Salah seorang Khulafa’ Ar-Rasyidin, yang telah membuktikan
diri sebagai penolong agama & berjihad dengan nama Rabbul ‘Alamiin.
Khalifah yang berhasil memadamkan api kejayaan majusi, sehingga orang-orang
kafir sangat benci kepadanya. Inilah saidina Umar bin Khattab r.a.
Diantara mereka yang paling menonjol kepada saidina Umar r.a
adalah Abu Lu’lu’ah Al-Majusi,
seorang budak yang berprofesi tukang kayu sekaligus pandai besi & tinggal
di Madinah.
Ia membuat suatu alat yang biasa digunakan untuk menggiling
tepung. Alat itu terdiri dari 2 batu yang dibelah. Satu batu ditaruh di atas
yang lain. Lalu biji gandum dilemparkan ke tengah-tengahnya, kemudian diputar
dengan tangan. Rupanya dia sedang menunggu saat yang tepat untuk membalas
dendamnya terhadap Saidina Umar r.a. suatu ketika Saidina Umar r.a menjumpainya
di jalan & bertanya,
“Aku dengar kau pernah berkata,
‘Kalau mampu, aku akan membuat penggiling gandum yang
digerakkan dengan angin.’
Benarkah?”
Budak itu menoleh ke Saidina Umar r.a dengan muka
masam.
“Ya. Benar. Aku akan membuat untukmu alat giling yang akan
menjadi pembicaraan manusia dari Barat hingga ke Timur,” katanya. Saidina Umar
r.a lalu berkata kepada orang-orang yang menyertainya,
“Budak itu mengancamku.”
Setelah itu, budak tadi membuat sebuah pisau yang mempunyai
dua mata. Penggunaan pisau itu dengan memegang bagian yang ada diantara 2
matanya. Jika seseorang ditusuk dengan 1 matanya, akan terbunuh. Demikian juga
bila diyusak dengan matanya yang lain. Budak itu juga melumuri pisau tersebut
dengan racun. Sehingga ketika seseorang ditusuk dengan pisau itu, boleh jadi ia
mati kerana kekuatan tusukan, atau kerana racunnya.
Hingga datanglah saat itu, ketika ia mengendap-endap di
kegelapan malam. Ia bersembunyi di sebuah pondok masjid, menunggu kedatangan
Saidina Umar r.a. ia tetap berada di tempat itu, sampai akhirnya Saidina Umar
r.a masuk masjid membangunkan orang-orang untuk mendirikan solat. Lalu
dirikanlah solat dengan Saidina Umar r.a sebagai imamnya.
“Allahuakbar”, Saidina Umar r.a bertakbir.
Ketika ia mulai melantunkan ayat-ayat Al-Quran, budak tadi
keluar dari tempat persembunyiannya. Secepat kilat ia menyerang Saidina Umar
r.a dengan 3 tusukan sekaligus. Tusukan pertama mengenai dada, kedua mengenai
perut & tusukan yang terakhir mengenai bagian bawah pusar. Saidina Umar r.a
menjerit & rebah ke tanah. Dalam pada itu, ia mengulang-ulang firman Allah
SWT,
“dan ketentuan Allah adalah takdir yang pasti akan terjadi.”
(Al-Ahzab: 38)
Lalu Abdurrahman bin ‘Auf maju menggantikan Saidina Umar r.a
untuk menyelesaikan solat jemaah tersebut. Sementara itu, setelah menusuk
saidina Umar r.a, budak tadi menerobos ke barisan kaum muslimin dengan pisaunya
yang diayun-ayunkan ke kiri & ke kanan.
Ada 17 orang yang terkena pisau itu. 7 diantaranya meninggal
dunia. Lalu ia berhenti dengan menghunus pisaunya. Setiap orang yang mendekati,
pasti diserangnya. Sampai ada seseorang yang melempar sebuah kain selendang
tebal ke arahnya.
Budak itu terhuyung-hayang. Ia merasa kaum muslimin akan
segera meringkusnya. Seketika itu, ia hunjamkan pisau yang dibawa ke tubuhnya
sendiri.
Saidina Umar r.a langsung dibawa ke rumahnya. Orang-orang
yang menunggu di sekitar rumahnya, menangis semua. Saidina Umar r.a pengsan
sehingga terbitnya matahari. Ketika sedar, dipandang wajah orang-orang yang
berada di sekelilingnya.
Pertanyaan pertama yang diucapkan adalah,
“Apakah manusia sudah solat?
Mereka menjawab, “Sudah.”
“Segala puji bagi Allah. Sesungguhnya tidak dianggap Islam,
orang yang meninggalkan solat.” Katanya.
Saidina Umar r.a lalu meminta air untuk berwudhu’.
Sebenarnya ia hendak berdiri untuk mengerjakan solat, namun tidak termampu. Ia
kemudian meraih tangan anaknya, Abdullah r.a untuk mendudukkan tubuhnya di
belakang Abdullah r.a. saidina Umar r.a duduk bersandarkan anaknya.
Darah terus mengalir dari luka bekas tusukan. Abdullah bin
Umar r.a berkata, “Demi Allah, aku mencuba menutupi luka itu dengan jariku,
namun darah terus mengalir. Hingga akhirnya kami ikat lukanya sengan serban.”
Demikianlah saidina Umar r.a menunaikan solat subuhnya.
Setelah itu saidina Umar r.a berkata kepada Ibnu Abbas r.a,
“Lihatlah, siapa yang telah membunuhku?” Dijawab, “Engkau diserang oleh seorang
budak Majusi. Beberapa orang juga telah diserangnya, lalu ia bunuh diri”.
Saidina Umar r.a berujar, “Segala puji bagi Allah yang menjadikan pembunuhku
tidak dapat memusuhiku di hadapan Allah dengan 1 sujud pun ( kerana si pembunuh
seorang kafir, yang tidak mungkin sujud kepada Allah swt).
Setelah itu seorang tabib mengubatinya. Tabib itu menuangkan
air yang bercampur kurma sehingga dari luka saidina Umar r.a keluarlah air. Ia
mengira yang keluar dari luka Saidina Umar r.a adalah cairan darah & nanah.
Lalu menuangkan susu. Sesaat, susu itu keluar dari luka di bawah pusar. Tabib
berkesimpulan bahawa tusukan budak itu telah merobek tubuhnya.
Ia lalu berkata, “wahai Amirul mukminin, berwasiatlah.
Aku yakin kalau tidak hari ini, pasti besok engkau akan meninggal.”
Saidina Umar menjawab, “Engkau benar. Andai sahaja engkau
tidak mengucapkan yang seperti tadi, pasti kau telah berbohong. Demi Allah,
seandainya aku miliki semua isi dunia, akan kugadaikan demi menghadap dasyatnya
suatu hari saat menghadap Allah,” lanjutnya.
Ibnu Abbas r.a berkata, “Kalau kau berkata begitu, semoga
Allah memberikan balasan kebaikan bagimu. Bukankah Rasulullah s.a.w pernah
berdoa agar Allah memuliakan islam denganmu & kaum muslimin, ketika mereka
dicekam dengan ketakutan di Mekah?
Ketika kau masuk Islam, keislamanmu membawa wibawa & kesucian.
Kemudian kamu berhijrah. Hijrahmu menjadi pembuka. Kamu pun tidak pernah
tertinggal dalam peperangan yang diikuti Rasulullah s.a.w melawan orang-orang
musyrik. Lalu Rasulullah s.a.w wafat dalam keadaan redha terhadapmu & digantikan
oleh seorang khalifah, saidina Abu Bakar As-siddiq r.a. ia lalu wafat dalam
keadaan redha terhadapmu. Kemudian sebagai pengganti, engkau pimpin manusia
dengan baik. Denganmu, Allah membuka menaklukkan negeri-negeri sehingga
mengeluarkan harta & memberangus musuh-musuh. Kemudian, Ia menganugerahimu
dengan syahadah. Sungguh! Keberuntungan nyata bagimu.”
Saidina Umar r.a menanggapi, “Demi Allah, orang yang tertipu
adalah yang tertipu (dengan ucapanmu). Apakah engkau bersedia menjadi saksi
atas semuanya tadi di hadapan Allah, kelak ketika bertemu dengan-Nya?”
“Ya,” jawab Ibnu Abbas r.a. berbahagialah wahai Umar r.a. ia
berkata, “Ya Allah, segala puji bagi-Mu.” Kemudian orang-orang yang berdatangan
& memuji beliau.
Tiba-tiba datanglah seorang pemuda & berkata
kepadanya,
“Berbahagialah engkau Wahai Amirul Mukminin. Kau menjadi
sahabat Rasulullah s.a.w, kemudian menjadi khalifah yang adil, lalu mati
syahid.”
Saidina Umar r.a berkata,
“Aku cukup merasa senang ketika keluar dari dunia, dalam keadaan
telah melaksanakan semua tugas. Tak perlu tambahan (pujian) bagiku.”
Ketika pemuda itu pergi, kain yang dipakainya menjulur ke
tanah. Saidina Umar r.a meminta pemuda itu didatangkan kembali. Kepadanya, ia
berkata, “hai anak saudaraku, angkatlah kainmu. Yang demikian lebih bersih bagi
pakaianmu & lebih taqwa di sisi Rabbmu.”
Berikutnya, rasa sakit yang dialami saidina Umar r.a
bertambah parah. Dan kepayahan itu pun telah menyelimuti dirinya. Abdullah bin
Umar r.a berkata, “Ayahku pengsan. Lalu kuletakkan kepalanya di atas tanganku.
Ketika sedar, ia berkata, ‘Letakkan kepalaku di atas tanah,’ lalu pengsan
kembali. Kupegangi kepalanya dengan tanganku. Ketika sedar lagi, ia mengulangi
pintanya, ‘Letakkan kepalaku di atas tanah.’ Aku berkata, “Wahai ayah, apakah
tidak sama saja, antara tanganku & tanah?”
Ia menjawab, “temukan wajahku dengan tanah. Semoga Allah
mengasihaniku. Kalau aku sudah mati, segeralah kuburi aku. Yang demikian adalah
kebaikan yang kau segerakan bagiku, atau sebuah kejelekan yang kau lepaskan
dari pundak kalian.” Ia berkata lagi, “Celakalah Umar, celakalah ibunya, jika
Allah tidak mengampuninya.
Lalu tubuhnya melemah & ia menghadapi sakaratul maut
dan...Meninggal dunia menghadap Ilahi..
saidina Umar r.a dikuburkan di samping 2 orang sahabatnya, Rasulullah s.a.w
& Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Ya. Umar r.a telah meninggal dunia. Tetapi bayang-bayang
kepribadiannya tak pernah mati. Ia telah mempersiapkan amal solehnya &
darjat yang tinggi. Tilawah qurannya menemaninya di alam kubur. Demikian pula
dengan tangisnya kerana takut kepada Allah swt. Solatnya melindunginya dari
dasyatnya alam kubur & jihadnya telah meninggikan darjatnya.
Ia telah berpayah-payah sebentar di dunia untuk kemudian
beristirehat lama di akhirat kelak. Ia telah disebut Rasululah s.a.w sebagai
salah seorang dari 10 orang yang dijamin ahli syurga.
Bahkan dalam sebuah riwayat Imam Bukhari, Rasulullah s.a.w
pada suatu hari bersabda, “ketika tidur, aku bermimpi berada di syurga. Aku
melihat seorang perempuan berwudhu di samping sebuah istana. Aku bertanya,
“milik siapakah istana ini?” Dijawab, “Milik Umar r.a.” lalu disebutkan
kecemburuannya & aku lari daripadanya.” Saidina Umar r.a lalu menangis
& berkata, “Apakah kepada engkau aku cemburu, wahai Rasulullah
s.a.w?”
Inilah teladan orang-orang yang soleh. Mereka meyakini datangnya
ajal, bersiap-siap menghadapinya setiap waktu.
Allah SWT berfirman:
"Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya & nyawa
(seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang
telah Dia tetapkan kematiannya & Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu
yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda
(kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir."
(Az-Zumar, 39: 42)
Terima Kasih : allahseeker.blogspot.com
tembuakar@yahoo.com