Kini 2012 akan kepenghujungnya dan pastinya 2013 dinanti-nanti
untuk agenda kehidupan manusia seterusnya. Apa yang amat menyedihkan saban
tahun ialah dipenghujungnya manusia tertentu berlumba untuk berkesempatan
menutup cerita tahunannya dengan perbuatan yang keji dan mungkar. Apakah
perkara keji dan mungkar itu?
Mandi Akhir Tahun
Amalan
ini telah dipraktikkan oleh golongan tertentu dan kini telah menjadi konsep
bagi golongan sesat atau kafir. Biasanya, pada minggu terakhir di akhir tahun, golongan
ini akan berpesta dan melakukan aktiviti-aktiviti melayan hawa nafsu dan
penutupnya malam dan permulaan 1hb atau jam 12:00 tengah malam atau 00:00 1hb, dikala
zaman ini kebiasaannya orang menghitung detik tahun baru, seperti yang
diamalkan di akhir zaman ini, maka berlangsunglah Mandi Akhir Tahun ini di
sungai-sungai terpilih, kolam-kolam renang, tasik atau tepi laut dan pantai.
Maaf jika menyinggung sensiviti pembaca. |
Antara lain tujuannya ialah kononnya bagi menghapuskan segala
dosa dan perkara-perkara yang tidak baik atau ‘sial’dalam kehidupan pada tahun
tersebut dan memulakan tahun baru dengan diri yang sudah bersih kerana segalanya
telah dihanyutkan bersama-sama air. Sebab itu juga disesetengah tempat juga
amalan keji ini sebagai mandi buang sial. Nauzubillahi minzalik, laknatullah.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Tiada penyakit yang berjangkit
(dengan sendiri), tiada (keburukan ataupun kesialan pada bulan) Safar dan tiada
(kecelakaan yang bersangkutan dengan) burung hantu. – Hadis riwayat Imam
al-Bukhari, no: 5717
Mempercayai sial menurut Islam akan membawa kepada
perbuatan syirik. Di sinilah Allah SWT memerintahkan konsep bertawakkal dalam
diri umat Islam dan bukannya menetapkan sesuatu ketetapan mengikut sesuatu
kepercayaan atau bertenung nasip dan ketentuan menurut hawa nafsu manusia itu
sendiri.
Kesan daripada amalan syirik ini jelas membawa kepada keruntuhan
akhlak, budaya, agama, bangsa dan keturunan. Apa tidaknya, golongan pelaku ini
akan beranggapan segala dosa dan kesialan boleh hilang begitu sahaja dengan
mandi buang sial. Maka selama seminggu mereka-mereka ini berpesta di
rumah-rumah dengan tetamu, di hotel-hotel dengan kenalan dan sahabat se’syaitan’
dengan pelbagai aktiviti melayan hawa nafsu, minum arak, makanan haram, berjudi, perzinaan
bebas, dan pada malam kemuncaknya sudah pastilah mereka sedaya upaya untuk
sempat melakukan dosa dan kejahatan hawa nafsu sebelum disucikan dengan mandian
akhir tahun. Inilah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh golongan laknat dan
kafir ini setiap akhir tahun masehi.
Kepada saudara-saudaraku, akhir tahun menurut Islam bukanlah
setiap 31 DECEMBER setiap tahun masehi. Dari tarikh ini sahaja sudah menunjukkan
amalan ini bukan amalan orang-orang yang beriman, begitu juga dengan aktiviti
seperti hari ibu, hari kekasih, hari bapa dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada sesuatu
majlis pun dalam Islam berlangsung pada tarikh dalam kalendar masehi.
Sekiranya kita telah terjebak
mohonlah supaya segerakan bertaubat dan begitu juga jika kita telah melakukan
perbuatan Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu), untuk menebusnya
Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita untuk mengucapkan:
Ya Allah, tidak ada kebaikan
kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan
tidak ada Tuhan selain-Mu. - Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748.
Semoga Allah SWT memelihara dan memasukkan kita semua dalam
golongan beriman, dan sama-samalah kita beringat dan menyampaikan kepada
keluarga serta zuriat kita supaya tidak terjebak dalam kesesatan di akhir zaman
ini.
Wallahu a’lam bissawwab.
Mudah-mudahan ianya bermanfaat kerana Allah.
tembuakar@yahoo.com