Halaman

Selasa, 25 Disember 2012

Mandi Akhir Tahun?


Kini 2012 akan kepenghujungnya dan pastinya 2013 dinanti-nanti untuk agenda kehidupan manusia seterusnya. Apa yang amat menyedihkan saban tahun ialah dipenghujungnya manusia tertentu berlumba untuk berkesempatan menutup cerita tahunannya dengan perbuatan yang keji dan mungkar. Apakah perkara keji dan mungkar itu?

Mandi Akhir Tahun
Amalan ini telah dipraktikkan oleh golongan tertentu dan kini telah menjadi konsep bagi golongan sesat atau kafir. Biasanya, pada minggu terakhir di akhir tahun, golongan ini akan berpesta dan melakukan aktiviti-aktiviti melayan hawa nafsu dan penutupnya malam dan permulaan 1hb atau jam 12:00 tengah malam atau 00:00 1hb, dikala zaman ini kebiasaannya orang menghitung detik tahun baru, seperti yang diamalkan di akhir zaman ini, maka berlangsunglah Mandi Akhir Tahun ini di sungai-sungai terpilih, kolam-kolam renang, tasik atau tepi laut dan pantai.

Maaf jika menyinggung sensiviti pembaca.

Antara lain tujuannya ialah kononnya bagi menghapuskan segala dosa dan perkara-perkara yang tidak baik atau ‘sial’dalam kehidupan pada tahun tersebut dan memulakan tahun baru dengan diri yang sudah bersih kerana segalanya telah dihanyutkan bersama-sama air. Sebab itu juga disesetengah tempat juga amalan keji ini sebagai mandi buang sial. Nauzubillahi minzalik, laknatullah.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tiada penyakit yang berjangkit (dengan sendiri), tiada (keburukan ataupun kesialan pada bulan) Safar dan tiada (kecelakaan yang bersangkutan dengan) burung hantu. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 5717


Mempercayai sial menurut Islam akan membawa kepada perbuatan syirik. Di sinilah Allah SWT memerintahkan konsep bertawakkal dalam diri umat Islam dan bukannya menetapkan sesuatu ketetapan mengikut sesuatu kepercayaan atau bertenung nasip dan ketentuan menurut hawa nafsu manusia itu sendiri.

Kesan daripada amalan syirik ini jelas membawa kepada keruntuhan akhlak, budaya, agama, bangsa dan keturunan. Apa tidaknya, golongan pelaku ini akan beranggapan segala dosa dan kesialan boleh hilang begitu sahaja dengan mandi buang sial. Maka selama seminggu mereka-mereka ini berpesta di rumah-rumah dengan tetamu, di hotel-hotel dengan kenalan dan sahabat se’syaitan’ dengan pelbagai aktiviti melayan hawa nafsu, minum arak, makanan haram, berjudi, perzinaan bebas, dan pada malam kemuncaknya sudah pastilah mereka sedaya upaya untuk sempat melakukan dosa dan kejahatan hawa nafsu sebelum disucikan dengan mandian akhir tahun. Inilah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh golongan laknat dan kafir ini setiap akhir tahun masehi.

Kepada saudara-saudaraku, akhir tahun menurut Islam bukanlah setiap 31 DECEMBER setiap tahun masehi. Dari tarikh ini sahaja sudah menunjukkan amalan ini bukan amalan orang-orang yang beriman, begitu juga dengan aktiviti seperti hari ibu, hari kekasih, hari bapa  dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada sesuatu majlis pun dalam Islam berlangsung pada tarikh dalam kalendar masehi.

Sekiranya kita telah terjebak mohonlah supaya segerakan bertaubat dan begitu juga jika kita telah melakukan perbuatan Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu), untuk menebusnya Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita untuk mengucapkan:


Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain-Mu. - Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748.

Semoga Allah SWT memelihara dan memasukkan kita semua dalam golongan beriman, dan sama-samalah kita beringat dan menyampaikan kepada keluarga serta zuriat kita supaya tidak terjebak dalam kesesatan di akhir zaman ini.

Wallahu a’lam bissawwab.

Mudah-mudahan ianya bermanfaat kerana Allah. 
tembuakar@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan