Mengata syirik tetapi jahil,
Bila nampak jelas di depan mata,
Baru hilang akal dan punca.
Lemahnya pemikiran orang sekarang sehingga menganggap semua perkara yang melibatkan dunia kebatinan atau ghaib dalam perlindungan dan pertahanan diri SYIRIK.
Benarlah kata pahlawan dahulukala, "Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangankan diduga'.
Ertinya yang menolak perkara ghaib seperti kebal [dengan izin Allah] ini samalah juga seperti menghina bangsa mereka sendiri iaitu Hang Tuah yang mereka agung-agungkan, Muhammad Salleh, Mat Kilau, dan pahlawan lainnya yang menggunakan kuasa yang terdapat di dalam al-Qur'an dengan izin Allah Yang Maha Agung.
Secara tidak langsung golongan ini telah menidakkan kuasa al-Qur'an. Sedang Rasulullah S.A.W melepaskan diri dari kepungan kaum kafir Makkah untuk ke Madinah dengan menggunakan potongan ayat al-Qur'an.
Pesananku kepada generasi muda,
jangan jadi seperti kami yang lemah,
yang tiada ilmu di dada,
hanya mampu menghulur kata,
tapi hindar golongan mengata,
yang langsung tak endah apa-apa.
Jika hendak mempertahankan Negara, Bangsa dan Agama kelak supaya persiapkan diri dan berguru jika mampu dalam bab pertahanan diri terutamanya dalam hal-hal ghaib, kerana itu merupakan satu ikhtiar dan senjata sama juga seperti selaras senapang juga sebagai ikhtiar diri.
Bukan bermakna dengan selaras senjata dan ilmu kebatinan itulah yang menyelamatkan diri tetapi itu adalah ikhtiar diri untuk mempertahankan diri dengan izin Allah. Jika sudah sampai janji kita dengan Allah sekuat manapun persenjataan kita atau seteguh manapun ilmu pada diri kita tidak dapat menghalang sedetik pun janji Allah S.W.T. TETAPI sekurang-kurangnya kalian tidak mati 'katak' kerana ikhtiar memohon kepada Allah.
Wallahu a'lam.
tembuakar@yahoo.com