Halaman

Jumaat, 27 Disember 2013

Jumaat Terakhir 2013

Alhamdulillah

Telah diberi kesempatan untuk ber'Jumaat terakhir 2013 masehi,
apapun ianya hanyalah sekadar perhitungan manusia berpenggalkan peristiwa
dan tidak ada perkiraan yang paling tepat melainkan perkiraan Allah Ta'ala
apakah Jumaat kita seterus
pada perkiraan panjang
atau sudah tiba ke hujungnya

demi masa,
sesungguhnya ia adalah rahsia Allah
hanya kita perlu tahu
bahawa penghujung hayat adalah kerana-Nya
terbentang alam semesta pada hari Jumaat
terciptanya Nabi Adam a.s pada hari Jumaat
tidak berlaku kiamat yang dijanjikan itu selain daripada Jumaat
hanya manusia kian penat
berlaku dusta dan khianat
hanya dengan menunggu hayat
sehingga melupakan taubat

Wallahu a'lam bissawab

tembuakar@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan