Salam Ikhlas.
Ini kali lah yang disebut-sebut oleh pihak Pakatan Rakyat adalah makna frasa berasal dari Sabah yang membawa maksud sangat berat untuk digunakan, kerana ia adalah ungkapan perwira tetapi mereka agak sembarangan menggunakannya.
Frasa ini sepatutnya hanya boleh digunakan setelah habis segala usaha dan tindakan atau tempur penghabisan oleh pahlawan atau pendekar dulunya. Frasa ini adalah perhitungan dan sumpah terakhir pejuang. Bermakna setelah mengungkapkan frasa ini, maka tidak ada lagi sudah peluang kedua kerana inilah kata-kata terakhir samada menang atau tumpas di medan pertempuran.
Sebagai contoh frasa ini disebut oleh pahlawan dusun sebagai 'Baino no kopio!' atau 'Mai di baino!'. Bagi bangsa Sungai [Paitan-Sugut] pula diungkapkan sebagai 'insan tu ye!' atau 'Runat tu ye!'. Semua frasa yang diungkapkan ini sebenarnya membawa maksud sumpah terakhir pahlawan kerana tidak ada peluang kali kedua lagi selepas itu kecuali menang.
Apakah kesan selepas mengungkapkan?
Kesannya, pendekar yang menang akan berpuas hati dengan ilmu dan usaha yang diamalkan selama itu kerana dia telah merealisasikan sumpah tempurnya manakala pendekar yang kalah akan mati bermaruah kerana kalah dengan bertarung dan bukannya lari sebagai pengecut. Dia akan menjadi kebanggaan keluarga dan pengikutnya.
Akan tetapi kalau pendekar yang tumpas itu hidup kerana diberi peluang oleh pendekar yang menang maka maruahnya sebenarnya telah tercalar, moralnya runtuh kerana sebelumnya dia sudah bersumpah 'ini kali lah' untuk berjuang habis-habisan tetapi kesudahannya hidup tetapi dalam kekalahan. Si pendekar kalah ini akan mencalit arang dimuka pengikut dan keluarganya dengan sumpah tempurnya yang tidak tertanggung olehnya. Ianya menjadi suatu keadaan yang amat memalukan dan biasanya dia akan dibunuh oleh pengikutnya sendiri atau dibuang dari kaumnya.
Di zaman keperwiraan Jepun dulu juga apabila seorang pahlawan samurai mereka kalah [tetapi masih hidup], dia akan diberikan sebilah samurai untuk menentukan nasipnya sendiri samada hidup tanpa maruah atau bertanggungjawab atas kekalahannya dan mati.
Sebelum pihak-pihak tertentu menggunakannya sepatutnya diselami dahulu maksud apa yang tersirat dalam sesuatu ungkapan itu kerana ia akan memberi kesan yang mendalam. Janganlah kita sebagai pahlawan bermain dengan sumpah.
Jika kesudahannya baik maka ianya menjadi kebanggaan, namun jika berlaku sebaliknya amatlah payah membersihkan 'arang' yang tercalit di muka kecualilah mereka biasa meludah ke atas.
tembuakar@yahoo.com
Ranau
10:25 May, 5 2013
Tembuakar : Selamat mengundi untuk semua.