu-tunggu itu tanpa janji dari Allah SWT
sedikit itu menjadi lebih..
yang kurang menjadi cukup..

tembuakar@yahoo.com

Jumaat, 28 Oktober 2011

Sayonara IPG Kampus Raja Melewar

Hari ini 28-10-2011, genaplah 14 minggu aku berada bersamamu..
Menghabiskan sebahagian daripada waktuku..
Melakar suatu kenangan indah dalam hidupku..

Kini saat perpisahan tiba..
aku akan meneruskan perjuangan dalam hidupku
membawa bekalan yang sempat kau curahkan..
dan pastinya..
akan ku cuba sampaikan..
menjadi suatu perubahan..
dalam jati diri anak didik ku..

Semoga Allah membalas segala jasa bakti para guru..
menempatkan mereka dalam golongan..
hamba-hambaNya yang mendapat kesejahteraan hidup..
dilimpahi rahmat dan keberkatan..

Wassalam...


Terima Kasih kepada Para Pensyarah yang sempat bekerjasama dan memberikan ilmu bakti kepada Saya dan Rakan-rakan seperjuangan yang lain. Mohon dimaafkan segala kesilapan dan keterlanjuran ketika kita bersama, menghalalkan segala makan minum kami, tunjuk ajar dan pedoman..dan sanggup pula menguruskan kami seadanya...

Tembuakar Corp
No. 440, Taman England,
Seremban.

tembuakar@yahoo.com

Menembusi tembok Astaga.

Medan Kerapatan. [Bersama rakan KDP yang lain]

Batch Marking Programme di Falkultas Pendidikan Olahraga dan Kesehatan, Bandung

Berkesempatan juga ke Tangkuban Parahu, Bandung.

Seawal minggu orientasi KDP di bilik LDP.

Di hadapan ada pensyarah sedang menyampaikan kuliahnya.

Bersama Pasukan Pensyarah IPG dalam Perlawanan Persahabatan Bola Sepak.

Sabtu, 17 September 2011

Wajib 'beli' Insuran? Kenapa bukan Takaful?

Isu Esklusif : Tambang Bas + RM1 untuk insuran.
Bercakap dengan KOSMO [15 Sept 2011], En Sa’adan Man, Pengerusi Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia [PPBSM] mencadangkan setiap penumpang pengangkutan awam terutamanya pengguna bas ekspres Wajib ‘beli’ insuran perlindungan diri masing-masing. Langkah ini bagi membolehkan mana-mana penumpang yang ditakdirkan terlibat dgn musibah kemalangan menuntut Insuran perlindungan masing-masing tanpa mengharap pampasan daripada pengusaha kenderaan awam terbabit. Rasionalnya, tuntutan pampasan kemalangan biasanya melalui proses yang sukar, lambat dan kemungkinan sedikit sahaja berbanding perlindungan insuran individu.
Menjawab cadangan yang mewajibkan penumpang membayar RM1 untuk perlindungan itu, Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat [SPAD] tidak bersetuju dengan cadangan daripada PPBSM. Ini kerana hak mengambil insuran adalah hak individu. Selain itu, syarikat bas ekspres sudah mempunyai insuran konfrehensif unutk melindungi semua termasuk penumpang. Seperti penumpang Kapal Terbang, penumpang boleh atau tidak mengambil insuran peribadi untuk melindungi diri mereka.
Bagi Pihak Takaful Ikhlas Ranau Agency, perkara ini memang sewajarnya sudah menjadi keperluan individu itu sendiri samada BERSEDIA atau TIDAK dalam menghadapi Ujian Allah. Bagi individu yang ingin BERSEDIA, saya mencadangkan agar sahabat-sahabat, saudara-saudara dan masyarakat supaya memiliki Pelan Simpanan dan Perlindungan Takaful peribadi, dan sebaiknya adalah Pelan Takaful dan bukannya insuran kerana dalam islam, sistem insuran konvensional adalah haram. Ini perlulah difahami dengan mendalam kerana ianya melibatkan hukum Allah dalam  soal kewangan.
Islam telah menyediakan sistem yg lengkap untuk tujuan Tabbaru [bantu-membantu] iaitu ‘kafalah’ [Takaful] sejak dulu lagi sekaligus menidakkan sistem insuran yang mempunyai unsur riba, maisyir dan gharar. Terlibat dengan sistem Riba hukumannya adalah isytihar perang dengan Kerajaan langit [Allah SWT] dan seluruh para RasulNya!
Selain itu, perlu juga diingatkan di sini, ke belakangan ini sudah tumbuh pula Produk Takaful yang diuruskan oleh Syarikat-syarikat Insuran Konvensional. Oleh itu, bakal peserta atau masyarakat kenalah bijak dan membuat pilihan yang tepat.
Renungan bersama unjuran Tragedi Bas Ngeri 2 tahun lalu;
7 Sept 2011 - Mohd. Kamil  B. Mohd Rashid, Pemandu Bas Ekspres 2 Tingkat milik Sani Ekspres, dijatuhkan hukuman 4 tahun penjara dan denda RM10,000 kerana didapati bersalah memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian 10 orang penumpang dalam nahas ngeri itu.


Al-Fatihah

Jumaat, 16 September 2011

Zakat dan Kemurtadan

Salam Merdeka.

Sedikit daripada harta yang kita keluarkan zakat akan mendapat rahmat dan berakah yang tidak terhitung dari Allah. Golongan si penerima zakat pula tidak putus-putus mendoakan akan kesejahteraan si pembayar zakat, yg sudah pasti tidak ada perantaraan diantara doa mereka dengan Allah.


“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)

Bagaimanakah pula nasip golongan pengurus zakat, yang bermanis muka ketika musim mengutip zakat sebaliknya berwajah suram ketika golongan pemohon zakat hadir dgn kesukaran semata-mata menuntut sedikit drpd hak mereka?

Tidakkah golongan pengurus zakat ini tahu bahawa golongan pemohon zakat inilah yang akan menuntut hak mereka pula di hadapan Allah kelak atas segala urusan yg tidak langsai? Apatah lagi kalau akibat drpd pengurusan zakat yg tidak betul sehingga mengundang masalah Kemurtadan dikalangan golongan penerima zakat ini?

Cuba kita bayangkan di manakah golongan pengurus zakat ini hendak bersembunyi? Atau lebih mudah, adakah kita pasti bahawa golongan pengurus zakat ini boleh terlepas drpd doa golongan penerima zakat ini? DOA mereka inilah sebenarnya yang menjadi penentu! Beringat kita.

Juga lihat, Isu Ekslusif : Menangisi Murtad dan Zakat
http://drmaza.com/home/?p=1561#more-1561

Buka minda anda.

Salam Borneorean!

Signifikan 16 September selain daripada tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963 sebenarnya adalah Tarikh lahir menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew, yang dilahirkan pada 16 September 1923. Lee meminta syarat tidak langsung tarikh tersebut sebagai Tarikh Singapura menyertai Persekutuan Malaysia. Ini menunjukkan kepada kita supaya melihat betapa besarnya pengaruh Lee Kuan Yew terhadap sesuatu rundingan. Banyak contoh yang kita boleh lihat, bagaimana Singapura mendapatkan air, Isu Persempadanan, Wilayah Keretapi, Tambakan dan bermacam-macam lagi isu yg semestinya bukan senang untuk memenanginya di bawah pengaruh Lee.

Tunku Abdul Rahman bersama allahyarham Tun Said Keruak (kiri) dan allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (kanan) yang merupakan antara pejuang era kemerdekaan. (Gambar Hiasan).
PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih