Halaman

Ahad, 31 Mac 2013

HIKMAH PENCEROBOHAN II

Insiden Pencerobohan Lahad Datu telah membuka mata banyak pihak untuk melihat apa yang mampu mereka bangunkan di lokasi pendaratan Sulu yang amat strategik ini.

Jika dahulu ianya adalah antara kawasan pesisir yang amat digeruni oleh nelayan-nelayan setempat atau siapa sahaja yang menggunakan laluan laut sebagai jalan perhubungan Sandakan sehinggalah ke Semporna kerana serangan 'mundu'.

Jeti Felda Sahabat - Gambar: Rabani / TrekEarth
Sekarang ramai pihak termasuk pemimpin mula merangka strategik atas dasar utama demi keamanan di kawasan yang bergolak itu.

Tanduo diambang 2020

Tentu ramai yang belum mampu berfikir apakah nasip Tanduo selepas ini apatah lagi menjelang 2020.

Pada awal selepas berakhirnya pencerobohan ini, keadaan dan nasib penduduk akan kembali dibela. Bantuan kerajaan dan badan-badan yang berkepentingan tentulah mengubat sedikit sebanyak kesengsaraan dan keperitan penduduk untuk memulakan kehidupan baru setelah semuanya musnah kesan daripada tragedi ini.

Kesan Tragedi pencerobohan di Tanjung Batu
Selepas itu, kawasan Tanduo ini akan menjadi kawasan yang selamat seperti mana yang kita sedia maklum dengan adanya langkah kerajaan mengadakan ESSZONE dengan tujuan awal membanteras berulangnya lagi insiden pencerobohan selepas ini.

Atas faktor itu daripada pengamatan dan analisis yang dibuat, menjelang 2020 nanti kita akan melihat suatu perkembangan pembangunan pesat akan berlaku di zon bergolak ini, pewujudan zon ini banyak mempengaruhi pertumbuhan ekonomi Sabah. Ianya akan mula dibangunkan dengan kawasan peranginan yang indah dengan prasarana yang lengkap seperti yang kita dapat lihat di kebanyakkan tempat-tempat menarik di Semporna.

Chalet atas air di Semporna - Foto: Alantawws / TrekEarth
Bandar Lahad Datu akan berubah wajah dan ianya bukan sahaja menjadi lokasi perdagangan malah akan menjadi satu lokasi strategik untuk menempatkan aset dan latihan ketenteraan seperti Port Dickson di Negeri Sembilan dan Sungai Besi.  Dengan itu, ianya menjadi lokasi kedua pertahanan di Bahagian Timur Sabah selepas Kem Lok Kawi dan Sepanggar di Kota Kinabalu.

Cigarette peddlar - Foto: Rabani / TrekEarth
Ikuti sambungannya April nanti menyusur kesan ekonomi Tanduo terhadap Sulu.

tembuakar@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan