31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan Malaysia? Sebenarnya tarikh tersebut adalah tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu [Semenanjung Tanah Melayu] sementara 16 Sept 1963 adalah tarikh sebenar setelah Tanah Melayu bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Sebenarnya pengabungan ini dicadangkan pada 31 Ogos 1963 tetapi kesan tentangan kerajaan Indonesia pimpinan Sukarno serta cubaan Parti Rakyat Bersatu Sarawak untuk menangguhkan pembentukan Malaysia maka ianya ditunda pada 16 Sept 1963. Jadi jika disebut Kemerdekaan Malaysia maka ianya sebenar pada 16 Sept 1963 melainkan jika disebut kemerdekaan Tanah Melayu maka ianya adalah 31 Ogos 1957.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan